Raya Aidilfitri 2019

Saturday 8 June 2019

Raya tahun ni ada bajet cuti dengan duit lebih sikit balik kampung ke Kedah dengan Perak. Start balik kampung 3hb haritu sampai lah 7hb balik ke Sabak Bernam balik. Saja balik Kedah lama sikit sebab tahun lepas tak balik, saudara yang lain pun tak dapat nak balik beraya sebab kerja. 

Raya tahun ni rare sikit sebab kitorang request dekat tok dengan tok wan nak makan gulai daging batang pisang. Alang dah masak banyak kitorang masak sekali buat cicah makan dengan ketupat palas masa raya nanti. Ketupat tak dapat buat banyak sebab daun rapuh since kerap hujan. Buat mana yang mampu je.


Tak banyak pun batang pisang yang dapat sebab tok wan kata pokok pisang kena penyakit so banyak yang tak menjadi. Tapi boleh lah takat kitorang satu family nak makan. Raya pun tak ramai yang datang sebab area tu memang sunyi sikit. 

Pagi raya macam biasa lah lepas solat sunat raya, sesi salam pastu bergambar. Tema kitorang purple tahun ni walaupun ada yang macam lari sikit warna tu tapi lantaklah, asalkan purple. Tokwan je lari warna sikit tapi still cantik kan dalam gambar.

Baju raya asal tertinggal dekat rumah so hari last puasa tu bergegas jugak lah ke Baling cari baju warna purple sebab mak nak semua sama. Shawl pun beli sekali tapi RM10 je so no hal lah labur duit hah gittew walaupun bersesak cari parking dekat ekspo depan SMKAB tu. 


Pagi raya kedua kitorang balik Batu Kurau, Perak. Sampai je sana terus melantak macam-macam sebab Mak Tam memang sejenis yang suka masak banyak untuk semua saudara. Kalau balik Batu Kurau dapat banyak lah ole-ole sebab mak saudara suka menanam.

Tak beraya sangat pun sebab saudara dah start kerja raya ketiga. Tahun ni dapat bekal kulat sisir dengan cendawan tiram. Nak petai dengan durian tak lepas sebab petai belum musim lagi. Durian pulak banyak kena tebuk dengan tupai.

Disebabkan terperap dalam kereta lepas jam teruk masa balik dari Perak, adik pulak bijak masuk dalam freezer sampai layu sudahnya buat cendawan goreng. Nasib banyak jugak boleh dapat. 3x jugak lah ulang goreng sampai habis.


Nothing much on raya keempat, stay dekat rumah je sebab memasing penat drive dari kampung so kemas rumah tunggu orang datang je. Esok balik Subang lepastu start kerja dah. That's all for this year. Happy Eid Mubarak guys. 

6 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.