#ThrowbackThursday : Bas UiTM Segamat

Friday 25 October 2019

Tengah kemas gambar dalam Dropbox terjumpa gambar masa dekat UiTM dulu. Masa datang Segamat tahun 2013, keadaan dia tak macam sekarang lah cerita dia. 


Kalau drive kereta mesti kena basuh selalu sebab debu tebal kemain nak pulak masa tu mostly jalan tanah merah lagi kiri kanan jalan dengan construction lagi. Dulu lagi teruk katanya tapi entah sama je teruknya. 

Setiap pagi memang akan tunggu bas secara berjemaah sebab tahun pertama memang penuh jadual dari pagi sampai ke petang. So satu rumah akan cross jalan berjemaah lepastu tunggu bas. 


Tahun awal rajin la ambil gambar sementara tunggu bas datang sebab tak banyak assignment, subject pun tak berat. Tahun kedua dan akhir dah ada kereta sebab banyak kali bas tak datang pickup walaupun ada jadual pickup. 


Banyak kali jugak episod tertinggal bas dan terpaksa order kereta sewa. Kereta sewa bukannya murah lepastu dia drop depan gate. Kelas nun jauh di atas bukit sana. Memang rushing lah cerita dia. Lagi parah kalau time exam so bawa kereta lagi selamat dari kemurungan. 


Masa tunggu bas tepi jalan ni berdebu satu hal, panas dengan penat tu terpaksa lah hadap. Mana ada pondok bas dekat tepi ni. Kalau hujan tu entahlah dah tak ingat dah macam mana rasa dia. Selalunya hujung tahun dah start final exam so tak banyak la episod tunggu dalam hujan. 

Sekarang ni dah siap dah highway dekat Segamat. Itupun masa part 5, dah last semester dah pun sebab part 6 ada internship so tak duduk Segamat dah. Tapi bila highway dah siap, jalan dah cantik, mat rempit pulak bersepah depan rumah buat assembly port untuk start racing. 

Nasib baik lah tak ada kes pecah masuk rumah cuma bising sikit lah nak tidur dengan bunyi motor tapi diorang race hari Sabtu je ataupun malam cuti. Hari lain mungkin ada tapi sebab budak rumah semua jenis tidur mati so tak kisah sangat la kot. 

Anyway, student sekarang maybe tak merasa dah benda ni sebab Segamat dah cantik dah sekarang. Kalau dulu dengan construction sana sini, accident, banjir, pencuri bra lah banyak sangat lah kenangan dekat Segamat ni walaupun hutan banat. 

9 comments

  1. Belom pernah lagi masuk bandar segamat tu. Selalu lalu je tiap kali nak ke Melaka. hehe

    ReplyDelete
  2. Mujurlah ada gambar lagi. Kinah punya dah habis kena format sebab simpan dalam laptop huhu salah sendiri. Semua tu jadi kenangan paling manis yang tak dapat dilupakan kan Pana. Sama la kita dulu, naik bas berhimpit bagai belum lagi drama kena tinggal bas dari awal sem sampai akhir sem huhu..

    ReplyDelete
  3. jarang lalu sini walaupun kampung dekat segamat. last lalu sini pergi uitm segamat konvo anak buah 2-3tahun lepas..jalan sini pun dah cantik dan tak banjir dah. tapi dulu mmg teruk ya amat jalan ni sebab tu macam malas betul nak lalu sini.

    ReplyDelete
  4. Ammi dulu tahun 98-99 kat Shah Alam pun naik bus. Nak naik kereta takde keretalah pulak. Jadi bila tertinggal bus kitorang budak2 satu kelas ni terpaksa naik taxi.

    Biasanya akan aim ada satu uncle benggali tu sbb kalau kita 1st passenger dia...dia bagi free je. hahahha..jimat 5-6 ringgit

    ReplyDelete
  5. Kenangan zaman belajar ye Farhana.. mujur ada lagi gambarnya..

    ReplyDelete
  6. Syok zaman study🌹🌹
    Ahaaa... Sekarang Segamat dah berubah wajah😘😘

    ReplyDelete
  7. Penah lalu situ. Agak berdebu dgn lori keluar masuk semua. Skrg dah lawa.

    ReplyDelete
  8. zaman abe kie belajar di UM sekitar 91 - 97 dulu memang jalan kaki je ke kelas. Bila mampu sikit beli motor. Pernah tu dtg kelas naik bas mini je. Turun dpn gate. Pas tu kena menapak ke kuliah. Huhuhu...

    ReplyDelete
  9. uitm segamat is so far from my place. last time i went there rasa jauh gila plus jalan dye yg berliku2 tu. i wonder if the road is already out of constructions.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.