Drama Review | Rampas Cintaku (2022)

Saturday 12 November 2022



Pengarah : Ejump Mohd
Penulis Skrip : Puteri Jacaranda
Pelakon : Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin
Syarikat Produksi : MIG Productions 
Penyiaran : iQIYI
Genre : Drama
Jumlah Episod : 14 Episod (60 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 23 September 2022


Drama Kerjasama iQIYI Originals dan Grab Malaysia mengisahkan tentang Rizal (Afieq Shazwan) yang mencari jalan untuk selesaikan hutang Mak Ngah Ila (Zarynn Min) sebanyak RM30 ribu. Sementara adiknya Rina (Puteri Balqis) memerlukan duit untuk tampung pembelajaran tambahan menghadapi peperiksaan SPM. 

Bukan amaun kecil yang Rizal perlu cari sebab gaji dia tak pernah cukup pun untuk buat simpanan. Nasib baik Ashraf (Ady Mohammad), kawan baiknya yang bekerja di Kuala Lumpur datang menjenguk. Ashraf ajak Rizal bekerja di KL untuk langsaikan hutang tersebut. Kerana kerja yang dimaksudkan Ashraf tu lah, Rizal berjumpa dengan Datin Safieya (Fasha Sandha) yang patah hati kerana kecurangan Dato Jeffri (Zarul Husin). 

Kontrak sugar baby dari Datin Safieya mudah saja bila Rizal perlu temankan Datin seorang saja tanpa cinta atau tanpa hubungan intim. Semua keperluan Rizal akan ditanggung sepenuhnya oleh Datin Safieya termasuklah yuran pengajiannya di universiti. Setiap bulan Rizal akan masukkan duit kepada Mak Ngah Ila untuk perbelanjaan rumah dan adiknya. 

Hubungan Datin Safieya dengan Dato Jeffri mula rengga hingga menimbulkan kerisauan kerana Dato Jeffri bersubahat dengan Hajah Salmi (Datin Fadhilah Mansor) untuk bolot semua harta Datin Safieya. Dalam masa yang sama, Sharul (Aidil Aziz) rasa cemburu dengan Rizal kerana berjaya dapatkan Datin Safieya. 

Tertarik untuk tengok drama arahan Ejump Mohd sebab fresh pairing – Afieq Shazwan dengan Fasha Sandha yang berbeza jarak umur. Tema yang dibawakan juga menarik sebab tak pernah ada lagi drama yang berkisar dunia kehidupan sugar baby untuk datin. Selalu nampak sugar baby untuk Dato’ sahaja. I memang minat kalau Fasha berlakon jadi tak ambil masa yang lama lah untuk tekan play dekat iQIYI tu nak pula bila episod dia tak sebanyak drama Melayu yang lain. Standard web series drama. 

Kalau bukan sebab tengok masa drama tengah running, rasanya boleh habis drama ni dalam satu hari sebab jalan cerita dia best jugak walaupun ada beberapa part yang perlu dikembangkan lagi. Watak antagonis dalam drama ni semuanya dari keluarga sendiri jadi konflik dan drama dia tu lagi terasa lah. 

Chemistry antara Afieq dengan Fasha pun sweet jugak walaupun nampak perbezaan umur tu. Mungkin sebab Rizal sejenis yang dominan jadi tak nampak hubungan diorang tu lemah. Masa Rizal bertentang mata dengan Dato Jeffri tu boleh nampak dia yang conquer suasana dekat situ. Kenapa pengarah tak masuk scene Rizal tumbuk muka Dato Jeffri sebab sakitkan hati Datin entah. Geram je tengok perangai Dato tak sedar diri hidup dengan duit isteri. 

Selain barisan watak utama, suka dengan watak Ashraf sebab sejenis yang cool je. Dah lah segak orangnya, lakonan pun tampak bersahaja. Kalau dapat banyak offer boleh jadi top actor saing Zul Ariffin. Berdekah masa tengok dia kena tampar dengan Mak Ngah Ila tak memasal tu. Muka terkejut dia memang tak buat-buat. 

Drama Rampas cintaku berlatarkan Kuala Lumpur dan daerah Sabak Bernam. Tak pasti rumah Mak Ngah Ila tu dekat area mana tapi memang cantik lah rumahnya. Yang nampak merepeknya, orang kampung boleh pulak nampak Rizal keluar dating dengan Datin padahal tak pernah ada scene terserempak pun. Masa Cik Jue tanya pasal Datin mengandung tu pun pelik macam mana dia tahu sedangkan ayah budak tu pun tak tahu. Dekat hujung cerita dah mula nampak lah longgar plotnya. Belum masuk kejutan yang dibawa dekat hujung drama. 

Kelakar masa tengok scene Dato Jeffri berasmaradana dengan Ayuni (Erynn Abdullah) sebab suara dia macam terpaksa betul keluar. Kalau pelakon tak selesa, kenapa lah nak jugak sumbat scene macam tu. Kalau buat Zarul senyum tengok Ayuni atas katil pun dah boleh faham dah apa dia nak. Kalau setakat nak buat scene kantoi dengan Datin, Ayuni memang ada gambar dengan Dato pun so guna je lah bahan tu. 

Dalam drama ni tak berkenan betul dengan pakaian Puteri Balqis sebab seksi kemain. Kata duduk kampung tapi pakaian dia macam orang KL. Terkejut tengok dia pakai skirt atas peha tapi pergi sekolah pakai tudung. Entah, tak faham langsung. Patutlah ramai yang tegur cara dia pakai sebelum ni. 

Walaupun drama terbitan kerjasama Grab Malaysia tapi tak ada pun mana-mana watak yang guna e-hailing Grab. Rizal balik kampung pun naik teksi. Macam eh jugak lah sebab Grab kira dah sinonim dengan kehidupan kita nak pula berlatarkan Kuala Lumpur, lagi banyak lah penggunaan Grab dekat situ. Mungkin CEO Grab humble orangnya. 

Overall drama Rampas Cintaku menarik untuk dilayan walaupun ada kekurangannya. Tak sabar nak tengok sekuel nanti. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7 , 7. Themes +0.5 , 8. Editing +0.6 , 9. Social Message +0.4 , 10. Personal Thought +0.6 =  7/10

2 comments

  1. afieq ni memang best berlakon tapi sayang tak banyak sangat peluang dapat main role.
    kalau tengok drama macam ni memang mengundang emosi betul..haha

    ReplyDelete
  2. Ada tertengok 2 episod kot.. Suka tengok makngah bergaduh dengan puteri balqis tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.