MASA UNTUK MENEKAN! UNDIAN AMT2026 BERMULA MALAM INI, “POWER” DI TANGAN PEMINAT!

Thursday, 3 September 2026

Calon sudah diumumkan, sekarang masanya untuk memilih! Selepas barisan calon Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 diperkenalkan menerusi “Malam Start Menekan!,” undian rasmi AMT2026 kini dibuka mulai 9 malam ini, memberi peluang kepada peminat untuk mengangkat calon pilihan masing-masing merebut trofi “Terhangat” menerusi undian yang berlangsung selama enam minggu, dari 3 September hingga 8 Oktober 2026, di tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat. 

Kuasa memilih kini milik anda. Undi dan sokong pilihan anda untuk tentukan siapa yang paling “Terhangat!” Enam minggu sahaja untuk anda mengeluarkan “Fan Power” dan melihat sejauh mana sokongan kepada calon pilihan mampu membawa mereka lebih dekat kepada kemenangan.

Nak gunakan “Fan Power” semaksimum mungkin? Inilah masanya! Akaun Tonton berdaftar menerima 5 undian, manakala pemegang langganan 3 bulan mendapat 2,500 undian dan langganan 12 bulan pula 10,000 undian. Gunakan setiap undian ANDA sebaik mungkin!

Edisi tahun ini turut memperkenalkan tujuh kategori baharu, menjadikan persaingan lebih terbuka dengan lebih banyak selebriti dan karya mendapat ruang untuk diraikan dalam keseluruhan 16 kategori yang dipertandingkan. Jangan tunggu lagi! Layari laman undian AMT2026 malam ini, pilih calon pilihan anda dan mula menekan undi.

Siapakah yang akhirnya akan menguasai pentas AMT2026 dengan gabungan “Star Power” dan “Fan Power” paling kuat? Jawapannya bakal diketahui apabila Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 berlangsung pada 18 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam, secara langsung menerusi TV3 dan strim juga melalui Tonton.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai AMT2026, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok @TV3Malaysia, serta Instagram dan TikTok @MelodiTerhangat.

Movie Review | Operasi Pesta Copet (2026)

Pengarah: Edy Khemod
Penulis Skrip: Edy Khemod, Rino Sarjono
Pelakon: Iqbaal Ramadhan, Kristo Immanuel, Zulfa Maharani, Kawai Labiba, Fauzan Lubis, Azizah Hanum, Ardit Erwandha, Kiki Narenda, Shakeel Fauzi, Totos Rasiti, Yeyen Lidya, Damita Almira, Myesha Lin
Syarikat Produksi: Imajinari, Angin Segar, Boss Creator
Pengedar: Antenna Entertainment (Malaysia) 
Genre: Jenayah / Komedi
Durasi Tayangan: 113 minit
Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2026 (Indonesia), 03 September 2026 (Malaysia)
Trailer:


Ditekan keadaan ekonomi selepas dibuang kerja di kilang, hidup Ijal (Iqbaal Ramadhan) mula berantakan kerana tiada sumber pendapatan. Makin ditambah beban bila ibunya (Yeyen Lidya) muncul bersama adik tirinya, Mila (Myesha Lin) bantu  selesaikan hutang dengan lintah darat sebanyak Rp13 juta.

Ijal ada buat kerja sambilan dengan rakan baiknya, Adut (Kristo Immanuel) mengambil upah jadi badut bersama ayahnya, Somali (Totos Rasiti) tapi upahnya tak seberapa. Ijal bertemu dengan Silet (Fauzan Lubis) yang suka mencuri di pasar basah. Silet ajak Ijal dan Adut mencopet beberapa biji handphone kemudian jual di kedai telefon. 


Hasil mencopet di pasar agak lumayan tapi tak lama bila Silet tertangkap dan dipenjarakan. Ijal semakin kusut kerana hilang punca pendapatan sekali lagi. Dia kemudiannya diajak oleh adik sepupunya, Melodi (Kawai Labiba) ke konsert rock. Di situ Ijal mendapat ilham untuk mencuri di konsert musik sebab ramai penonton yang leka. Bila moshing pula banyak handphone yang melayang dari kocek seluar.
 
Ijal ajak Adut untuk mencopet di konsert muzik, Melodi pula ingin menjadi perancang strategi sementara Tia (Zulfa Maharani) tukang tadah atau tukang kutip hasil mencopet. Melodi cadangkan mereka berempat mencopet di Pestapora, festival musik terbesar di Indonesia yang berlangsung selama 3 hari. 


Imajinari perkenalkan Edy Khemod sebagai pengarah baru dan pertama kali bekerjasama dengan Iqbaal Ramadhan dalam filem komedi Jenayah selepas filem Agak Laen (2024). Filem Operasi Pesta Copet menceritakan bagaimana operasi mencopet dijalankan dan jelaskan dengan mudah istilah yang digunakan seperti ngambang, ngalih, mutus, nadah. 

Edy Khemod juga menceritakan scenario dunia musik untuk pelbagai genre termasuklah metal. Semuanya digambarkan dengan menarik sampai kita jelas dengan budaya musik di Indonesia. Cuma segala ilmu yang dicurahkan tak lah dipratikkan oleh watak-watak utama jadi ada masanya nampak macam watak utama tak betul-betul blend in dengan peminat muzik yang lain. 


Penampilan Rhoma Irama, "Raja Dangdut" dengan lagu 1001 Macam menguatkan lagi landskap muzik Indonesia yang mengangkat genre dangdut. Himpunan lagu juga musik latar dari Mar Galo dan Ken Jenie menguatkan penceritaan Operasi Pesta Copet. 

Awalnya agak skeptikal dengan perjalanan filem Operasi Pesta Copet bila tampilkan watak pencopet dengan latar masyarakat yang hidup miskin melarat. Tambahan pula ada babak Ijal kecil (Shakeel Fauzi) yang ditinggalkan oleh ibunya. Risau juga akan ikut format penceritaan Agak Laen (2024) dan betul jangkaan tu cumanya olahan sutradara Edy Khemod terlihat menarik dan menghiburkan. Sepanjang filem berdekah dengan kisah Ijal dan pencopet yang lain. 


Sinematografi dari Dicky R. Maland menjadikan filem Operasi Pesta Copet tampil bergaya walaupun latar tempat tak lah begitu menarik. Tempat yang biasa tapi hasilkan visual yang luar biasa bersama teknik transisi dan mockumentary style. Ada awkward fourth wall breaks untuk kuatkan lagi suasana komedi yang dimasukkan. 

Dalam filem Operasi Pesta Copet, penulis ada masukkan babak tentang penindasan terhadap kelas bawahan seperti Ijal. Babak Ijal dan Somali paling ketara sindirannya bila Somali bercakap tentang kerja keras sedangkan dia antara yang menindas Ijal walaupun dia tahu Ijal bekerja bagus, tak seperti Adut yang banyak curi tulang. I suka bila penulis tak paksa watak Ijal untuk maafkan kesalahan si ibu.


Semua pelakon menjalankan tugas dengan baik tapi Iqbaal Ramadhan dan Kawai Labiba paling menyerlah. Sebelum ni pernah tengok lakonan Kawai dalam 1 Kakak 7 Ponakan (2025) dan Kitab Sijjin & Illiyyin (2025) tapi ruang dia agak terhad. 

Kelemahan Operasi Pesta Copet pada second half bila penulis masukkan babak dramatik yang meleret dan mengganggu momentum filem yang dibina dengan baik di awalnya. Flashbacks yang dimasukkan sangatlah tak perlu sebab kita masih ingat memori manis yang dibina oleh watak utama. Lakonan Zulfa Maharani juga tak mampu menghadirkan konflik emosi yang kuat di samping Ijal. Chemistry Zulfa bersama Iqbaal juga terasa kurang sekaligus melemahkan elemen romantik dan dramatik bila konflik yang lebih besar diwujudkan di second half. 


Anyway, thank you, Antenna Entertainments, for the invitation. Terima kasih juga Iqbaal menceriakan birthday I walaupun tak bertentang mata in real life tibehhh

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10

RUMAH TANGGA SYAMIM FREIDA RETAK AKIBAT CEMBURU DALAM ‘KE MANA HILANG CINTA’  | KETIKA KEPERCAYAAN HANCUR AKIBAT SIKAP OBSESI BERLEBIHAN 

Kuala Lumpur, 2 September 2026 – Sejauh manakah cemburu mampu meruntuhkan sebuah perhubungan? Persoalan itu menjadi nadi drama terbaharu TV3 menerusi slot Samarinda, Ke Mana Hilang Cinta yang mengupas isu cinta, cemburu buta serta konflik rumah tangga apabila kasih sayang bertukar menjadi ketertiban untuk memiliki secara obsesif.

Diterbitkan oleh Million Pictures serta karya penulis Sha Hanim Ramli, drama 20 episod ini Menampilkan Syamim Freida, Keith Foo dan Marc Syahmie sebagai teraju utama, bakal menemui penonton mulai 3 September 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3.

Ke Mana Hilang Cinta mengisahkan Sya (Syamim Freida), seorang pereka hiasan dalaman kerjaya mantap yang tidak pernah menyangka akan jatuh hati dengan Aidil (Keith Foo), seorang duda anak satu yang kematian isteri dan sekadar bekerja sebagai Pengurus Pentadbiran. Biarpun berbeza taraf kerjaya di samping masing-masing membawa kisah silam, ketulusan cinta membuatkan Sya menerima lamaran Aidil untuk membina bahtera rumah tangga bersama.

Bagaimanapun, selepas setahun mendirikan rumah tangga, sikap Aidil mula berubah secara drastik. Rasa cemburu yang melampau membuatkan setiap pergerakan Sya dikawal ketat, daripada pemeriksaan telefon bimbit dan kawalan kewangan, sehinggalah pergerakan harian yang diekori. Terperangkap dalam perkahwinan yang semakin toksik dan kehilangan kebebasan diri, Sya berada di persimpangan dilema sama ada mahu terus mempertahankan rumahtangganya atau membebaskan diri. 

Keadaan bertambah rumit apabila kehadiran Harris (Marc Syahmie), rakan sekerja merangkap kawan baik Sya yang tidak pernah disukainya secara peribadi, mula menimbulkan salah faham dan meretakkan lagi hubungan mereka. Sya mula menyedari bahawa perubahan sikap suaminya bukan sekadar isu cemburu terhadap Harris tetapi melibatkan sebuah rahsia besar yang disembunyikan oleh Aidil.

Mengenai peranannya, Syamim Freida berkongsi bahawa watak Sya memberikan cabaran emosi yang sangat mendalam.“Sya bukan wanita yang mudah mengalah. Dia cuba mempertahankan rumah tangga dan dalam masa yang sama berdepan dengan perubahan sikap suaminya yang semakin sukar difahami. Watak ini banyak bermain dengan emosi dan saya harap penonton dapat sama-sama merasai perjalanan Sya apabila cinta yang pada awalnya indah mula berubah menjadi sesuatu yang menakutkan,” Ujarnya.

Apabila syak wasangka mengatasi kepercayaan, mampukah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dipertahankan?

Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri Ke Mana Hilang Cinta, mulai 3 September 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam hanya di TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton atau memuat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

Cornetto Matcha Strawberry

Wednesday, 2 September 2026


Minggu lepas ternampak aiskrim Cornetto perisa baru, Matcha Strawberry. Dah la comel ada kad Hun Haqeem jadi duta Cornetto. Lepas briskwalk singgah 7E nak beli aiskrim perisa baru ni sebab Matcha Strawberry antara perisa kegemaran jugak. 


Warna packaging dia comel sebab gabungan warna matcha dengan strawberry tu sendiri pun memang dah cantik. Harga untuk satu unit Cornetto Matcha Strawberry dalam RM3.50 macam tu. 


Bila buka balutan dekat atas, nampak ada banyak bebola warna ungu, krim dengan peach. Rasa dia berangin. I tak suka bebola ni sebab kacau rasa matcha strawberry. 


Tengok pada warna aiskrim Cornetto Matcha Strawberry pun dah boleh tahu yang rasa dia tak kuat langsung pun. Makan dekat bahagian atas dah terganggu dengan bebola gula-gula tu sebab rasa berangin kuat sangat. Makan dekat bahagian bawah pula dah penuh dengan coklat. Di bahagian tengah sahaja yang dapat rasa perisa sebenar itupun tak pekat. 

Agak kecewa lah tapi tak boleh nak merungut lah sebab harga dia murah je. Untuk visual dia menang banyak lah tapi dari segi rasa tersangatlah sedih. 

KRIS DAYANTI, RUTH SAHANAYA & TITI DJ KEMBALI KE MALAYSIA, TIKET 3DIVA TIMELESS MULA DIJUAL 5 SEPTEMBER | Promosi Early Bird serendah RM138, pakej VIP “Semua Jadi Satu” serta pengalaman Hi-Bye dan After Party antara tarikan istimewa buat peminat

KUALA LUMPUR, 1 September 2026 – Tiket untuk 3DIVA LIVE IN MALAYSIA 2026 [TIMELESS], yang menyatukan tiga diva tersohor Indonesia, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ, akan mula dijual pada Sabtu, 5 September 2026, jam 12.00 tengah hari, secara eksklusif menerusi MAISEAT.

Bakal berlangsung pada Ahad, 22 November 2026 di Unifi Arena, Kuala Lumpur, TIMELESS membawa tema “Three Voices. One Legacy.”, meraikan perjalanan tiga nama ikonik yang telah mewarnai industri muzik serantau selama beberapa dekad menerusi karya dan persembahan yang terus dekat di hati peminat.

Sempena pembukaan jualan tiket, peminat berpeluang mendapatkan tiket menerusi Promosi Early Bird serendah RM138, dengan penjimatan RM100 bagi kategori CAT 1 hingga CAT 5. Promosi ini berlangsung dari 5 hingga 19 September 2026, atau selagi stok masih ada.

Penganjur turut menawarkan pakej khas “Semua Jadi Satu” Bundle untuk pembelian minimum empat tiket kategori VIP. Menerusi pakej ini, tiket VIP ditawarkan pada harga RM798 setiap satu, berbanding harga biasa RM898.

Bukan sekadar menyaksikan persembahan tiga diva di atas pentas, TIMELESS turut menawarkan pengalaman lebih dekat bersama Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ menerusi Hi-Bye, Sound Check, sesi foto serta After Party eksklusif, bergantung kepada kategori tiket.

Menurut Audrey Wan Yuen Theng, Pengarah Urusan T-Rex Studio Sdn Bhd, TIMELESS dirancang bukan sekadar sebagai sebuah konsert, sebaliknya sebagai sebuah perayaan terhadap perjalanan dan legasi 3DIVA yang telah bertahan selama dua dekad.

“Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ mempunyai hubungan yang cukup istimewa dengan peminat di Malaysia. Lagu-lagu mereka telah menemani kita selama bertahun-tahun dan masih terus didengari sehingga hari ini.

“Dengan TIMELESS, kami mahu peminat bukan sahaja datang menyaksikan sebuah konsert, tetapi kembali menikmati memori, lagu dan perjalanan tiga figura yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah muzik serantau.

“Sebab itu kami turut memperkenalkan harga Early Bird dan pakej ‘Semua Jadi Satu’ supaya peminat boleh datang bersama keluarga dan sahabat, selain menyediakan beberapa pengalaman eksklusif yang membawa mereka lebih dekat dengan 3DIVA,” katanya.

EARLY BIRD SERENDAH RM138

Promosi Early Bird menawarkan penjimatan RM100 untuk lima kategori tiket:

CAT 1

  • Harga Biasa: RM698
  • Early Bird: RM598

CAT 2

  • Harga Biasa: RM498
  • Early Bird: RM398

CAT 3

  • Harga Biasa: RM398
  • Early Bird: RM298

CAT 4

  • Harga Biasa: RM298
  • Early Bird: RM198

CAT 5

  • Harga Biasa: RM238
  • Early Bird: RM138

Promosi berlangsung sehingga 19 September 2026 atau selagi stok masih ada, yang mana terdahulu.

Bagi peminat yang mahu hadir beramai-ramai, pakej “Semua Jadi Satu” Bundle pula menawarkan tiket VIP pada harga RM798 setiap satu dengan pembelian minimum empat tiket, memberikan penjimatan RM100 bagi setiap tiket berbanding harga biasa RM898.

Hi-Bye DAN AFTER PARTY BERSAMA 3DIVA

Kategori premium TIMELESS bukan sahaja menawarkan kedudukan tempat duduk lebih hampir dengan pentas, malah hadir bersama beberapa pengalaman eksklusif.

Pemegang tiket VIP berharga RM898 mendapat akses ke Hi-Bye bersama 3DIVA dan Sound Check, selain menerima photocard rasmi.

Sebanyak 300 pemegang tiket VIP akan dipilih menerusi sistem cabutan untuk menyertai sesi foto berkumpulan 1:20 bersama 3DIVA, manakala 400 pemegang tiket VIP berpeluang menerima poster bertandatangan.

Bagi kategori tertinggi, pemegang tiket SVIP berharga RM1,098 akan mendapat akses eksklusif ke After Party bersama 3DIVA, selain Sound Check, sesi foto berkumpulan 1:20, photocard dan poster bertandatangan.

Lebih istimewa, 100 pemegang tiket SVIP akan dipilih menerusi sistem cabutan untuk menikmati peluang sesi foto 1:1 bersama 3DIVA.

Semua pemegang tiket, daripada SVIP hingga CAT 5, turut menerima poster rasmi acara.

TUJUH KATEGORI TIKET

Tiket 3DIVA LIVE IN MALAYSIA 2026 [TIMELESS] ditawarkan dalam tujuh kategori:

  • SVIP – RM1,098
  • VIP – RM898
  • CAT 1 – RM698
  • CAT 2 – RM498
  • CAT 3 – RM398
  • CAT 4 – RM298
  • CAT 5 – RM238

Kesemua kategori adalah tempat duduk dan harga yang dinyatakan tidak termasuk yuran tempahan.

DUA DEKAD LEGASI 3DIVA 

TIMELESS hadir pada tahun yang cukup signifikan apabila 2026 menandakan dua dekad perjalanan 3DIVA, sejak Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ disatukan sebagai sebuah trio pada 2006.

Ketiga-tiganya sudah pun memiliki kerjaya solo yang kukuh ketika 3DIVA diperkenalkan. Penyatuan tiga karakter, kekuatan vokal dan katalog muzik berbeza kemudiannya membentuk sebuah kolaborasi yang mempunyai identiti tersendiri dalam industri muzik Indonesia dan serantau.

Pada era awal 3DIVA, persembahan mereka turut mendapat sentuhan Erwin Gutawa sebagai penata muzik dan Jay Subiyakto sebagai penata artistik, menghasilkan konsep persembahan berskala besar yang menjadi antara identiti awal trio berkenaan.

Hubungan 3DIVA dengan Malaysia juga mempunyai sejarah tersendiri. Trio itu pernah membawa persembahan mereka ke Malaysia pada 2007, membuktikan bahawa populariti Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ tidak hanya tertumpu di Indonesia. Sedekad kemudian, pada 2016, ketiga-tiganya kembali menerusi siri konsert reuni di Indonesia, termasuk persembahan di Yogyakarta, Jakarta dan Surabaya.

Walaupun masing-masing terus aktif dengan kerjaya solo, mereka kembali berkongsi pentas sebagai 3DIVA dalam beberapa persembahan selepas itu, termasuk Synchronize Fest 2022. Pada Januari 2025, ketiga-tiganya turut bergabung dengan tiga penyanyi generasi baharu menerusi konsert berskala besar Super Diva di Indonesia Arena, Jakarta.

Kini, 20 tahun selepas bermulanya perjalanan 3DIVA dan sedekad selepas siri reuni 2016, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ kembali membawa legasi itu kepada peminat Malaysia menerusi TIMELESS.

Dengan katalog lagu yang telah menemani beberapa generasi pendengar, 3DIVA LIVE IN MALAYSIA 2026 [TIMELESS] bukan sekadar sebuah perjalanan nostalgia, tetapi sebuah perayaan terhadap tiga suara, tiga perjalanan seni dan satu legasi yang terus bertahan merentas zaman.

Tiga diva. Dua dekad legasi. Satu malam yang TIMELESS.

MAKLUMAT 3DIVA LIVE IN MALAYSIA 2026 [TIMELESS]

  • Tarikh: Ahad, 22 November 2026
  • Lokasi: Unifi Arena, Kuala Lumpur
  • Artis: Kris Dayanti | Ruth Sahanaya | Titi DJ
  • Jualan Tiket: Sabtu, 5 September 2026, 12.00 tengah hari
  • Platform: MAISEAT
  • Harga Tiket: RM238 hingga RM1,098
  • Early Bird: RM138 hingga RM598
  • Tempoh Early Bird: 5 hingga 19 September 2026 atau selagi stok masih ada
  • Bundle VIP: RM798 setiap tiket dengan pembelian minimum empat tiket

NOTA TIKET

Promosi Early Bird tertakluk kepada ketersediaan dan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat. Tiket Early Bird tidak boleh ditukar kepada kategori lain dan tiada lanjutan promosi selepas tempoh promosi berakhir.

Bagi Bundle Promotion, minimum empat tiket perlu dibeli dalam kategori yang sama. Mix & match tidak dibenarkan dan promosi tidak boleh digabungkan dengan promosi atau diskaun lain.

Pemilihan tempat duduk tidak disediakan. Susun atur tempat duduk dan butiran acara tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal. Harga tiket tidak termasuk yuran tempahan. Pemenang bagi manfaat terpilih akan ditentukan secara rawak menerusi sistem cabutan.

SEGMEN REFRESH BLOGLIST SEPTEMBER 2026

Syarat-syarat:

1. Follow blog ni untuk yang belum follow.

2. Buat 1 entry tentang segmen ni..

3 Letak gambar banner diatas dekat entry tu dengan backlink ke entry ini...

4. Letak link post korang dekat komen entry ni...


10 blogger terpilih akan ada dekat sidebar blogger friends blog ni nanti. ✌

Kuala Lumpur, 2 September 2026 – Industri filem tanah air bakal diserikan dengan karya animasi sains fiksyen yang sarat emosi, Pelangi Di Mars, yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 3 September 2026. Menggabungkan elemen pengembaraan, kekeluargaan, dan drama futuristik, naskhah ini menjanjikan sebuah perjalanan luar biasa yang menyentuh hati serta sesuai didedikasikan buat seisi keluarga.

Dibawakan oleh Primeworks Studios selaku Rakan Pengedar dan Pemasaran dengan kerjasama syarikat penerbitan Mahakarya Pictures dan MBK Productions, karya arahan Upie Guava ini tampil dalam versi alih suara Bahasa Malaysia, sekali gus memberikan pengalaman tontonan yang lebih dekat dengan penonton tempatan. Di sebalik visual futuristik dan pengembaraan merentasi planet, naskhah ini turut mengetengahkan nilai persahabatan, keberanian, pengorbanan dan harapan dalam menghadapi cabaran yang lebih besar daripada diri sendiri.

Berlatarbelakangkan dekad 2100-an ketika krisis air global mengancam kelangsungan hidup di Bumi, Pelangi merupakan kanak-kanak pertama yang dilahirkan di planet Marikh. Bersama sekumpulan robot rosak yang menjadi sahabat baiknya, Pelangi memulakan pengembaraan untuk mencari Zeolite Omega, sejenis mineral nadir yang dipercayai mampu menjadi kunci kepada usaha menyelamatkan Bumi. Namun, misi tersebut bertukar semakin mencabar apabila Nerotek, sebuah korporat gergasi yang menguasai baki bekalan air dunia, turut memburu penemuan berharga berkenaan demi kepentingan mereka sendiri.

Melengkapkan pengalaman tontonan, penyanyi popular Nabila Razali turut meminjamkan suara merdu beliau menerusi lagu tema rasmi (OST) versi Bahasa Malaysia berjudul ‘Warnai Pelangi’. Pemilihan lagu ini bukan sahaja menyuntik sentuhan tempatan, malah memperkasakan emosi dan jiwa pengembaraan Pelangi dalam menempuh cabaran.

Keunikan Pelangi Di Mars turut diserlahkan menerusi barisan pelakon suara yang memberikan karakter dan emosi tersendiri kepada setiap watak. Versi asal menampilkan Keinaya Messi Gusti (Pelangi), Lutesha (Pratiwi), Rio Dewanto (Banyu), Livy Renata (Mirna) dan Myesha Lin (Little Pelangi), selain penyumbang suara Kristo Immanuel (Yoman), Gilang Dirga (Petya), Bimo Kusumo Yudo (Batik), Vanya Rivani (Kimichi) dan Dimitri Arditya (Sulil).

Bagi versi alih suara Bahasa Malaysia pula, watak-watak utama diberikan nafas baharu menerusi barisan bakat tempatan yang terdiri daripada Dania Aleesya (Pelangi), Khayra Anzalna Binti Khaireel Azlee (Pelangi Kecil), Firdaus Sufiyan (Banyu), Mia Sara Shauki (Pratiwi), Radhi Ibrahim (Mirna), Azman Zulkiply (Batik), Ahmad Azizi (Petya), Ezza Afiqa (Kimci), Muhammad Mustaqim (Sulil) dan Dyle Frettman (Yoman)*.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keajaiban filem animasi Pelangi Di Mars di pawagam berdekatan anda bermula 3 September 2026. Untuk perkembangan terkini, ikuti Primeworks Studios di Facebook, @Primeworks Studios, Instagram, @primeworksstudios.film and TikTok, @Primeworks Studios.

Movie Review | X-Men Origins: Wolverine (2009)

Tuesday, 1 September 2026


Pengarah:  Gavin Hood
Penulis Skrip:  David Benioff, Skip Woods 
Pelakon: Hugh Jackman, Liev Schreiber, Danny Huston, Dominic Monaghan, Ryan Reynolds   
Syarikat Produksi: 20th Century Fox, Marvel Entertainment, Dune Entertainment, The Donners' Company, Seed Productions   
Pengedar: 20th Century Fox
Genre:  Superhero
Durasi Tayangan: 107 minit
Tarikh Tayangan: 08 April 2009 (Sydney), 01 Mei 2009 (United States) 
Trailer:

Pada tahun 1845, James Howlett (Troye Sivan), seorang budak lelaki tinggal di Northwest Territories menyaksikan ayahnya dibunuh oleh Thomas Logan. Berang dengan insiden tersebut, James bunuh ayah kandungnya kemudian lari dari situ bersama abang tirinya, Victor Creed (Michael-James Olsen). Mereka berdua sama-sama mempunyai kuasa menyembuhkan diri dan kuku tajam yang diperbuat dari tulang. Walaupun mudah patah, pasti akan tumbuh semula. 

Semasa membesar, Victor (Liev Schreiber) dan James (Hugh Jackman) menyertai American Civil War, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua juga Perang Vietnam. Di Vietnam, Victor semakin kejam dan agresif lalu ingin memperkosa wanita Vietnam dan membunuh pegawai yang menghalang dia. James dan Victor ditembak sehingga mati tapi terselamat kerana sel mutan. 

Mereka berdua kemudiannya berjumpa dengan Mejar William Stryker (Danny Huston) dan menjadi ahli Team X. Selain Victor dan James, Agent Zero (Daniel Henney), Wade Wilson (Ryan Reynolds) yang handal dengan senjata katana, teleporter John Wraith (will.i.am), Fred Dukes (Kevin Durand) yang memiliki kekuatan luar biasa dan technopath bernama Chris Bradley (Dominic Monaghan). 

Mereka bertugas untuk beberapa misi hingga James tarik diri dan hidup di kawasan yang terpencil sebagai manusia biasa bersama teman wanitanya, Kayla Silverfox (Lynn Collins). 

Filem X-Men Origins: Wolverine ditayangkan lebih awal dari X-Men: First Class (2011) tapi sebab tak nak keliru dengan susur masa, I layan ikut susur masa sebenar. Sebelum layan filem X-Men dengan watak Wolverine di dalamnya, layan dulu filem X-Men Origins: Wolverine arahan Gavin Hood yang menceritakan bagaimana Logan / Wolverine dapat kuku besi adamantium dia. Besi yang sama dengan perisai Captain America: The First Avengers (2011). 

Walaupun ingat babak dia jadi bahan eksperimen Mejar Stryker tapi langsung tak ingat penglibatan Logan dalam Team X bersama ahli yang lain. Siapa Victor Creed pun dah lupa langsung. Sebelum ni ada babak Deadpool beria curi device untuk pergi ke universe lain supaya boleh bunuh Wade Wilson yang creepy dalam filem Deadpool 2 (2018), rupanya hasil eksperimen Mejar Stryker juga. 

Disebabkan Team X ni lah Logan bertemu dengan Wade dan Wade dalam filem ni pun memang annoying. Logan dah cakap Wade boleh jadi ejen yang hebat tapi jangan buka mulut. Ryan Reynolds muncul sekejap sahaja tapi dah buat I terhibur. Sayang lah Deadpool tak ada dalam Avengers: Doomsday nanti. 

Ingatkan pertama kali jumpa Daniel Henney dalam filem Confidential Assignment 2: International (2022) rupanya dekat dalam filem X-Men Origins: Wolverine. Dia nak watak antagonis sebab dah bosan berlakon watak baik. Gerun juga lah tengok kegigihan dia nak bunuh Logan dalam filem ni, tak kasi can langsung. Babak kejar Wolverine dengan helikopter antara babak yang menarik dalam filem X-Men Origins: Wolverine. Sama juga dengan fight scene antara Wolverine dan Gambit (Taylor Kitsch) walaupun I rasa macam tak perlu pun Gambit nak emo beria. Ego je lebih. 

Hugh Jackman pula menghidupkan watak Wolverine dengan penuh gaya, maskulin dan berkarisma. Tak hairan lah kalau Marvel Studios tak mampu cari pelapis baru untuk Hugh tapi I boleh imagine Jacob Elardi sebagai Wolverine. Screen presence dan fizikal dia tak lari jauh dengan Hugh Jackman. 

Perjalanan hidup Wolverine agak tragis juga lah dan boleh faham kenapa watak dia agak ganas dan lebih suka bergerak sendiri lepas berjumpa dengan X-Men nanti. Even dalam filem X-Men: First Class (2011) pun ada babak Wolverine tolak tawaran Charles dengan Erik. 

Selain Logan / Wolverine, lakonan Liev Schreiber juga menjadi pesaing yang kuat untuk watak utama bila kuasa mutan dia tak jauh beza. Kalau dia pun ada kuku besi macam Logan, mungkin dia akan join Magneto sebab personaliti dia pun dah ke arah situ. 

Penghujung filem X-Men Origins: Wolverine agak mengelirukan bila Emma Frost (Tahyna Tozzi) yang terkurung dalam tahanan Mejar Stryker berumur belasan tahun sedangkan Professor Charles dah berusia. Lagi pelik bila Charles boleh berdiri tanpa bantuan tongkat pun sedangkan dia lumpuh lepas bergaduh dengan Magneto dalam X-Men: First Class (2011) yang berlatarkan tahun 1962. 

Dari filem X-Men Origins: Wolverine ni lah Professor Charles bertemu dengan Scott Summer / Cycolps, adik kepada Havok. Tapi macam pelik juga lah kenapa Havok tak jaga adik dia lepas dah terlibat dengan X-Men. Franchise X-Men ni bercelaru sikit macam ada konflik dalaman padahal ada rujukan utama iaitu komik Wolverine

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 7.9/10

Movie Review | X-Men: First Class (2011)

Pengarah: Matthew Vaughn 
Penulis Skrip: Ashley Edward Miller, Zack Stentz, Jane Goldman    
Pelakon: James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Rose Byrne, January Jones, Oliver Platt, Kevin Bacon   
Syarikat Produksi: 20th Century Fox, Marvel Entertainment, The Donners' Company, Bad Hat Harry Productions, Dune Entertainment, Ingenious Film Partners     
Pengedar: 20th Century Fox
Genre: Superhero  
Durasi Tayangan: 132 minit
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2011 (Ziegfeld Theatre), 01 Jun 2011 (United Kingdom), 03 Jun 2011 (United States)   
Trailer:


Sebelum layan Avengers: Doomsday kena layan dunia X-Men juga dan beberapa watak X-Men pun pernah muncul dalam filem Marvel sebelum ni. Terbaru ialah watak Jean Grey dalam Spider-Man: Brand New Day (2026), Beast pernah muncul di The Marvels (2023) dan Wolverine secara eksklusif dalam Deadpool & Wolverine (2024). Lain-lain mungkin I tak ingat atau tak perasan. Semua filem X-Men ni dah pernah tengok tapi masa zaman sekolah so banyak watak dan kuasa mutan dah tak ingat, hence the rewatch. 


Filem bermula dengan babak di kem Nazi, di Auschwitz di mana pegawai Klaus Schmidt menyaksikan pergelutan tentera dengan Erik Lehnsherr (Bill Milner) hingga mampu mengawal pergerakan besi. Schmidt (Kevin Bacon) minta Erik gerakkan wang syiling di atas meja namun dia enggan hingga menyebabkan ibunya dibunuh. Kerana marah, kuasa dia berganda lalu Erik menjadi senjata Schmidt sejak kejadian tersebut. 

Dalam masa yang sama, di Westchester County, New York, telepath bernama Charles Xavier (Laurence Belcher) bertemu dengan Raven (Morgan Lily) yang mempunyai kuasa berubah bentuk. Charles jemput Raven tinggal di situ sebagai adik perempuannya. Mereka membesar bersama sehingga lah pada tahun 1962, Charles Xavier (James McAvoy) dan Raven (Jennifer Lawrence) bertemu dengan Erik (Michael Fassbender) dalam sebuah misi. 


Pegawai CIA, Moira MacTaggert (Rose Byrne) mengekori Kolonel Hendry (Glenn Morshower) di Hellfire Club lalu mendapat tahu kewujudan Emma Frost (January Jones) yang boleh berubah menjadi Kristal dan mempunyai kuasa telepati. Emma bersama Azazel (Jason Flemyng), makhluk teleporter dan Riptide (Álex González) yang mampu menghasilkan putting beliung. Mereka bertiga bekerja dengan Schmidt atau dikenali sebagai Sebastian Shaw. 


Gerun dengan apa yang dilihat, Ejen Moira dan ejen CIA minta Charles Xavier juga Raven untuk bekerja dalam Division X. Di sana, mereka bertemu dengan Hank McCoy (Nicholas Hoult), saintis bijak yang mencipta Cerebro untuk menjejak mutan lain sebelum mencari strategi menghalang Schmidt dan pasukannya yang ingin menghapuskan manusia dan cipta dunia untuk mutan. 


Filem X-Men: The First Class merupakan prekuel kepada X-Men (2000) di mana pengarah Matthew Vaughn menceritakan bagaimana Charles Xavier atau Profesor X pernah menjadi sahabat akrab dengan Erik / Magneto dan bagaimana terbentuknya X-Men. 

Konflik yang dimasukkan dalam filem X-Men: The First Class sebenarnya ringkas bila Division X ingin menghalang keinginan Sebastian namun pendekatan yang dipilih antara Erik dan Charles berbeza. Konflik antara mutan pula bertembung dengan Cuban Missile Crisis yang berlaku pada tahun 1962 di mana Presiden John F. Kennedy ingin menghalang tentera Soviet dari melancarkan perang nuklear. 


Mood filem X-Men: The First Class agak tegang dan serius gara-gara konflik negara yang dimasukkan kerana hampir menyebabkan Perang Dunia Ketiga. Berbeza dengan filem superhero yang lain, yang hanya mengetengahkan konflik peribadi semata. 

Lakonan James McAvoy sebagai Prof Charles Xavier tinggalkan impak yang kuat since the first time I’ve watched this movie. For me, he’s the best Prof Charles. Mungkin juga sebab dapat tengok pelbagai emosi yang dipamerkan sebelum dia menjadi seorang yang tenang dan mendiamkan diri dalam filem X-Men yang mendatang. 


Dinamik James bersama Michael mencipta dinamik yang kuat lantas meyakinkan persahabatan mereka berdua sejak Division X. Dialog yang dimasukkan dari barisan penulis menguatkan lagi watak juga mengukuhkan penceritaan yang dihidangkan untuk dunia yang dikongsi bersama manusia dan mutan. 

Professor Charles Xavier: Erik, you said yourself we're the better men. This is the time to prove it. There are thousands of men on those ships. Good, honest, innocent men! They're just following orders.
Erik Lehnsherr: I've been at the mercy of men just following orders. Never again. 


Jennifer Lawrence sebagai Mystique juga meninggalkan impak dan menguatkan juga emosi sebagai mutan yang tak mempunyai rupa manusia. Tak pasti dia pinjam fizikal siapa tapi Jennifer tonjolkan sisi naif Raven yang keliru dan perlukan kasih sayang lelaki. Dia harapkan lebih dari Charles, cuba menggoda Hank tapi terkesan dengan kata-kata Erik. Walaupun Charles hebat sebagai telepath tapi dia tak pandai pun berbual secara sihat tanpa perlu masuk ke minda orang lain. 

'You want society to accept you, but you can't even accept yourself.' - Erik Lehnsherr


Sinematografi dari John Mathieson buatkan dunia mutan nampak mengagumkan. Seronok tengok Mystique bertukar bentuk walaupun seram tengok bila dia bertukar ke bentuk asal. Penggunaan props, wardrobe dan gaya hidup juga mengikut latar masa 60-an dan latar masyarakat yang baru sahaja ingin pulih pasca perang. Diskriminasi terhadap wanita juga masih lagi menebal dan dipaparkan oleh Ejen Moira. Walaupun Ejen Moira diperlekehkan di hujung cerita tapi I pun mengekek juga bila dia cuma ingat satu part sahaja. It's real yet funny. 


Dalam filem X-Men: First Class je ada watak Riptide, Azazel, Angel (Zoe Kravitz), Banshee dan Havok (Lucas Till). Watak Havok lah hilang terus dalam dunia X-Men bila adik dia, Cyclops muncul. Sedih sebenarnya tak boleh tengok Lucas dah lepas muncul sebagai crush Hannah dalam Hannah Montana: The Movie (2009). Dari softie jadi alpha dalam filem X-Men: First Class ni. 


Lucas juga yang muncul dalam MV You Belong with Me - Taylor Swift. Dalam filem ni memang kumpul ramai Hollywood stars, sebab tu juga seronok tengok balik. 


Masa nampak watak antagonis Klaus Schmidt pada tahun 40-an, ingatkan orang yang sama dengan Johaan Schmidt dalam filem Captain America: The First Avengers (2011) sebab sama kejam dan tentera Nazi. Keliru awal tu sebab dua-dua pakai Schmidt je rupanya bukan. Dua watak yang berbeza, selain dari nama, seorang lagi manusia dan seorang lagi mutan. 

Hadiah dari KGB Rusia kepada Schmidt dalam filem ni lah yang jadi topi ikonik Magneto dalam semua kemunculan di franchise X-Men. 


Hopefully Marvel Entertainment akan buat web siri untuk dunia X-Men pulak sebab tak puas tengok semua mutan dalam X-Men. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Blog Performance August 2026


Salam semua, tengah bekerja ke tu? I update entri pertama untuk bulan September dalam ketenangan di rumah di kaal semua rakyat Malaysia tengah bekerja. Terima kasih adik-adik atlit SUKMA yang bekerja keras dan hadiahkan cuti untuk warga Selangor. Jasamu dikenang 💖

1. PV


Sengih je tengok pageviews bulan Ogos ni sebab tak lari jauh dengan bulan Julai 2026, setiap hari akan mencecah belas ribu. Kalau jatuh pun 8k ke atas je, belum lagi rendah dari paras tu. Ingatkan bulan Julai mencatatkan rekod tertinggi rupanya bulan Ogos lagi tinggi dengan 392,876 views. Sikit lagi nak masuk 400k views untuk monthly pageviews. Mungkin bulan September atau mungkin tahun depan, entah siapa tahu. 


Paling seronok bila dah cecah 10 juta pageviews untuk blog ni. Ingatkan akan cecah 10 juta tahun depan sebab views akan bertambah sejuta dalam masa setahun selalunya tapi tak sangka bertambah sejuta dalam masa 3 bulan sahaja. Tempoh ni tersangatlah singkat tapi boleh faham kenapa melonjak banyak macam ni dalam masa yang pendek. 

2. Posts


I perasan entry dalam Popular Post dekat Blogger tak sama dengan Google Search Console walaupun views sama. Tak pasti kalau kriteria yang dinilai atau dianalisa tu tak sama tapi dalam Popular Post I ada banyak review dengan lirik lagu, tak lari jauh pun lah dengan dua-dua platform. 

Lagu Nurcinta tu naik balik ye sebab AJL40. Jadi pelajaran baru jugak lah untuk take note dan update lagu mana yang masuk separuh akhir Anugerah Juara Lagu.  

3. Keywords


Selain Nur Cinta, nampak lah ada banyak keywords berkaitan dengan filem Badut Gendong. Rasanya dah masuk dekat streaming platform sebab dah ramai yang mula cari. Filem La Tahzan tu tak pernah surut cariannya sejak I update entri. Ada banyak lagi carian lain yang muncul dalam skala kecil setiap hari macam review filem hindustan, berkenaan pesuruhjaya sumpah lah, entri pasal makanan, entri tempat yang I dah pernah pergi. 

4. Bilangan Entri


Entri untuk bulan Ogos mungkin tak sebanyak bulan Julai tapi melebihi target bulanan lah, lebih 60 entri. I dah curi masa untuk update lebih sikit dekat awal bulan sebab tahu cuti Merdeka nak keluar berjalan-jalan. Balik confirm dah tak sempat nak update sebab penat. 

Sepanjang bulan Ogos ni I konsisten lah juga blogwalking ke 10 blog terpilih setiap hari. Yang mana tak sempat dikunjung tu mohon memahami ye sebab tak sempat nak buat semua. Terima kasih juga yang berkunjung ke sini dan tinggalkan komen yang murni. Semoga bulan September akan jadi bulan yang murni untuk semua terutamanya tuan punya blog ni 😁🐞🌸🍄🌻🌰