Awal Ramadhan hari tu mencari kedai kurma untuk diborong
dengan rakan office. Dekat Subang Perdana ada satu je kedai kurma itu pun tak
ada choice langsung nak pilih kurma sebab ada satu jenis je itupun mahal
walaupun kedai dia tersangatlah simple.
Saja suggest kedai Saudagar Kurma ni sebab dah tak ada
pilihan lain dah. At first macam risau jugak nak pergi sebab kedai dekat Star
Avenue ni memang harga mahal sikit dari tempat lain kecuali Mr DIY. Bila dah
masuk belek harga rasa happy pulak sebab banyak sangat kurma dari yang paling
murah harganya sampai yang mahal. Tak sangka langsung boleh dapat harga murah.
Ada kurma dalam box biasa, kurma timbang ataupun kurma
borong satu kotak besar ikut jenis kurma. Selain dari kurma, ada juga pelbagai
jenis kekacang dijual secara timbang ataupun yang dah siap pack dalam bekas.
Kalau yang nak buat biskut raya Florentine tu memang boleh jejak sini kalau
tempat lain dah habis stok.
Ada jugak skincare, perfume, bahan masakan (madu, minyak zaitun, beras nasi arab, safran), inai, miswak, toiletries, snek dan biskut, minuman dan barang lain yang original dibawa dari negara Timur Tengah. Nampak je kecil kedainya tapi macam-macam ada. Susun atur kedai dah la kemas, bersih, wangi pulak tu.
Lama jugak memilih kurma haritu sebab tak tahu nak pilih kurma yang mana satu even dah letak dekat kaunter pun boleh pergi tukar lagi. Apart from kurma, grab madu sebotol dengan inai sekotak. Tapi tak try lagi dua produk ni sebab inai tu nak pakai masa raya kot kalau tak busy. Madu tu nak guna tapi madu lama tak habis lagi. Saja je gatal tangan beli haritu.
Lepas ni rasa nak menyinggah lagi sebab nak beli kekacang
timbang dia sebab susah nak cari dekat area sini. Dah ada kedai yang ada banyak
jenis kekacang, dekat pulak tu dengan rumah memang malas dah nak fikir banyak
dah. Kalau ada yang mencari produk-produk berkaitan, datang la singgah sini
sebab kedai ni mesra pelanggan plus nak park kereta pun senang. Kalau tak tahu Star Avenue dekat mana, waze je guys.
12 comments
Heaven sangat Farhanna.. Banyak pilihan kurma, mana tak rambang mata. Sis suka pergi kedai camni utk cari saffron, jus delima dan olive oil coz harga lebih murah dari pasaran..
ReplyDeleteNext time nak pergi tempat ni. Thanks for sharing 💕..
sama2 kak LZ! Ha'ah terkejut jugak harga dia tak mahal pun lepastu banyak produk dia jual. Lepasni boleh borong lah :D
Deletewah.. bestnya... byk pilihan...
ReplyDeleteWow..heavennya masuk kedai macamni..best betoi
ReplyDeletedulu mama suka kurma tangkai tapi sejak makan kurma gred a kawan mama jual mmg dah beli dgn dia aje
ReplyDeletePergh!! Puas hati kalau masuk kedai macam nie..
ReplyDeletePuas hati banyak pilihan tu
ReplyDeletewoww meriahh kurma dia! ni kalau abi kc pergi ni mesti borong banyak hahaha. abi peminat kurma.
ReplyDeletemeriah kedainya! banyak barang2 yg susah nak jumpa
ReplyDeleteterbaek.. banyak pilihan :)
ReplyDeletewah bestnya kedai dia, banyak pilihan pula tu.
ReplyDeleteBestnya kismis besar-besar giteww...
ReplyDeleteNampak kedai tu pun menarik susun aturnya dan nampak bersih.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.