Gorpis Podium, Penchala, Damansara

Thursday 24 October 2019


Semalam lepas habis kemas store, officemate ajak makan dekat Podium sebab dia suka makan dekat sini. Banyak menu sedap katanya. Podium ni dekat dengan kawasan rumah dia so dia memang dah selalu sangat datang sini. Kita baru first time.


Kitorang sampai time Maghrib so tak la susah  sangat nak cari parking sebab parking dia agak limited lah. Time peak hour memang menangis rasanya. Masa ni baru lepas hujan so tak ramai sangat orang cuma basah lah since tempat dia agak open. 


Duduk dekat area sini dapat angin sedap sikit. Lagipun dekat dengan TV boleh la layan drama Lelakimu Yang Dulu sementara tunggu order sampai. Seat dia banyak, boleh makan ramai-ramai dekat sini. 



Podium ni agak sporty lah theme dia since decoration pun penuh dengan bendera soccer club dengan MotoGP. Hafiz Syahrin pun buat press conference dekat sini sebelum gerak pergi ke championship. Artis pun selalu lepak sini. 

Podium ni ada banyak stall tapi bukan self-service. Semua dah ada dalam menu book diorang tinggal nak pilih je nak yang mana. Since dinner kan, tak order lah yang berat lagipun balik memang terus tidur je cerita dia. 






Pening nak makan apa sudahnya layan craving officemate nak makan Gorpis je sebab dia kata sedap sangat. Gorpis tu goreng pisang. Dekat sini special sikit sebab topping dia ada yang warna-warni. Kalau tak sebut nak yang biasa je, dia akan buatkan gorpis yang paling mahal sekali hshshshs


Dah settle order Gorpis, haaa tunggu la buzzer dia vibrate untuk pickup order. I order char kuey tiaw je sebab yang tu ringan plus kawan kata sedap. Ambik la CKT Kerang dengan air milo panas.

Tak tunggu lama pun gorpis tu around 5 minutes je and tadaaaaaa....


Nampak macam tak menarik but trust me rasa dia ya ampunnn nikmat gila makan time sejuk lepas hujan macam semalam tu. Dia punya crunchy pisang goreng tu fuhhhh. Coklat dengan cheese dia just nice tak manis sangat pun. Memang sedap lah cuma sikit je la dapat. Untuk tangki kecik puas lah. 


Quite disappointed lah dengan CKT Kerang ni sebab udang je banyak, kerang ada 4 je itupun kecik je. Kalau tahu ambik CKT biasa je. Tak suka sebenarnya CKT ada jelaga tapi dekat sini tak terasa la jelaga dia and gravy dia pekat. Sedap la bila makan. 


Milo dia manis leting. Even dah makan gorpis pun rasa manis lagi padahal kalau makan makanan bertepung yang goreng ni lidah rasa tawar tapi tidak ye untuk milo ni. Next time kalau datang nak order chili cheese fries dia ataupun bacon fries sebab ramai yang recommend menu tu. 


Dekat Podium ni yang bestnya boleh bayar secara nirtunai. Tak payah resah kalau cash dah kering dalam wallet sebab tak sempat nak withdraw.


For me okay lah makan dekat sini walaupun agak pricey cuma tak akan datang waktu peak hour dan weekend lah sebab baca review memang hazab jugak bila peak hour ni. Dekat sini ada kemudahan tandas dengan surau jugak tau walaupun tak besar mana. 


Service dia quite nice lah sebab ramai yang mesra. Datang disambut, balik pun dihargai ahhh gitttewww. Thank you kak Nora sebab bawak datang sini, next time pergi lagi lah kalau craving Gorpis. 

3 comments

  1. Macam exclusive jugak tempat dia, sebab siap artis lepas dan atlet buat press conference tu. Wahhh, bestnyaa tengok CKT, wawa suka ckt.

    ReplyDelete
  2. menarik juga dekorasi gorpis ni. menu pun variety

    ReplyDelete
  3. Ingatkan apa lah gorpis tu.. urban sangat namanya.. hahaha..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.