Borong Kurma Di Saudagar Kurma Star Avenue, Subang Bestari

Saturday 9 June 2018



Awal Ramadhan hari tu mencari kedai kurma untuk diborong dengan rakan office. Dekat Subang Perdana ada satu je kedai kurma itu pun tak ada choice langsung nak pilih kurma sebab ada satu jenis je itupun mahal walaupun kedai dia tersangatlah simple.

Saja suggest kedai Saudagar Kurma ni sebab dah tak ada pilihan lain dah. At first macam risau jugak nak pergi sebab kedai dekat Star Avenue ni memang harga mahal sikit dari tempat lain kecuali Mr DIY. Bila dah masuk belek harga rasa happy pulak sebab banyak sangat kurma dari yang paling murah harganya sampai yang mahal. Tak sangka langsung boleh dapat harga murah.


Ada kurma dalam box biasa, kurma timbang ataupun kurma borong satu kotak besar ikut jenis kurma. Selain dari kurma, ada juga pelbagai jenis kekacang dijual secara timbang ataupun yang dah siap pack dalam bekas. Kalau yang nak buat biskut raya Florentine tu memang boleh jejak sini kalau tempat lain dah habis stok.



Ada jugak skincare, perfume, bahan masakan (madu, minyak zaitun, beras nasi arab, safran), inai, miswak, toiletries, snek dan biskut, minuman dan barang lain yang original dibawa dari negara Timur Tengah. Nampak je kecil kedainya tapi macam-macam ada. Susun atur kedai dah la kemas, bersih, wangi pulak tu.





Lama jugak memilih kurma haritu sebab tak tahu nak pilih kurma yang mana satu even dah letak dekat kaunter pun boleh pergi tukar lagi. Apart from kurma, grab madu sebotol dengan inai sekotak. Tapi tak try lagi dua produk ni sebab inai tu nak pakai masa raya kot kalau tak busy. Madu tu nak guna tapi madu lama tak habis lagi. Saja je gatal tangan beli haritu. 


Lepas ni rasa nak menyinggah lagi sebab nak beli kekacang timbang dia sebab susah nak cari dekat area sini. Dah ada kedai yang ada banyak jenis kekacang, dekat pulak tu dengan rumah memang malas dah nak fikir banyak dah. Kalau ada yang mencari produk-produk berkaitan, datang la singgah sini sebab kedai ni mesra pelanggan plus nak park kereta pun senang. Kalau tak tahu Star Avenue dekat mana, waze je guys. 


12 comments

  1. Heaven sangat Farhanna.. Banyak pilihan kurma, mana tak rambang mata. Sis suka pergi kedai camni utk cari saffron, jus delima dan olive oil coz harga lebih murah dari pasaran..

    Next time nak pergi tempat ni. Thanks for sharing 💕..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kak LZ! Ha'ah terkejut jugak harga dia tak mahal pun lepastu banyak produk dia jual. Lepasni boleh borong lah :D

      Delete
  2. wah.. bestnya... byk pilihan...

    ReplyDelete
  3. Wow..heavennya masuk kedai macamni..best betoi

    ReplyDelete
  4. dulu mama suka kurma tangkai tapi sejak makan kurma gred a kawan mama jual mmg dah beli dgn dia aje

    ReplyDelete
  5. Pergh!! Puas hati kalau masuk kedai macam nie..

    ReplyDelete
  6. Puas hati banyak pilihan tu

    ReplyDelete
  7. woww meriahh kurma dia! ni kalau abi kc pergi ni mesti borong banyak hahaha. abi peminat kurma.

    ReplyDelete
  8. meriah kedainya! banyak barang2 yg susah nak jumpa

    ReplyDelete
  9. terbaek.. banyak pilihan :)

    ReplyDelete
  10. wah bestnya kedai dia, banyak pilihan pula tu.

    ReplyDelete
  11. Bestnya kismis besar-besar giteww...
    Nampak kedai tu pun menarik susun aturnya dan nampak bersih.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.