Movie Review | Geez & Ann

Sunday 11 July 2021

Pengarah : Rizki Balki

Penulis Skrip :  Cassandra Massardi, Adi Nugroho

Pelakon : Junior Roberts, Hanggini, Roy Sungkono

Syarikat Produksi : MVP Pictures

Pengedar : Netflix

Genre :  Romantik / Drama

Durasi Tayangan : 105 minit

Tarikh Tayangan : 25 Februari 2021

Trailer :


Diadaptasikan dari novel popular Geez & Ann karya Rintik Sedu, filem drama romantik terbitan MVP Pictures mengisahkan tentang kisah percintaan antara Keana Amanda / Ann (Hanggini Purinda Retto) yang jatuh cinta dengan Gazza Cahyadi / Geez (Junior Roberts).

Dari trailer dah nampak yang kisah percintaan ni berlatarkan kehidupan remaja di bangku sekolah so tak boleh lah nak letak expectation tinggi sebab konflik remaja sekolah tak berpijak di dunia nyata sangat. Lagipun perjalanan mereka berdua masih jauh untuk diambil peduli dengan serius. 

Pertemuan pertama mereka berdua di konsert alumni sekolah di mana Ann menjadi event manager kemudiannya tanpa sengaja bertemu dengan Geez, vokalis kacak yang akan membuat persembahan pada malam tersebut. Kagum dengan ulasan musik dari Ann, Geez dapat idea untuk serahkan demo music supaya dapat perbaiki apa yang kurang. 

Sejak dari situ mereka mula rapat walaupun Ann kurang suka dengan musik Geez yang menurutnya kurang jiwa. Too cliché but it’s true. Lirik tu macam tangkap muat walaupun melodi bagus. Dalam masa yang sama ibu Geez (Dewi Rezer) selalu remind anak tunggalnya supaya fokus dengan pengajian di Berlin nanti. Ada lagi 2 bulan supaya dia terbang ke sana. 

Bila Ann dapat tahu dia mula meradang sebab LDR macam sesuatu yang tak mungkin untuk dia adapt. Nasib baik lah watak utama movie ni masih bersekolah menengah sebab dia punya emo Geez tak dapat datang majlis hari jadi tu macam kesalahan besar serupa curang dah. Padahal dia pun tahu flight Geez sama tarikh dengan birthday dia. 

Ingatkan Ann je macam tu rupanya Geez yang tua setahun pun lebih kurang je cara berfikir. Boleh pulak dia lari dari airport lepastu buat surprise dekat Ann. Kalau jadi mak Geez pun mengamuk bila dah minta tolong dengan kawan supaya pick up anak dekat airport Berlin. Tunggu punya tunggu tak datang, dah satu hal kena pergi buat police report. Dekat German risau, yang dekat Indonesia apatah lagi. 

Konflik dalam movie ni bagus sebenarnya bila Geez terpaksa ikut kemahuan mak dia dan tinggalkan dunia musik dan dalam masa yang sama pertahankan hubungan cinta dia dengan Ann. Tapi penulisan skrip tu macam pelajar sekolah yang buat sebab terserlah sangat point of view dia dari perspektif tu. Sayang lah bila kehidupan watak Geez ada potential untuk kacau emosi penonton dengan trauma selepas ditinggalkan oleh ayah kemudian si ibu pula berperang sama ada anak akan ikut acuan suami ataupun mendengar kata.

Lakonan Junior Roberts dan Hanggini sebagai pasangan romantis pun menjadi dengan keserasian yang tinggi tapi supporting cast terlampau ramai dan tak membantu penceritaan. Sepertimana ulasan Ann terhadap music Geez tak ada jiwa, sama lah seperti movie ni sendiri, susah nak connect dengan relationship yang bergaduh sebab birthday party. 

Latar masa dia bergerak laju dari zaman sekolah menengah kemudiannya fast forward ke 4 tahun akan datang tapi level pemikiran tu masih sama. Buat keputusan terburu-buru lepastu emo. Bila watak mereka berdua buat konklusi dari kisah percintaan yang gagal untuk diambil sebagai pengajaran pun rasa macam mehhhh. 

Dialog yang lemah, babak kelakar yang hambar, konflik yang sengaja diulang-ulang dan banyak lagi kelompongan membuatkan movie Geez & Ann adalah naskhah yang lemah. Mungkin kalau pengarah buat franchise dengan dua atau tiga installment dengan konflik drama yang lebih jelas dan realistik, filem ni akan nampak lebih menarik. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4/10

2 comments

  1. dah lama nampak movie ni kat netflix, ada terbaca juga review yg tak best terus tak jadi tengok..hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.