Khaali Peeli Promotion Fashion Files | Ishaan Khatter & Ananya Panday

Sunday, 6 December 2020

Dah lama tak update Fashion Files so nak merajinkan diri balik ambil promo events yang senang je macam Khaali Peeli promo events ni sebab main cast tak keluar promote sangat pun gara-gara lockdown. Gabungkan dua-dua pelakon sekali sebab sikit je. 

Since both of them pelakon baru di Btown so I'm not sure much about diorang punya fashion sense macam mana. Ishaan lebih kasual dan bereksperimen macam abang dia, Shahid Kapoor sesuai dengan karakter dia yang cool and chill. Ananya pula I perasan dia suka pakai top atau dress dengan tumpuan di bahagian dada, denim dan singlet. 

1. First Promo Event


Not sure outfit serba hitam Ishaan dari label mana tapi dia memang keep it simple and casual untuk promo event. Ananya pula mengenakan leather boohoo top ditambah zip neon hijau dengan sleeve puffy dari label Pink Porcupines. Multi-coloured short bercorak geometri dari label yang sama. Love that high waist short but a big no for that top. Small curly hairstyle dengan extra huge earrings nampak cantik. 

2. Second Promo Event


Matchy matchy sports attire for promo event. Ananya pasangkan sleeveless top and camouflage pants from Frow. Untuk gambar studio Ananya pakai heels dari Steve Madden. Not much for hairstyle and makeup. Kalau cakap dia dari gym terus pergi studio pun orang percaya. 

3. Just At Home Style


Off shoulder silhouettes dengan ropol besar di bahagian lengan dan dada dari material lace berwarna kuning ni diperagakan dari label Michael Costello. Minimal makeup and hairstyle for summer look. 

4. Bonus 


Gambar ni bukan untuk promo events Khaali Peeli tapi masa Diwali party di rumah Siddhanth Chaturvedi but since they were both together, so masukkan sekali je lah dalam ni. Love casual look from Ishaan dengan corak abstrak berwarna-warni. Raising the bar with folding the sleeve for showing off the muscle. Brown khaki match with multi-coloured socks and sneakers. Rounded rectangular shade and black mask to comlete the look. Hot!

Ananya pula mengenakan multi-colour bustier-corset style and thigh-high slit dress berwarna merah dari Saaksha & Kinni dipadankan bersama sepasang stilettos berwarna hitam. Untuk accesories, Ananya masukkan elemen tradisional dengan sepasang jhumkis dari koleksi Amrapali. Dewy touch for makeup and deep curl for hairstyle. Loved it!

Both of them actually buat heavy promo dekat Goa tapi tak ada pun gambar dekat sana. Not sure online promo ataupun masuk studio. Dekat social media tak update langsung except gambar dekat airport. So drop your comment which are their fav looks okay!

Pengarah : Joko Anwar

Penulis Skrip : Joko Anwar

Pelakon : Tara Basro, Marissa Anita, Christine Hakim, Asmara Abigail, Ario Bayu

Syarikat Produksi :  Rapi Films, Base Entertainment, CJ Entertainment, Ivanhoe Pictures

Pengedar : Shudder

Genre :  Seram

Durasi Tayangan :  107 minit

Tarikh Tayangan : 17 Oktober 2019 

Trailer :

Movie bermula dengan perbualan Maya (Tara Basro) dan kawan baiknya, Dini (Marissa Anita) yang bekerja di pondok toll pada shif malam. Maya bercerita tentang lelaki creepy pada malam semalam memandang dia dengan aneh. Dini nasihatkan supaya pandang tangan sahaja tapi Maya geli dengan tangan lelaki tu sebab kotor. Seusai habis bercerita, lelaki tersebut muncul tapi kali ni lebih agresif. 

Dini membantu dengan memanggil pegawai bertugas supaya selamatkan Maya. Lelaki tersebut bertanyakan Maya tentang Rahayu. Kemudiannya dia pergi ke kereta dan keluarkan parang. Nasib Maya baik bila polis sempat datang dan selamatkan dia. Tapi siapa Rahayu? Apa kaitan Maya dengan Rahayu. 

Maya dapat tahu dari makcik dia yang dia adalah Rahayu semasa kecil tapi selepas ibu bapanya meninggal dunia, makcik dia bawa datang ke kota dan tukar nama kepada Maya. Cuma ada satu-satunya gambar berlatarbelakangkan rumah pusaka mereka yang besar di Harjosari, Mandiraja. Selepas tragedi diserang lelaki berparang tersebut, Maya dan Dini buka butik tapi ada masalah kewangan. Maya suggest untuk jual rumah pusaka dia. 

Mereka berdua pergi ke rumah tersebut tapi penduduk kampung agak aneh dan sepi. Semua memandang dengan pandangan tajam. Baru dua hari mereka di situ, sudah ada dua kematian. Maya dengan Dini minta izin untuk berjumpa dengan Ki Saptadi (Ario Bayu) untuk bertanyakan perihal rumah pusaka tersebut. Tapi Dini yang mula ambil kesempatan mengaku diri dia sebagai Rahayu akhirnya dibunuh dengan kejam. Darahnya dikumpul, kulitnya pula disiat dan dikeringkan kemudiannya dijadikan patung wayang kulit. 

Maya yang keluar mencari makanan berjumpa dengan Ratih (Asmara Abigail) kemudiannya bercerita tentang kampung dan bagaimana sumpahan bermula. Maya dapat tahu yang lelaki creepy di toll booth rupanya suami Ratih. Apa nasib Maya dan kenapa penduduk kampung mahu Rahayu mati kena tengok sendiri movie Indonesia yang dipilih untuk dihantar ke Oscar tahun ni. 

Walaupun penceritaan Perempuan Tanah Jahanam menggunakan template yang sama dengan movie seram yang lain tapi idea fresh dengan suntingan yang menarik. Menggambarkan juga bagaimana manusia sewenangnya menurut kata ketua tanpa berfikir dengan waras sampai sanggup membunuh tanpa belas. Movie Joko Anwar ni tak lah seseram Pengabdi Setan tapi lebih kepada thrill atau saspen bila Maya cuba lari dari roh yang mengganggu ataupun penduduk kampung. Hantu yang muncul pun tak seram. Mungkin sebab kelemahan CGI.

Penduduk di Harjosari ni suka dengan wayang kulit dan hiburan tradisional ni makin lama makin ditelan zaman so it’s a nice thing to watch dalam movie zaman sekarang supaya warisan tak dilupakan. Kostum zaman tu pun cantik dengan beberapa props yang digunakan. Tak didedahkan tahun bila mungkin around 80’s atau 90’s. Music score pun menarik sebab guna runut bunyi lagu-lagu lama. 

Perempuan Tanah Jahanam ni bagus dari sutradaranya, lakonan, visual, tone, dialog, music score tapi ada beberapa loopholes bila Joko Anwar letak scene lelaki tanpa kulit di dalam hutan tanpa sebarang cerita atau dikembangkan lebih lagi. Penduduk di situ pun tak rasa nak keluar ke lepas sumpahan tu berlaku? Kenapa nak try ada anak lagi kalau semua pun kesudahannya mati? Tak tahu kenapa letak scene Maya berjumpa dengan pensyarah tua sebab habis dekat situ je. Dari mana suami Ratih tahu pasal Maya sebenarnya Rahayu pun masih menjadi persoalan besar.Ada juga beberapa scene serlahkan kebodohan Maya, entah untuk apa. 

Ending agak mengecewakan tapi justified lah kot sebab malu dengan keluarga sendiri. Tapi scene setahun selepasnya tu boleh dijadikan signal kepada penduduk kampung supaya tutup dan keluar dari tanah jahanam tu. Tak berkembang sampai sudah gamaknya nanti. Thanks to Ical Tanjung for his great cinematography. Tahniah Joko Anwar dan team dapat hantar karya mereka ke Oscar. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.8/10

Movie Review | Mahasiswi Baru (2019)

Pengarah :  Monty Tiwa

Penulis Skrip :  Jujur Prananto, Monty Tiwa

Pelakon :   Widyawati, Morgan Oey, Mikha Tambayong, Umay Shahab, Sonia Alyssa, Slamet Rahardjo, Karina Suwandi, Iszur Muchtar, Ence Bagus.

Syarikat Produksi :  MNC Pictures

Pengedar :  Netflix

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan :  96 minit

Tarikh Tayangan : 8 Ogoos 2019 (Indonesia)

Trailer :

Diinspirasikan dari kisah benar dengan harapan dapat menyuntik harapan dan semangat kepada golongan warga emas untuk sambung pengajian di peringkat lebih tinggi, penulis dan pengarah Monty Tiwa persembahkan naskhah Mahasiswi Baru dalam template komedi drama. 

Lastri (Widyawati), berusia 70 tahun baru sahaja merasai kehilangan behasrat untuk mendaftarkan diri di Cyber University Indonesia. Keputusan dia dianggap merepek oleh anak perempuannya, Anna (Karina Suwandhi) tapi dia tetap berdegil. Dalam major yang sama dia berkawan baik dengan si cantik Sarah (Mikha Tambayong), Reva (Sonia Alyssa) yang selalu tidur di kampus, Erfan (Umay Shahab) yang suka berdemonstrasi dan bekas boy band juga instafamous Danny (Morgan Oey). 

Kehadiran Lastri juga tak disenangi oleh dekan En. Chaerul (Slamet Rahardjo) sebab beberapa aduan dari pensyarah dibuat lantas dianggap akan merosakkan imej dan nama universiti. Lagi bertambah parah bila result final exam Lastri paling teruk so diorang come up dengan idea untuk tackle dekan dan bagi peluang kedua supaya Lastri boleh sambung belajar. 

Plan berjalan dengan bagus tapi kantoi pula sebab Danny yang suka update semua benda kepada followers dia. En. Chaerul mengamuk sampai keluarkan arahan supaya Lastri berhenti datang ke kampus. Apa yang Lastri buat kemudiannya, kena tengok la movie Mahasiswi Baru dekat Netflix. 

Penceritaan yang berlatarbelakangkan dunia kampus memang aka nada banyak ragamnya tambah pula kalau dua generasi berbeza bertembung. Banyak scene kelakar gara-gara zaman Lastri yang berbeza dengan sistem pembelajaran sekarang. Dekat awal movie kita nampak Lastri bersedih dengan kematian seseorang tapi pengarah simpan rahsia tu sampai lah masuk second half. 

Sayangnya plot twist tu kurang menimbulkan impak sebab kita tak didedahkan apa amanatnya, apa perjanjian antara mereka sampai Lastri sanggup masuk ke universiti. Lagi cantik atau feel connected untuk genre drama kalau ada flashback dengan si mendiang. Rahsia dari watak Reva pun predictable dari awal lagi dan tak dikembangkan lagi supaya bertambah emosi dengan penerimaan rakan kampus atau pihak atasan. 

First half kita tengok Lastri tak mengerti apa-apa langsung tentang misi dan visi negara ataupun tentang major dia. Kalau ikutkan komedi boleh lah tapi kalau realistiknya, macam menyusahkan juga lah sebab smartphone dekat kampus tu penting. Apa sahaja info ataupun discussion dibikin secara online sahaja. Kebingungan Lastri jelas terserlah pada keputusan exam dia tapi second half dia makin busy dengan rencana lain dan tak ada langsung scene dia study hard sampai boleh dapat pointer tinggi. Bahaya jugak la movie ni sebab dia letak scene meniru dan guna kabel untuk stay walaupun pointer teruk. 

Anyway, suka tengok scene Lastri dengan En. Chaerul sebab memaparkan scene romantis antara warga emas sebab jarang kita dipertontonkan scene ni sedangkan cinta tu tak mengenal usia kan? Bertambah cantik bila Jimmy Opa shoot dari angle yang menaikkan mood dan menonjolkan keindahan beberapa tempat. Dengan lagu Cinta Luar Biasa dari Andmesh Kamaleng untuk scene romantik dan Gemu Fa Mi Re nyanyian Nyong Franco untuk mood yang ceria dan kelakar.

 

Movie ni menarik sebab idea fresh tapi ada beberapa loopholes yang mengganggu penceritaan. Emosi kurang walaupun lakonan dari para pelakon bagus. Kalau watak dah ditulis sebegitu, tak banyak yang pelakon boleh buat kan? For one time watch, Mahasiswi Baru menarik ditonton dengan keluarga. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.2/10