Parvez Kazi - Body Double Salman Khan

Sunday 13 October 2019

Sejak Salman Khan pecat manager lama dia, Reshma Shetty things slightly changed for Salman Khan. Reshma Shetty ni antara orang yang banyak mengubah status hidup Salman. Dari bekas banduan kepada blockbuster superstar. 


Bukan setakat personal life Salman dan perjalanan career je tapi imej dan goodwill Salman pun kena touch up dengan Reshma. Being Human Foundtaion merupakan idea Reshma supaya Salman dikenali dengan golden heart di kalangan fans dan media. 

Tapi lepas Reshma dibuang atas sebab stress dan imbuhan kurang dari yang sepatutnya dia dapat, pilihan movie Salman dah tak berapa nak cantik dah. Movie dia mungkin hit di Box Office tapi impaknya tak sama macam dulu. 


Reshma pula berpindah kepada Akshay Kumar. Dari status superstar, Akshay sekarang dah rampas takhta Top Male Star. Produser dah berlumba nak Akshay sign movie under production house diorang sebab movie Akshay mesti akan bawa untung yang lumayan walaupun fees dia tinggi sikit dari pelakon lain. 

Bulan lepas Reshma keluarkan rahsia Salman Khan bila ramai producer yang dulunya rapat dengan Salman dah mula bagi alasan bila Salman nak sign movie under production house diorang dengan alasan skrip tak siap lagi. 

Image result for salman sajid nadiadwala

Bekerja dengan #TheKhans agak susah bila diorang akan charge fees yang tinggi dan kacau creative team buat kerja. Movie Salman Khan dengan Sanjay Leela Bhansali baru-baru ni shelved disebabkan Salman nak tukar wardrobe team SLB kepada wardrobe team dia which his family member yang akan decide. 

Bukan pertama kali pun Salman dengan SLB bergaduh benda yang sama. Dulu Salman-SLB bergaduh masa shooting movie Bajirao Mastani disebabkan benda yang sama jugak. Cast asal Bajirao Mastani ialah Salman-Kareena-Rani tapi terpaksa dibatalkan sebab pergaduhan isu ni. 

Lepas Inshallah shelved, Salman tweet dialog dari Kick so most of fans and media assume yang project Kick 2 akan keluar dan tayang pada Eid 2020 tapi Sajid Nadiadwala deny bila dia kata skrip tak siap lagi.

Minggu yang sama, Reshma keluarkan lagi rahsia baru bila Salman Khan sebenarnya guna 70% khidmat body double bila shooting and that's the ultimate reason why his face looks so young especially in Bharat! I mati-mati ingatkan dia guna VFX rupanya body double. Walaupun muka Parvez Kazi ni tak sama sangat sebab muka dia jenis panjang tapi wowwww teh resemblance! Even gaya pun sama. 


Gambar ni semua diambil dari official socmed acc Parvez sendiri bila dia akan update gambar dari shooting location. Parvez dah berlakon dengan Salman dalam Prem Ratan Dhan Payo, Race 3, Sultan, Tubelight, Bharat dll. 




Lepas habis shooting Bharat, ada news keluar yang Ali Abbas Zafar bergaduh dengan Salman. Reshma dedahkan yang Ali sakit hati bila Salman lambat datang ke set untuk shooting waktu pagi, tak datang set untuk shooting scene di Dubai sebab busy shopping dengan awek dia. Iulia. That's why lah Iulia akan follow mana je Salman pergi. Ada agenda dia sendiri.

Antara sebab lain bila muka Salman disebabkan suka berparti sampai lewat malam, nampak sembab dan eye bag makin teruk ditambah dengan faktor usia. Bila guna khidmat Parvez, muka Salman nampak lebih muda onscreen. Tak la banyak sangat VFX dengan makeup nak pakai. 

70% shoot yang digantikan oleh Parvez Kazi ni bukan setakat action stunt je tapi termasuklah scene biasa yang ada long shot. Bila part close up untuk tatapan fans, baru guna muka Salman yang sebenar. No wonder lah Salman boleh buat banyak benda dalam masa sehari rupanya ada kembar. 




Kalau belek socmed account pun Parvez Kazi ni terang-terang bagitahu dia bekerja untuk Salman sekarang ni. It's no longer a secret lah cuma dekat media body double digunakan untuk scene yang susah sebab Salman sakit belakang sampai kena buat pembedahan padahal hmmm..

Anyway you guys rasa sama tak? Parvez ni mungkin sama dari bahagian tepi dan ada gaya Salman tapi Salman lebih handsome lah hshshs

7 comments

  1. eh..kembar dia lagi hensem la..

    ReplyDelete
  2. Eh ada kembar , tp kembar dia mcm lagi hemcem ler

    ReplyDelete
  3. dari dulu x kenan sangat dia ni.. tapi tengok gak movie2 dia hehe
    suka Arjun..!! aaaarjunnn hahaha..

    ReplyDelete
  4. suka lagi salman sebab tgk dia berlakon dulu :)

    ReplyDelete
  5. La.. pakai body double ke.. Tapi macam Farhana cakaplah.. Salman handsome lagi.. Aura dia lain..

    ReplyDelete
  6. Ohh.. gitu ke.. senang la keje macam tu, ada kembar.. hehehehe.. tapi betul la, Salman Khan lagi handsome daripada kembar dia ni.. terutama tang hidung.. tak boleh lawan hidung Salman.. :)

    ...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.