Drama Review : The Gifted - Graduation

Tuesday, 15 December 2020

Director : Waasuthep Ketpetch

Writer : Waasuthep Ketpetch

Cast : Korapat Kirdpan, Wachirawit Ruangwiwat, Harit Cheewagaroon, Pattadon Janngeon, Atthaphan Phunsawat, Ramida Jiranorraphat, Napasorn Weerayuttvilai, Nattawat Finkler, Chanikarn Tangabodi, Phuwin Tangsakyuen, Apichaya Thongkham

Genre : Sci-fi / Thriller / Mystery / Drama

Running Episodes : 13 episodes

Release Date : 6 September – 29 November 2020

Production Company : GMMTV, Parbdee Taweesuk

Distributor : GMM 25

Trailer :

 

Sequel drama terbaik dari negara Thailand untuk tahun 2018, meneruskan kisah perjuangan Pawaret "Pang" Sermrittirong (Korapat Kirdpan) untuk hapuskan privilege student The Gifted di Ritdha High School supaya semua hak pelajar terbela dan mendapat peluang juga layanan yang sama rata. 

Untuk previous installment yang diadaptasikan dari filem pendek dan novel The Gifted karya Dhammarong Sermrittirong, misi Pang terhenti bila mereka semua gagal halang pengetua Supot Chueamanee (Wanchana Sawasdee) dalam meeting bersama Kementerian. Akibatnya, Namtaan (Apichaya Thongkham) terpaksa berpindah ke luar negara dek ibu dia risaukan keselamatan dia. 

Sebelum ni director Waasuthep Ketpetch bagitahu apa The Gifted program dan develop potential kesemua pelajar yang terpilih dan apa side effects mereka semua. So dalam sequel ni director tambah lagi watak baru baik dari Kementerian mahupun pelajar junior The Gifted dengan kuasa yang belum ada di The Gifted 1. Sayangnya pelajar-pelajar junior diserang virus NYX 88 yang mengakibatkan brain infection bila mereka menggunakan kuasa. 

Pengetua Supot ceritakan kepada Pang yang Kementerian adalah dalang wujudnya virus NYX 88 sebab mereka tak nak projek rahsia ni terbongkar dan mengancam negara suatu hari nanti. Bestnya dalam sequel ni bila kita boleh tahu sejarah The Gifted yang bermula 30 tahun lepas. Tapi cerita jadi mengelirukan dan berat bila future Grace (Chanikarn Tangabodi) merasuk tubuh Grace yang sekarang.

 

Like in my previous review, I did mentioned yang perspektif Pang dan pengetua Supot berbeza thus an adult, apa yang Pang perjuangkan ni bukanlah sesuatu yang besar pun tapi bila future Grace datang, baru nampak lah apa kesannya kepada negara bila wujud The Gifted. Tapi hujungnya Pang berubah pendirian pulak. Eh, so what’s the whole point of this mission? Pffttt I don’t know. Imagine layan 13 episod penuh dengan plot twist only to end up at square one. 

"Young people, at any given time, like to gather to make a social change. But do you know what their main problem is? Their ideology. One day they will find out that, even though their ideology is the same, their true desires aren't. They will argue, betray, and break up. It will take some time for them to learn, that an effective group is not formed based on the same ideology, but on the same interest." - Supot Chueamanee

Lagi bagus Pang pergi study supaya dapat grad dengan cemerlang dan figure out apa major course dia nak ambik bila dekat uni instead of buang masa menyusahkan pengetua dan cikgu-cikgu yang lain. Dah la dia selesaikan masalah kebanyakan masanya dengan guna emosi. Setahun pula tu terbuang bukan kerana covid-19 tapi kerana huru-hara diorang buat dalam previous season. Plot twist, bukan diorang yang buat. Bagi satu spoiler je boleh kan? 

Watak Mr. Pom (Chatchawit Techarukpong (Victor)) agak lemah dalam season 2 ni. Sama juga dengan watak Wave (Wachirawit Ruangwiwat), Claire (Ramida Jiranorraphat) dan Ohm (Harit Cheewagaroon) padahal kuasa diorang power masa Season 1. Tak sangka Wave still guna device untuk curi dengar conversation dalam bilik padahal dia power IT. Hack lah device watak-watak drama ni. Fast & Furious dah buat macam tu takkan lah Wave tak mampu lagi. Sebelum ni tak didedahkan apa kuasa si kembar Jack (Chayapol Jutamas) & Joe (Chayakorn Jutamas) jadi kali ni diorang ada screentime lebih sikit untuk show off kuasa diorang yang okay lahhhh. 

Visual dan sinematografi tetap ampuh dan cantik sama seperti season 1. Product placement kali ni lebih tersusun dan relate dengan jalan cerita so tak nampak annoying. Siap ada cerita pendek tersendiri pula di hujung episod. Background music The Gifted franchise cool macam drama dia jugak sebab dia ada music tersendiri. Bila keluar music tu rasa misteri dan saspen tu timbul. Kudos to the team! 

Tak pasti akan wujud Season 3 The Gifted ataupun tak sebab belum ada official announcement ataupun sebarang hint diorang bagi. Sepatutnya Season 2 diorang chill je sembang pasal setahun yang hilang tu dan masukkan half je konflik ataupun sembang tentang sejarah The Gifted 30 tahun lepas. Biar fans and audience betul-betul kenal dan connected dengan semua watak. Masuk Season 3 tambah sikit lagi konflik dari Kementerian pula. Season kemudiannya pandai-pandai la kembangkan. Orang kata biar lambat, asal mantap. Baru la nampak steady as a franchise. 

Tapi apa boleh buat, nasi dah jadi bubur kan? Makan je lah. Quite disappointed but not bad lah untuk layan sebab banyak social message dan life lesson dalam drama The Gifted Graduation ni. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 7/10

 

Tak tahu lah sejak bila wujudnya Flavyo popcorn ni sebab tahu tahu dah famous dah dek kerana founder dia, Hermy Rahim. Sebelum ni around 2018 memang selalu je order popcorn caramel macam ni. Harga sebalang masa tu RM25. 

Tapi nak dapat masa tu agak susah la, kena pergi dekat kedai baru dapat merasa. Mungkin supplier tak ramai kot. Popcorn tu sama bentuk jugak macam ni bulat, gemok, crunchy bila makan. Tapi yang syoknya ada flavor chocolate. Dah stop beli lepas kes bad customer service bila dia open untuk online order. 


Bila makan Flayvo Popcorn ni tak lah teruja mana pun sebab dah pernah makan. Yang bestnya harga dia lebih murah sebab sebalang besar dengan berat 380gram ni RM18 je. Sesuai lah dengan tagline dia - 'Harga Marhaen, Rasa Kayangan'. 

First layer memang rangup dan terasa limpahan caramel tu tapi bila dah masuk layer yang dekat tengah tu dah mula hilang rangup dia. Mungkin sebab buka banyak kali kot, angin pun dah masuk. 

Hopefully Flavyo keluarkan flavor chocolate pulak lepas ni, boleh borong letak dekat meja office. Sambil buat kerja, sambil makan popcorn caramel ni memang tak sedar bila masa habis. Kalau yang tengah jaga badan memang menangis lah cerita dia. 

Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan

Ramai sering menganggap penyakit seperti kanser payudara dan osteoporosis adalah eksklusif untuk mereka yang bergelar wanita. Walau bagaimanapun, sedikit trivia berkenaan dengan hukum alam, ia tidak mempunyai sebarang bentuk diskriminasi. Mungkin mereka lebih berisiko, namun lelaki juga boleh didiagnosis dengan masalah terbabit.

Artikel ini akan memperkenalkan 7 ‘penyakit wanita’ yang turut mempengaruhi kaum Adam.


#1 Osteoporosis, penyakit tulang rapuh 

Osteoporosis agak popular dan jika anda perhatikan iklan di televisyen, kebanyakan penghidap (jika bukan semua) diperwatakkan oleh pelakon wanita. Keadaan ini menyebabkan timbul salah faham berkenaan dengan maklumat demografi dan risiko bagi penyakit tulang rapuh. Apabila tulang anda mengalami penurunan ketumpatan, ia mudah retak dan menyebabkan komplikasi serius.

Walaupun kajian menunjukkan setinggi 1 daripada 3 wanita menghidap masalah ini, namun lelaki juga tidak terlepas daripada didiagnosis walaupun tidak sekerap itu (1 daripada 5 lelaki). Keadaan ini berlaku berikutan perubahan proses fisiologi wanita selepas mereka mencapai usia menopaus.

Namun, apabila mencecah usia 65 hingga 70 tahun, proses patologi penyakit berlaku pada kadar yang hampir sama bagi kedua-dua jantina.


#2 Kanser payudara, boleh didiagnosis pada lelaki


Walaupun payudara sering dianggap sebagai penyakit wanita, namun pernyataan tersebut adalah tidak tepat.

Kedua-dua lelaki dan wanita mempunyai tisu payudara. Cuma wanita mengalami tumbesaran dan peningkatan pada jumlah tisu payudara akibat peningkatan hormon ketika mereka akil baligh. Payudara lelaki akan kekal rata seumur hidup mereka.

Melalui fakta tersebut, kita boleh simpulkan segelintir lelaki berisiko untuk mendapat masalah kanser payudara walaupun sangat jarang berlaku. Terdahulu, kajian menunjukkan kira-kira 1 peratus lelaki berisiko mendapat masalah kanser ini namun insidennya semakin meningkat tahun demi tahun.

Oleh sebab ia merupakan satu bentuk tabu, keadaan kesihatan ini sukar dikesan pada peringkat awal, maka tahap kelangsungan hidup lelaki jauh lebih rendah berbanding dengan wanita yang turut mempunyai kanser payudara.


#3 Masalah berkaitan organ tiroid

Tiroid adalah organ kelenjar kecil yang terletak di bahagian bawah hadapan leher. Ia merupakan satu organ yang penting dalam mengawal kadar metabolisme badan melalui penghasilan dan rembesan hormon. Jika jumlah hormon yang dihasilkan berada di luar kawalan, ia boleh menyebabkan masalah hipertiroid.

Penghidap boleh mengalami simptom seperti:

  • Kelesuan
  • Mudah lupa
  • Rambut dan kulit kering dan kasar
  • Berat badan susut secara berlebihan
  • Apa akan terjadi jika jumlah hormon yang dihasilkan tidak mencukupi? Anda boleh didiagnosis dengan masalah hipotiroid.

Simptomnya adalah:

  • Lemah otot
  • Sukar tidur
  • Berat badan naik
  • Mudah marah
Walaupun keadaan kesihatan ini adalah 5 hingga 8 kali ganda lebih lazim didiagnosis dalam kalangan wanita, namun lelaki turut menjadi mangsa memandangkan mereka juga mempunyai organ tersebut.


#4 Kecelaruan tabiat pemakanan, hanya untuk wanita?

Apabila kita berbicara mengenai masalah tabiat pemakanan seperti anoreksia dan bulimia, jarang sekali kita terbayangkan lelaki.


Pasti gambaran wanita kurus kering bermain di fikiran anda.

Hakikatnya, 10 hingga 15 peratus daripada jumlah mereka yang didiagnosis terdiri daripada jantina lelaki. Ia bukanlah satu penyakit yang eksklusif untuk wanita.

Atlet, individu obes, lelaki homoseksual dan transgender serta individu yang mempunyai personaliti tertentu seperti mudah resah, perfectionist dan sebagainya berisiko untuk mendapat masalah ini.

Komplikasi serius seperti masalah jantung, osteoporosis, kegagalan organ dan kematian boleh berlaku jika ia tidak dirujuk kepada pakar.


#5 Jangkitan pundi kencing bukan penyakit wanita sahaja

Ya, wanita lebih mudah untuk mendapat jangkitan pundi kencing berikutan struktur uretra mereka yang lebih pendek. Namun, lelaki juga boleh didiagnosis dengan masalah ini terutamanya bagi penghidap:

  • Masalah prostat bengkak
  • Batu karang
  • Kecacatan kongenital pada uretra
Mereka yang mengalaminya boleh mendapat simptom seperti:

  • Kerap kencing
  • Air kencing keruh
  • Tidak boleh tahan kencing
  • Rasa terbakar semasa kencing
  • Demam

#6 Kemurungan, turut dialami kaum Adam


Walaupun wanita adalah dua kali ganda lebih berisiko untuk didiagnosis dengan masalah kemurungan, tapi terdapat percanggahan berkaitan dengan maklumat tersebut.

Secara amnya, lelaki dan wanita boleh menunjukkan simptom kemurungan yang berbeza. Lelaki lebih mudah untuk marah, tertekan dan hilang motivasi untuk melakukan sesuatu manakala wanita pula lebih kepada perasaan sedih dan sering menangis.

Keadaan ini menyukarkan proses diagnosis justeru ramai lelaki yang mengalami kemurungan tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Mereka lebih cenderung untuk mencuba dadah terlarang, alkohol atau terlibat dalam aktiviti berisiko.

Lelaki juga lebih berisiko untuk berjaya membunuh diri sendiri sekiranya mereka mencubanya. Tanpa rawatan, kemurungan boleh menyebabkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.


#7 Masalah autoimun lupus sering didiagnosis pada wanita

Dianggarkan 90 peratus wanita menghidap masalah autoimun ini. 

Selebihnya adalah lelaki yang terkesima dengan diagnosis yang dikatakan ‘sangat jarang’ berlaku dalam jantina mereka. Mereka yang mengalaminya boleh menunjukkan simptom seperti:

  • Bengkak dan sakit sendi
  • Lemah otot
  • Kelesuan ekstrem
  • Demam yang tidak diketahui puncanya
  • Keguguran rambut
  • Kaki bengkak
  • Mata bengkak
  • Sakit mulut
  • Kelenjar bengkak
  • Ruam merah persis bentuk rama-rama pada kawasan hidung dan pipi

Konklusi

Sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana masalah kesihatan seperti yang tersenarai, jangan ragu-ragu. Anda masih lelaki. Lelaki juga boleh mendapat masalah yang sama seperti wanita.

Mungkin anda berasa tertekan selepas didiagnosis dengan kanser payudara namun rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa anda. Maka penting bagi setiap lelaki untuk memberikan perhatian terhadap simptom yang mungkin dialami kesan daripada ‘penyakit wanita’.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.