Drama Review | Mouse (2021)

Wednesday 26 May 2021

Director : Choi Joon-Bae

Writer : Choi Ran

Cast : Lee Seung-gi, Lee Hee-joon, Park Ju-hyun, Kyung Soo-jin, Ahn Jae-wook, Jo Jae-yoon, Jung Ae-ri, Kim Jung-nan, Kim Young-Jae, Song Min-jae

Production Company : HIGROUND, Studio Invictus

Distributor : tvN

Genre : Crime / Thriller

Running Episodes :  20 episodes, 3 (special episodes) + 2 (spin-off)

Release Date : 3 March – 19 May 2021

Trailer : 


Diinspirasikan dari kes jenayah Incheon Elementary School Murder yang berlaku pada tahun 2017, penulis Choi Ran mengangkat jenayah pembunuh bersiri yang mempunyai genetik psychopath sejak lahir. Bermula dengan latar masa pada tahun 1995 bila Dr. Han Seo-joon (Ahn Jae-wook) yang dikenali sebagai Head Hunter ditangkap setelah saksi pembunuhan (Song Min-jae) laporkan pada pihak polis. 

Doktor Daniel Lee (Jo Jae-yoon) datang dari UK untuk perbincangan antara pihak pembangkang dan pihak Kerajaan sama ada perlu atau tidak mereka menggugurkan kandungan sekiranya fetus tersebut mempunyai genetic psychopath. Choi Young-shin (Jung Ae-ri) dari pihak pembangkang ingin bill ni diluluskan demi mencipta negara Utopia yang bebas dari kejahatan dan pembunuhan. 

Doktor Daniel Lee juga adalah kawan baik kepada Dr. Han Seo-joon tanpa mengetahui langsung identiti sebenar sebagai pembunuh bersiri. Yang dia tahu kawan dia itu tengah menjalankan ujikaji mengenai brain transplant. Bila Daniel test fetus yang dikandung oleh isteri Seo-joon, anak mereka berdua positif 100% ada genetic psychopath. Tak mungkin lah Sung Ji-eun (Kim Jung-nan) akan gugurkan kandungan bila cuma beberapa hari saja lagi dia akan bersalin. 

Fast forward ke zaman sekarang bila Ko Moo Chi (Lee Hee-joon) dah besar dan bekerja sebagai salah seorang anggota detektif polis yang mengetuai beberapa kes jenayah di bandar Moojin. Dari situ dia mengenali Jeong Ba-reum (Lee Seung-gi) yang baik hati dan menjaga kawasan sekitar setiap masa. Mereka berdua termasuklah broadcaster, Choi Hong-ju (Kyung Soo-jin) cuba siasat pembunuhan bersiri yang dilakukan oleh pembunuh psychopath yang meninggalkan mesej sama pada setiap pembunuhan yang dilakukan. 

Penceritaan drama Mouse ni bergerak laju jadi tak ada masa untuk rasa bosan cuma terpaksa berhenti lah kalau dah mengantuk sangat sebab satu episod berdurasi sepanjang 1 jam 40 minit. Marathon on weekend pun tak mampu nak habiskan 20 episod dengan 2 special episod. Bila drama bergerak laju ni agak bahaya pada otak sebab stress nak fikir hint yang director letak pada beberapa scene. Bial keluar twist baru, mula la rasa nak patah balik ke episod-episod lepas sebab nak tengok apa hint yang tertinggal. Lagipun drama ni terlampau banyak watak utama dan sampingan even extra pun tiba-tiba muncul untuk drop hints. 

Masa tengok episod-episod awal rasa macam misfit pulak Seung-gi berlakon dalam drama crime thriller dengan watak polis baik macam tu. Padahal dalam drama Vagabond, rasa merinding bila dia cuba selesaikan kes jenayah pengganas yang hijack kapal terbang. Tapi lepas scene pertembungan antara Bae-rum dengan Sung Yo-han (Kwon Hwa-woon) tu boleh nampak lengkungan watak yang berubah habis. Dah la dapat teka betul apa yang jadi setiap kali dia bermonolog dengan beberapa soalan yang berlaku. Excited sangat bila dapat selesaikan teka-teki yang director dan penulis bagi dari awal drama sampai habis. 

Antara kekuatan drama Mouse yang diterbitkan oleh tvN ni bila mempunyai screenplay yang bagus. Dibantu pula dengan visual yang menarik. Setiap props yang diletakkan mempunyai hints tersendiri untuk jenayah yang berlaku. Early warning, dalam drama ni ada banyak jenayah yang bergerak seiring dengan cerita so at times you guys will get confuse which is which. Nasib baik lah I buat peta minda hahaha

Quite emotional roller coaster ride bila tengok drama ni selain gerun dengan pembunuhan-pembunuhan yang dilakukan oleh beberapa psychopath yang ada dalam drama ni. Scene Ko Moo Chi melutut depan kamera, scene dia makan japchae Ko Moo won (Kim Young-Jae) ataupun scene Ba-reum dapat tahu tentang kisah silam dia bikin nangis. 

Music score hasil karya Park si-Joon berjaya menambahkan elemen ngeri dan misteri pada beberapa scene utama dengan 17 music instrumental dan 5 buah single track. Lagu Too Late tepat menggambarkan situasi kesemua watak utama dan sampingan bila sesuatu yang besar berlaku dan bila mereka sedar akan kesilapan setelah kebenaran muncul. 

Namun terdapat kecacatan pada jalan cerita bila beberapa scene raw dan gore kena censored ataupun diblurkan pada tahap maksima sampai tak nampak apa benda yang dia cuba tunjuk. Sakit hati bila pisau kena blur padahal drama ni melibatkan kes pembunuhan. Masa scene pembunuh bersiri tu tunjuk paru-paru mangsa, tak nampak langsung apa benda tu. Nasib baik Ko Moo Chi mention dalam scene lain tapi elemen ngeri dan saspen tu dah hilang. 

Bila dah sampai penghujung drama diletakkan beberapa scene yang buat kita berfikir tentang sifat menghukum manusia. Betul ke hidup berpandukan sains semata akan mewujudkan utopia yang diidamkan? Wajar ke Kerajaan Korea meluluskan death penalty untuk pembunuh? 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

6 comments

  1. Drama ni memang best. Kena fokus untuk elakkan terlepas hint dalam setiap episod.

    ReplyDelete
  2. Tak boleh nak move on dari drama Mouse ni!!

    ReplyDelete
  3. Memang lama betul satu episod dia.. Kak Sha baru berjaya tengok 3 episod.. hehehe.. Tapi macam Farhana cakaplah cerita dia bergerak laju jadi memang kena slow down episod kalau tak stress fikirkan klu..

    ReplyDelete
  4. first episod drama ni tricky betul bila byk main dengan timeline. baru tengok sampai ep3, stress betul nak habiskan setiap episod..hahaha

    ReplyDelete
  5. gila tak stress tengok drama ni.
    lepas tu siap tengok balik dua episod awal pasal nak faham jalan cerita, padahal tak perlu pun nak tengok semula, just sabar tengok hingga final episod nnt semua akan terjawab.
    Walaupun mmg tahu Seung Gi pegang watak psychopath dlm Mouse, tapi mmg bijak dia sembunyikan identiti jahat dia.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.