Movie Review | Red Notice (2021)

Sunday 28 November 2021

Director : Rawson Marshall Thurber

Writer : Rawson Marshall Thurber

Cast : Dwayne Johnson, Ryan Reynolds, Gal Gadot, Ritu Arya, Chris Diamantopoulos

Production Company : Flynn Picture Company, Seven Bucks Productions, Bad Version, Inc.

Distributor : Netflix

Genre : Action / Comedy

Running Time : 118 minutes

Release Date : 5 November 2021

Trailer :


Dua ribu tahun lepas, Marcus Antonius hadiahkan tiga biji telur berharga kepada Cleopatra sebagai hadiah perkahwinan untuk menyatakan kesetiaan kepada isterinya. Mitos lagenda tersebut menjadi realiti bila pada tahun 1907, seorang petani terjumpa dua biji telur tersebut sementara sebiji lagi masih lagi kekal rahsia. 

Fast forward ke tahun 2021 Ejen Khas John Hartley (The Rock) bekerja dengan Urvashi Das (Ritu Arya) untuk menjejak pencuri barang seni yang berharga di Museo Nazionale di Castel Sant'Angelo bila telur kedua dipamerkan di situ. Di sana Ejen Hartley berjumpa dengan Nolan Booth (Ryan Reynolds) kemudian berjaya tangkap dia di Bali bersama telur tersebut. Malangnya The Bishop (Gal Gadot) kacau daun dan perangkap Ejen Hartley sehingga dihantar ke penjara Rusia, duduk satu sel dengan Nolan. 

Di sana Ejen Hartley dan Nolan mempunyai satu misi untuk menangkap Bishop dan telur ketiga. Hanya Nolan yang tahu di mana keberadaan telur ketiga yang dikatakan disimpan oleh pembantu Adolf Hitler. Dalam masa yang sama The Bishop bagitahu Urvashi Das tentang strategi Ejen Hartley dan Nolan.

Jalan cerita Red Notice ni memang predictable walaupun ada banyak plot twist. Tak kisah pun dengan alur cerita tu sebab action genre memang lebih kurang sama je cerita dia tapi Red Notice ni tak ada sesuatu yang fresh atau signature yang buatkan I rasa teruja sepanjang 118 minit. Stunt choreography pun biasa je just tembak-menembak ataupun bertumbuk biasa je. 

Masa tengok movie Red Notice ni ingatkan movie ni Ryan Reynolds punya sebab dia lebih menyerlah dengan watak yang memang jadi makanan dia ala sengal ubi, ada dialog yang kelakar dan facial expressions kelakar. Scene dia tanya kenapa Ejen Hartley pakai hairnet tu kelakar. Tapi tu lah kelakar yang bosan sebab dah berapa banyak movie dah dia bawa watak dan karakter yang sama. 

It turns out movie Red Notice adalah movie The Rock sebab produser buat bidaan berebut untuk terbitkan bawah production house diorang. Tak pasti lah The Rock dah jadi malas berlakon macam Salman Khan bila dia rasa star power dia dah kuat di Hollywood. Tema movie dia pun sama je macam sebelum ni – treasure hunt. Boleh kata lah bosan walaupun minat The Rock sebab dia tak tampilkan apa-apa perbezaan pun. 

Mungkin sebab tu gabungan kedua-dua pelakon ni nampak lemah onscreen. Chemistry tak kuat untuk jadi satu team yang licik dan kelakar. Not to mention yang Gal Gadot pun macam canggung bila berdua dengan The Rock walhal dalam solo screen dia dekat office finance consultant tu dah habis power dah. Cantik je masa dia menyanyi Downtown tu, suara pun sedap. 

Tak tahu kenapa pengarah tak spend time untuk ketiga pelakon besar ni untuk join bengkel supaya diorang boleh cipta chemistry supaya kelemahan tu tak mencacatkan suasana dan mood penceritaan. Mungkin the trio nak pamerkan bonding tu dalam next installment yang tak diketahui bila akan muncul tapi Netflix dan pengarah dah sembang pasal tu. 

I tengok movie ni sampai 3 kali baru habis walaupun play on 1.5x speed. For me yang dah biasa tengok genre action comedy, apa yang dibawa oleh trio ni tak ada keunikan atau effort untuk hidupkan watak masing-masing. Nak tengok macam mana lemahnya Red Notice ni, try layan movie Extreme Job atau Hitman : Agent June lepastu layan Red Notice. Might sound ridiculous but try it. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.7/10

1 comment

  1. trust me ida tak pernah berminat nak habiskan cita ni . tatau kenapa hahahha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.