8 Cara Kurangkan Hutang Negara

Saturday 2 June 2018

Kecoh di social media dengan sumbangan rakyat Malaysia dalam Tabung Harapan Malaysia sudah mencecah RM 18,608,925.36lepas 2 hari ditubuhkan supaya menjadi medium utama untuk menyimpan dana dari rakyat Malaysia yang ikhlas membantu mengurangkan hutang negara.

Image result for tabung harapan malaysia

Tapi sedar tak sedar sebenarnya banyak lagi cara untuk membantu kurangkan hutang negara dalam kehidupan seharian kita sebab kerajaan selama ni terpaksa membelanjakan sejumlah amaun yang besar untuk menjaga negara dan masalah ni berpunca dari rakyat Malaysia yang kurang kesedaran dan degil.

1) Bayar Cukai Pendapatan


Hanya 15% atau 2.27 juta dari jumlah keseluruhan 14.6 juta pekerja yang berdaftar dengan LHDN membayar cukai pendapatan setiap tahun. Manakala syarikat yang berdaftar dengan SSM pula sebanyak 1.2 juta tetapi hanya 168,244 sahaja yang bayar cukai untuk tahun 2017.

2) Bayar Hutang PTPTN

Image result for ptptn

Seramai 663,000 orang peminjam tak pernah bayar sesen kepada pihak PTPTN menjadikan jumlah tertunggak sebanyak RM 4.7 bilion dan hanya 19% sahaja dari ratusan ribu peminjam ni disenaraihitamkan. Sejak penubuhan PTPTN, sebanyak RM48.7 bilion diagihkan untuk bantu pelajar tetapi pulangan hanya RM 10.8 bilion setiap tahun.

3) Jaga Kesihatan


Setiap tahun kerajaan membelanjakan RM 178.9 bilion untuk membantu sektor kesihatan, RM 50 juta untuk pesakit buah pinggang dengan membekalkan mesin dialisis. Jumlah ni boleh dikurangkan bila makin ramai individu yang menjaga kesihatan terutama perokok yang menghidap sakit jantung dan kanser sebab kerajaan belanjakan RM3 bilion setiap tahun bagi subsidi kepada pesakit.

Belum masuk peruntukan untuk ubat-ubatan yang kebanyakannya dibuang oleh pesakit. Ubat boleh dipulangkan semula kalau tak habis digunakan.

Kos perbelanjaan dari sektor kesihatan boleh disalurkan untuk kemudahan suntikan imunisasi percuma, makanan sihat yang berkualiti dan sumber air bersih selain penambahbaikan mesin dan pembinaan hospital.

4) Buang Sampah Dengan Bijak


Setiap tahun kerajaan belanjakan RM2 bilion untuk kerja-kerja pembersihan dan selenggara sisa pepejal. Sisa baki seperti sisa makanan dihasilkan sebanyak 30 ribu tan setiap hari dan kebanyakan sisa pepejal serta sisa baki tidak diasingkan menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan.

The least you guys can do is kurangkan pembaziran makanan dan asingkan sisa pepejal, sisa baki dan sisa yang boleh dikitar semula.

Asingkan sampah basah dan sampah kering. Plastik sampah berwarna biru untuk sisa kertas, plastik sampah warna putih untuk sisa plastik dan plastik sampah warna hijau untuk bahan kitar semula.

5) Kitar Semula

Image result for kitar semula

Kesedaran kitar semula sangat rendah di Malaysia sampaikan kerajaan set target 22% penduduk yang kitar semula pada tahun 2020 berbanding negara Jepun yang sudah melebihi 50%. Setakat ni baru 17% rakyat yang mengamalkan kitar semula. Kertas yang tidak dikitar semula menelan kos sebanyak RM205 juta manakala plastik sebanyak RM163 juta. Plastik menelan masa 500 tahun untuk dilupuskan so please guna reusable bag bila pergi shopping kerana penggunaan plastik di Malaysia semakin meningkat.

Selain kertas dan plastik, telefon bimbit juga perlu dikitar semula supaya dapat menyelamatkan tanah, air bawah tanah dari dicemari bahan kimia seperti kadminium, lithium, plumbum dan merkuri yang boleh menjejaskan alam sekitar dan juga kesihatan manusia. TV, peti ais dan mesin basuh juga boleh dikitar semula daripada dibuang di tempat pelupusan sampah.

6) Elakkan Vandalisme


Terlampau banyak kes vandalisme yang berlaku di kebanyakan tempat sehingga Majlis Perbandaran terpaksa mengeluarkan sejumlah amaun besar untuk membaik pulih kembali kerosakan tersebut. Seperti Knowledge Park di Terengganu menelan belanja RM1 bilion untuk kos baik pulih. Majlis Bandaraya Alor Star keluarkan RM20 juta untuk baiki kerosakan di sekitar kawasan AS. Majlis Perbandaran Klang (MPK) pula rugi sebanyak RM291 juta tahun lepas untuk baiki semua kerosakan di daerah Klang. MRT juga terpaksa baiki kerosakan sebanyak RM 10,000 walaupun baru sahaja dilancarkan.

Daerah yang kecil pun dah menelan berjuta ringgit untuk baiki kerosakan akibat kecurian, sabotaj dan vandalisme supaya kemudahan dapat digunakan oleh orang awam padahal amaun besar ni boleh digunakan untuk mewujudkan tarikan lain untuk sektor perlancongan atau kemudahan prasarana yang canggih dan bagus.

7) Jangan Kotorkan Longkang

Related image

Kerajaan belanjakan RM40 juta setiap tahun untuk bersihkan longkang dan sistem parit di Malaysia since ramai sangat yang suka buang sampah dalam longkang dan menyebabkan banjir kilat bila parit dan longkang tersumbat. Antara sampah yang dijumpai dalam parit atau longkang ialah sisa minyak, sisa lalin, perabot, tilam, bantal dan juga sinki dapur. Di negeri Selangor sahaja, kerajaan belanjakan RM2 juta untuk kerja pembersihan.

8) Jimatkan Penggunaan Air


Kadar penggunaan air di Malaysia mencecah purata 221 liter sehari sedangkan penggunaan yang ditetapkan WHO ialah 165 liter sehari. Di Singapura purata penggunaan air sebanyak 159 liter sehari dan akan dikurangkan lagi kepada 100 liter sehari manakala di Thailand hanya sebanyak 50 liter sehari. Kos rawatan air yang dibelanjakan tiap tahun oleh kerajaan sebanyak RM20 juta. Amaun ni boleh dikurangkan bila individu berjimat dengan pelbagai cara dan lebihkan penggunaan tadahan air hujan untuk kegunaan aktiviti mencuci dan menyiram pokok bunga.

Selain dari 8 cara di atas, you guys boleh juga bayar saman parkir kereta atau kesalahan jalan raya. Mengurangkan penggunaan eletrik di pejabat-pejabat kerajaan terutamanya penggunaan air-cond. Mengurangkan perbelanjaan yang berlebihan pada musim perayaan ataupun majlis perkahwinan kerana kelemahan perancangan tuan rumah. Sama-sama kita ubah untuk kebaikan negara kita.

16 comments

  1. yang geram sbb ptptn tu la, dah hutang taknak bayar pulak, pastu bising hakalah

    ReplyDelete
  2. ehhhhhhh baru perasan dah tukar wajah hehehe

    ReplyDelete
  3. banyak lagi cara nak selamatkan negara.. :)

    http://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Yes byk lagi cara yg boleh mbantu, tpulang kepada stiap individu. Yg tabung tu, gud job malaysian, bsatu hati sama2 myumbang, smoga semua dimurah rezeki. Amin

    ReplyDelete
  5. Waa dah tukar template baru hahaha betul tu bab ptptn dengan vandalisme tu teruk sangat laa hutang tak nak bayar lepas tu memekak lepas tu merosak kan harta benda bagai urghh

    ReplyDelete
  6. banyak cara sebenarnya nak bantu kurangkan hutang negara ni selain derma kepada tabung harapan

    ReplyDelete
  7. thanks share ... bab longkang tu , alangkah baiknya kalau semua rakyat Malaysia ada kesedaran menjaga kebersihan longkang ... susah juga nak tengok longkang bersih di Malaysia ni ...

    ReplyDelete
  8. ini betul-betul good idea. kadang kita hnya melihat pada mcm mn kerajaan nk buat utk kurangkan kos. tp effort dari kita pun perlu jugak kan.

    ReplyDelete
  9. masalahnya cuma 10% je rakyat Malaysia yg mengamalkan langkah2 yg cik ana sebutkan tu. yg pinjam ptptn tu x reti nak byr2 sdgkan pakai kereta mewah n hp mahal2!

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing Farhana, memang betul apa yang awak katakan tue..

    ReplyDelete
  11. Ahaa la kan. Kita asyik nampak sumbangan tu je sedangkan banyak lagi cari kita nak bantu kerajaan. Dan salah satunya ciktie nak tambah jangan harapkan bantuan kerajaan semata-mata hehe

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah kerajaan ubah, mentaliti kita pun kena ubah. :D

    ReplyDelete
  13. great idea, farhana.
    yg 1st tu, harap belanjawan thn depan, dpt la kurangkan mana patut, naikkan rebate.
    kesian kami-kami yg kena byr. fengsan!!!

    ReplyDelete
  14. mentaliti kena ubah.. Pandai pinjam, pandailah pulang.. Sampah jangan buang merata.. Kita kena berubah supaya Malaysia akan jadi lebih baik, kan Farhana..

    ReplyDelete
  15. betul3.. sangat3 setuju..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.