Bendera Putih | Inisiatif Rakyat Jaga Rakyat

Saturday 3 July 2021

 

Kempen bendera putih yang dimulakan di platform media sosial adalah inisiatif rakyat jaga rakyat selepas kegagalan Darurat Politik dan PKP 3.0 untuk mengurangkan kes covid-19. Tujuan bendera putih dikibarkan adalah untuk memberitahu kepada jiran tetangga atau orang awam, tuan empunya memerlukan bantuan makanan. 

Kempen bendera putih ini mungkin telah dimulakan oleh Nik Faizah Nik Othman, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan pada 23 Jun di laman facebook miliknya. Kenapa kain putih jelasnya kerana kain berwarna putih mudah untuk didapati di dalam rumah. Kempen ni juga bertindak sebagai menyelamatkan lebih ramai individu daripada menggunakan jalan terakhir dengan membunuh diri. 


Sejak kempen bendera putih ni dijalankan, dah banyak bantuan yang disalurkan dari pelbagai pihak. Banyak juga cerita yang menyayat hati yang diceritakan oleh beberapa pihak terbabit. Tapi tak semua memandang positif akan perkara ni dan beberapa negeri dilarang untuk turut serta dalam kempen yang dijalankan sejak beberapa hari lepas. 

Antaranya adalah : 

1. Pulau Pinang

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor berkata, bagi umat Islam khususnya, perlulah memahami bahawa sikap berputus asa dan mudah mengalah kepada kesusahan serta kesempitan hidup adalah dilarang. Tindakan berkenaan dianggap sebagai tidak wajar dilakukan kerana ia mencerminkan sikap berputus asa dan mengalah terhadap situasi yang dihadapi.

2. Pahang

Tindakan penduduk yang mengibarkan bendera putih dikatakan satu kesalahan dan saman boleh dikeluarkan oleh pihak polis jika bendera yang dipasang gagal diturunkan. Lima hingga enam orang mendapat amaran tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf menafikan ada membuat ugutan. Dia berkata polis meminta mereka berbuat demikian kerana bendera berkenaan digantung di tiang elektrik.

3. Kedah

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kempen mengibar bendera putih dianggap sebagai propaganda politik yang sengaja dicipta bagi membina persepsi negatif terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN). Angkat bendera putih sepatutnya hanya diguna dalam dua keadaan iaitu mengaku kalah dalam perang atau ketika perlawanan tinju.

Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan kepada semua individu yang terjejas tanpa mengira latar belakang politik dan latar belakang mereka.

4. Kelantan

Walaupun kempen ni khabarnya bermula dari anak negeri Kelantan tapi Kerajaan Negeri seakan menentang kempen bendera putih dengan meminta rakyat Kelantan untuk menghubungi Pusat Khidmat yang disediakan. 

"Tak perlu angkat BENDERA PUTIH , hanya perlu ANGKAT TELEFON dan terus call PUSAT KHIDMAT DUN. Semoga membantu 😉”

5. Perak

MB Perak sarankan supaya rakyat negeri hubungi pihak yang berkenaan untuk dapatkan bantuan. 


Berbeza dengan Kerajaan Negeri Selangor, kempen bendera putih disambut baik oleh semua pihak terutamanya pihak polis yang sentiasa memantau. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi berkata beliau telah mengarahkan anngotanya untuk mengenal pasti penduduk yang terjejas. Beliau juga menggalakkan sesiapa yang memerlukan bantuan untuk menghubungi balai polis berhampiran. Bukan setakat bantuan makanan malah bantuan emosi juga akan disalurkan. 

Beberapa syarikat-syarikat korporat, pengeluar makanan, rangkaian kedai runcit dan NGO pun sertai kempen ini seperti Vits, 99 Speedmart, Jibby & Co, Foodtown Supermarket, Econsave, Watsons dan banyak lagi. 

Setakat ni dekat area rumah belum ada lagi bendera putih dinaikkan. Mungkin sebab JMB dah buat insiatif food bank sejak PKP 3.0 bermula 18 Mac dulu. Semoga kempen ni berjaya membantu ramai dan mengekang peningkatan kes bunuh diri. Kepada pihak yang membantu, semoga amalan dibalas dengan budi baik dan ganjaran pahala dari Tuhan. 

4 comments

  1. tindakan yang bagus.. Ramai yang tertekan dan hilang punca sekarang ini..
    Kenapa perlu tunggu rakyat yang call.. Kenapa tak pergi cari mereka yang susah dan hulurkan bantuan..

    ReplyDelete
  2. Semoga dengan cara ini lebih banyak nasib orang lain yang terbela. Aamiin

    ReplyDelete
  3. Ramai yg dlm kesusahan tp yg membantu tu harap ramai jugak la. Huhu

    ReplyDelete
  4. Moga moga dapat membantu orang yang betul betul memerlukan bantuan. Jangan ada yang ambil kesempatan pula.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.