Minggu kelima Raise The Star Malaysia yang berkonsepkan tema “Switch Mode 360” terus menyajikan persembahan bertenaga dan penuh kejutan. Hariz Fayahet terus mempertahankan kedudukan teratas dalam senarai ‘The Five’ dengan markah keseluruhan sebanyak 70.76%, bersama Didie Shazry, Zury, Pasya dan Sharee Lopes. 

Turut mara ke minggu suku akhir ialah para peserta yang semakin mencuri perhatian: Keka, Aliff Amie, Rayme, Melinda Dadew, Zuana, Aril Eles, Scha Nuril, Max Brandon dan Darling. 

Tiada penyingkiran diumumkan minggu ini oleh hos program, Sherry Alhadad dan Aliff Satar. Lebih membanggakan, Melinda Dadew terus membuktikan prestasinya apabila sekali lagi dinobatkan sebagai penerima Gempak Star On Fire buat kali ketiga berturut-turut. 

SENARAI LAGU

Rayme: Fantasia Musim Cinta - Iwan (58.20%)

Hariz Fayahet: Cek Mek Molek - Dato’ M. Daud Kilau (70.76%)

Keka: Kurik Kundi - Dato’ Sri Siti Nurhaliza (63.68%)

Melinda Dadew: Angkat - Mimi Fly (64.00%)

Sharee Lopes: Selangit - Mas Idayu (64.81%)

Pasya: That's What I Like - Bruno Mars (67.43%)

Aril Eles: Kaho Naa Pyar Hai - Udit Narayan & Alka Yagnik (63.49%)

Zuana: Supergirls - De Fam (63.09%)

Zury: Ikan Dalam Gambus - Elcorona Gambus (69.87%)

Alif Amie: Eyes, Nose, Lips - Taeyang (62.04%)

Didie Shazry: Mencari Konklusi - Hujan (70.38%)

Max Brandon: Without You - Air Supply (54.82%)

Scha Nuril: Sakit - Zynakal Ft Yonnyboii (55.84%)

Darling: Temberang - ayda Jebat (61.87%)

INFO PROGRAM RAISE THE STAR MALAYSIA

• Penjurian Raise The Star Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan komposer (juri) dan undian pihak umum.

• Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.

• ‘Slay Meter’ adalah sistem kedudukan (ranking) yang diberikan oleh para juri berdasarkan persembahan para bintang. Bintang yang mendapat 5 slay akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai dari pihak penaja.

• ‘Raise The Star’ disokong oleh QSR Brands (KFC) dan UMobile selaku Penaja Utama.

• Peserta dengan kedudukan paling bawah akan tersingkir dari pertandingan.

Jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan detik-detik mendebarkan Raise The Star Malaysia setiap minggu, hanya di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

‘ANGKASA’ – BALADA ROMANTIK PUISI DUA DUNIA OLEH KAEL | Sentuhan Eksklusif Kael, Omar K dan Iqie Hugh

Penyanyi berbakat besar, Kael, kembali mewarnai industri muzik tempatan dengan single keempatnya bersama Alternate Records berjudul ‘Angkasa’, sebuah karya balada pop moden yang menyentuh perasaan, hasil kolaborasi kreatif bersama komposer terkenal Omar K dan penerbit muzik berbakat, Iqie Hugh.

‘Angkasa’ bukan sekadar sebuah lagu cinta, tetapi sebuah manifestasi emosi dua jiwa yang mencintai namun terpisah oleh realiti yang berbeza – ibarat siang dan malam yang berkongsi langit yang sama. Diilhamkan oleh konsep cinta dua dunia, ‘Angkasa’ merangkumi tema kesetiaan, harapan dan keindahan dalam ketidaksempurnaan.

“Mesej utama lagu ini adalah tentang kepercayaan terhadap cinta yang tulus walaupun berada dalam situasi yang tidak ideal. Jika cinta itu ikhlas dan kuat, mereka tetap bersatu secara emosi dan spiritual di ‘Angkasa’ yang sama,” jelas Omar K, yang turut mencipta melodi indah dan puitis lagu ini bersama Kael dan Iqie Hugh.

Keunikan ‘Angkasa’ terletak pada susunan muziknya yang minimal tetapi sarat emosi, membolehkan vokal Kael menyerlah dengan penuh nuansa. Melodinya yang tidak konvensional – lembut tetapi kuat, sedih namun penuh harapan, menambahkan elemen dramatik yang sinematik dan atmospherik. 

Dengan genre pop balada moden yang digabungkan dengan elemen elektronik minimal dan atmosferik, ‘Angkasa’ memberi rasa ‘ethereal’ yang melambangkan kebebasan emosi di langit luas. Lirik-lirik seperti : “Walau Bulan Dan Matahari Berbeza, Kau Pagi Dan Ku Malam, Tetap Di Angkasa Yang Sama…” menjadi puisi cinta moden yang mampu meresap ke jiwa pendengar.

Kael yang juga terlibat secara menyeluruh dalam penulisan, gubahan dan pembangunan visual untuk ‘Angkasa’ meluahkan rasa terharu. “Lagu ini sangat peribadi. Ia menonjolkan sisi saya yang sebenar dan paling tulen. Salah satu cabaran adalah untuk mencari perkataan yang tepat dari dalam hati sendiri dan membentuknya menjadi melodi yang puitis dan bermakna.”

Tambahnya lagi, ‘Angkasa’ merupakan sebuah lagu cinta paling romantis dalam zaman ini, dihasilkan dengan niat untuk menyentuh hati para pendengar. “Romantis itu tidak boleh dipalsukan. Lagu ini saya dedikasikan kepada semua pasangan, sahabat dan pencinta. Ia sesuai dimainkan dalam majlis perkahwinan, ulang tahun, video istimewa, malah hanya untuk menyatakan betapa kita menghargai seseorang yang kita cintai.”

Proses pembikinan lagu ini mengambil masa sekitar tiga bulan, termasuk penulisan, susunan muzik dan rakaman vokal. Sesi rakaman vokal utama Kael pula hanya mengambil masa satu hari, hasil kerjasama yang cemerlang antara artis dan penerbit. Omar K mengakui Kael sebagai artis yang amat profesional, bersedia dan bersemangat tinggi ketika berada di studio.

Kael turut berharap ‘Angkasa’ dapat melangkah lebih jauh. “Saya berharap lagu ini menjadi kegemaran semua. Doakan agar Angkasa dapat menembusi ke negara jiran dan membawa nama seni Malaysia ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya yang bersemangat melangkah lebih jauh sebagai seorang artis sejati.

Jangan lepaskan peluang untuk menyelami kisah cinta dalam ‘Angkasa’, kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital seperti YouTube Music dan Spotify. Kongsi lagu ini dengan insan tersayang, dan jadikan ia latar istimewa dalam detik-detik romantis anda.

Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok. 

Movie Review | Cinta Tak Seindah Drama Korea (2024)

Sunday, 20 July 2025


Pengarah: Meira Anastasia   
Penulis Skrip: Meira Anastasia
Pelakon: Lutesha, Ganindra Bimo, Jerome Kurnia, Anya Geraldine, Dea Panendra, Unique Priscilla, Gary M. Iskak, Rafly Altama Putra, Sadha Triyudha, Kristo Immanuel, Sung Byoung-sook
Syarikat Produksi: Imajinari Pictures  
Pengedar: Netflix
Genre: Drama / Romantik
Durasi Tayangan: 120 minit
Tarikh Tayangan: 01 Disember 2024 (Jogja-NETPAC Asian Film Festival), 5 Disember 2024 (Indonesia)
Trailer:


Filem yang mendapat tayangan perdana di Jogja-NETPAC Asian Film Festival ke-19 ini mengisahkan tentang percintaan antara Dhea (Lutesha) dan Julian (Jerome Kurnia) yang berputik kembali setelah bertemu di Korea. 

Dhea bercuti ke Korea bersama rakan-rakan baiknya sejak sekolah - Kikan (Dea Panendra) dan Tara (Anya Geraldine) untuk sambut ulangtahun Dhea di sana. Percutian mereka ditaja sepenuhnya oleh kekasih Dhea, Bimo (Ganindra Bimo). Percutian mereka penuh dengan aktiviti ke destinasi popular di Korea dan tak lupa juga untuk bertemu dengan cinta khayalan mereka, Goong-yoo. 


Setelah penat berjalan-jalan, sebelum pulang ke hotel, mereka bertiga singgah untuk minum di food truck. Setelah pulang baru Dhea perasan beg dompetnya tertinggal di sana. Bila patah balik ke situ, Dhea bertemu dengan Julian, cinta pertama ketika di sekolah menengah. Mereka terputus hubungan selepas jejaka kacak tersebut menghilangkan diri pada hari pengebumian orang tua Dhea. 

Julian cuba membantu untuk menjadi tour guide untuk mereka bertiga dan berbaik semula dengan Dhea namun Tara tidak senang dengan kemesraan mereka. Tara ambil keputusan untuk hubungi Bimo dan maklumkan perkara tersebut. Bagi Tara, kawan baiknya tak sepatutnya melepaskan lelaki terbaik seperti Bimo hanya kerana cinta pertama. 


Kejutan demi kejutan berlaku bila Julian ceritakan perkara sebenar yang terjadi dan Bimo melamar Dhea di Korea. Siapa yang akan dipilih oleh Dhea kena tengok sendiri lah dekat Netflix. 

Naskhah romantik drama arahan dan penulisan Meira Anastasia merupakan naskhah debut setelah mengutip pengalaman sebagai assistant director untuk filem seperti Teka Teki Tika (2021) dan Cek Toko Sebelah 2 (2022). Filem Cinta Tak Seindah Drama Korea mempunyai perjalanan yang kontra dengan tajuk sebab kisah cinta Dhea dengan Julian atau Dhea bersama Bimo memang seakan sama dengan drama Korea. Dekat hujung filem pun penulis cross perkataan Tak sebab memang sama pun. A surprise element, I guess. 


Chemistry Lutesha dengan Jerome Kurnia tak lah kuat mana pun untuk buatkan kita terbuai dengan percintaan mereka yang sekejap sangat tu. Mungkin pengarah setuju untuk cast sebab cinta pertama Dhea baru nak berputik tapi ditimpa musibah. Bila berjumpa balik akan jadi canggung. It is justifiable tapi dengan Bimo pun tak ada lah kuat mana walaupun Dhea dengan Bimo dah bercinta sejak zaman universiti lagi. Mungkin sebab lakonan Lutesha sebab dia adalah watak yang buat I tak selesa untuk tonton walhal dia watak utama. 

Surprisingly, I lebih tertarik dengan konflik rumah tangga yang dialami oleh Kikan sebab isu yang dibawakan adalah realiti kebanyakan isteri. Selepas melahirkan anak ketiga, Kikan rasa insecure dengan perubahan tubuh badan dia, tambah pula suami dia, Eka (Sadha Triyudha) dah lama taka jak untuk bersama. Selain bercuti dan sambut ulangtahun Dhea di Korea, Kikan cuba untuk dapatkan janji temu bersama doktor pembedahan plastik. 


Watak Tara mungkin dipaparkan sebagai antagonis dalam dunia percintaan Dhea dan Julian tapi alasan dia pun kukuh juga lah. Suka tengok love angle antara Tara dengan Sakti (Rafly Altama Putra) walaupun age gap mereka berdua agak jauh tapi tak nampak cringe pun. Muka Sakti pun baby face nak dibandingkan dengan Tara yang matang tapi chemistry tu membantu sangat. 


Casting director did a great job untuk wujudkan the trio besties dalam filem Cinta Tak Seindah Drama Korea bila friendship bonding diorang nampak rela onscreen. Jadi seronok dapat berjalan-jalan dekat Korea dengan tiga sekawan ni. Sinematografi dan musik latar yang dimasukkan membantu juga suasana indah saat bercuti di bumi Korea Selatan. 


I must say Imajinari Pictures jaga kualiti filem-filem yang diterbitkan jadi tak hairanlah kalau kualiti filem mencapai objektif baik dari segi hiburan ataupun sebagai medium mesej sosial. Looking forward for more films under Imajinari Pictures and yes, from Meira Anastasia too! Chukahaeyo on your debut~!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.6/10

Movie Review | Raid 2 (2025)


Pengarah: Raj Kumar Gupta
Penulis Skrip:  Ritesh Shah, Raj Kumar Gupta, Jaideep Yadav, Karan Vyas
Pelakon: Ajay Devgn, Riteish Deshmukh, Vaani KapoorAmit Sial, Brijendra Kala, Yashpal Sharma, Rajat Kapoor, Govind Namdev, Shruti Pandey
Syarikat Produksi: T-Series Films, Panorama Studios   
Pengedar: Panorama Studios, PVR Inox Pictures, Netflix
Genre: Drama / Thriller  
Durasi Tayangan: 138 minit
Tarikh Tayangan: 1 Mei 2025 
Trailer:


7 tahun selepas peristiwa serbuan jabatan cukai negara di vila kediaman Tauji (Saurabh Shukla), Income Tax Deputy Commissioner, Amay Patnaik (Ajay Devgn) dipindahkan ke pekan kecil bernama Bhoj di daerah Madhya Pradesh. Perpindahan ke-74 ini berbeza dengan alasan sebelumnya kerana Amay ditangkap ketika menerima rasuah dari Putera Raja. 

Penduduk di Bhoj menyanjung tinggi Dada Manohar Bhai (Riteish Deshmukh) kerana dia bermula dengan menjual kasut namun sering membantu orang kampung yang kesusahan dengan wang yang dia ada. Setelah dihina oleh Menteri Besar, orang kampung mengundi Dada Manohar Bhai dalam pilihanraya lantas menggantikan Menteri Besar di situ. 


Pilihan mereka tepat kerana Dada Manohar Bhai semakin kerap membantu penduduk di situ melalui Yayasan yang ditubuhkan. Setiap pagi Dada Manohar Bhai akan memuja ibunya yang menjadi penyokong kuat ketika dia susah dan senang. Setiap kali bertemu dengan penduduk kampung juga dia akan menyapa dengan ramah. Di Parlimen juga dia lantang bersuara tentang ketidakadilan dan isu-isu lain.

Isteri Amay, Malini Patnaik (Vaani Kapoor) berasa lega sedikit dengan cerita penduduk di situ kerana mungkin mereka akhirnya dapat tinggal lama di Bhoj kerana tiada isu penyelewengan dan rasuah. Namun Amay mempunyai pendirian yang berbeza kerana dia tahu Dada Manohar Bhai sembunyikan duit haram di beberapa kawasan. Makin kuat syak wasangka tersebut bila Dada Manohar Bhai membina sebuah hotel mewah untuk aktiviti perlancongan di Bhoj sedangkan kawasan tersebut tidaklah begitu menarik. 


Sekuel Raid (2018) arahan Raj Kumar Gupta paparkan sebuah lagi kes serbuan di rumah ahli politik yang menggunakan duit haram untuk terlihat murni di hadapan rakyat. Berbeza dengan kes serbuan Tauji yang simpan semua harta dalam rumah, Dada Manohar Bhai adalah watak yang bijak walaupun tidak berpelajaran tinggi. Aliran tunai dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak disyaki oleh sesiapa pun tapi tetap kalah di tangan Amay Patnaik. 

Barisan penulis Raid 2 lebih ramai dari yang sebelumnya tapi sayangnya elemen misteri dan kejutan kurang meninggalkan impak. Mungkin sebab ikut format klise bila wujudkan watak Dada Manohar Bhai yang suci sangat sedangkan kita sedia maklum dia adalah antagonis. Tak ada masalah pun dengan lakonan Riteish tapi babak menyindir Amay tu meleweh sebab dialog yang dimasukkan pun tak lah menyengat. 


Nasib baik second half pengarah masukkan Amit Sial sebagai ketua baru lepas Amay gagal buktikan penyelewengan Dada Manohar Bhai. Kemunculan Tauji dalam beberapa babak sebagai tension relief dan komedi pun menjadi tapi macam tak berapa kena pun ada jugak. 

Lakonan Ajay Devgn antara kelemahan filem Raid 2 bila pihak lawan bertenaga dan kuasai skrin dalam babak bersama. Antara Ajay penat berlakon sebab movie dia back-to-back tahun lepas ataupun filem Raid ni perlukan dia deliver dialogue banyak sangat, tak macam filem Singham Again (2024) dan Shaitaan (2024). Gandingan Ajay dan Vaani Kapoor pun tak sesuai sebab tak ada chemistry, tak macam Ajay dan Ileana


Pengarah terpaksa tukar pelakon isteri Amay sebab Ileana dah berhijrah ke luar negara dan sibuk menguruskan anak sulung. Tak lah sedih sangat bila dia tak ada sebab watak isteri pun watak pasu bunga tapi kalau nak ganti pun carilah pelakon yang sesuai. 

Lagu romantik antara Amay dan Malini yang dimasukkan oleh Amit Trivedi tak mampu melekat bila chemistry kureng. Patutnya tak payah bazirkan duit dan screentime dekat lagu. Item song Nasha menggunakan Tammannah Bhatia sebab dia popular dalam lagu Aaj Ki Raat – Stree 2 (2024) tapi tak pergi jauh sebab lebih kurang macam Jehda Nasha – An Action Hero (2022). Biar lagu Money Money je dalam movie atau dekat credit scene sebab original song instead ride on Tammannah's fame sebab franchise Raid dah ada peminatnya tersendiri.



Sama macam Raid (2018), buntang mata tengok kekayaan Dada Manohar Bhai sebab harta dia lagi banyak dari Tauji. Tak pasti lah harta haram Dada Manohar Bhai lagi banyak atau Tan Sri MEX tu, yang pastinya Dada Manohar Bhai lagi kejam bila peralatkan gadis muda untuk beli tanah guna nama mangsa-mangsa dia. 


Filem Raid 2 mungkin kurang memuaskan dalam beberapa aspek namun masih lagi seronok ditonton untuk lihat cara licik yang digunakan untuk sembunyikan wang haram. Filem Raid 2 ni patutnya tayang November 2024 tapi anjak ke tahun 2025 dan tayang pada Hari Pekerja sebagai tribute untuk pegawai Kerajaan. Sayangnya tak ada dialog yang berbisa atau berbaur penghargaan seiring dengan objektif produser. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.2/10

Best Bollywood Movies 2024

Saturday, 19 July 2025

Tahun ni lambat release senarai filem Bollywood menarik sepanjang tahun 2024 so sebelum award season muncul, cepat-cepat curi masa untuk update. I tak rasa ada banyak filem Bollywood yang banyak dalam senarai ni sebab tak banyak filem tahun 2024 I sempat tengok. Anyway, here is my list for your future reference. 

Disclaimer, senarai ni tak mengikut turutan dan rating untuk setiap movie berdasarkaan score sheet peribadi. Please, no hard feelings :)

1. Merry Christmas


Director: Sriram Raghavan
Cast: Katrina Kaif, Vijay Sethupathi
Production Companies: Tips Films, Matchbox Pictures
Genre: Thriller / Drama
Rating: 9/10

Berlatarkan tahun 1980-an, Albert Arogiasamy (Vijay Sethupathi) berjumpa dengan Maria (Katrina Kaif) di sebuah restoran pada malam sebelum Hari Krismas. Perkenalan mereka pada awalnya romantik bertukar ngeri bila pembunuhan dan serangan berlaku.  

2. Fighter


Director: Siddharth Anand
Writer: Hussain Dalal, Abbas Dalal, Ramon Chibb, Siddharth Anand
Cast: Hrithik Roshan, Deepika Padukone, Anil Kapoor, Karan Singh Grover, Akshay Oberoi, Sanjeeda Sheikh, Rishabh Sawhney
Production Companies: Viacom18 Studios, Marflix Pictures
Distributor: Viacom18 Studios, Netflix
Genre: Action / Drama
Rating: 9.8/10

Squadron Leader Shamsher “Patty” Pathania (Hrithik Roshan), Squadron Leader Minal "Minni" Rathore (Deepika Padukone), Squadron Leader Sartaj "Taj" Gill (Karan Singh Grover), Squadron Leader Basheer "Bash" Khan (Akshay Oberoi) dan ramai lagi juruterbang terhebat negara dikumpulkan dalam unit Air Dragon di bawah kelolaan Ketua Pegawai Rakesh Jai “Rocky” Singh (Anil Kapoor). Unit Air Dragon ditubuhkan untuk misi menjaga sempadan India-Pakistan di Jammu, Kashmir. 



Directors: Amit Joshi, Aradhana Sah
Writers: Amit Joshi, Aradhana Sah
Cast: Shahid Kapoor, Kriti Sanon, Dimple Kapadia, Dharmendra
Production Companies: Maddock Films, Jio Studios
Distributors: Pen Marudhar Entertainment, Amazon Prime Videos
Genre: Romantic / Comedy
Rating: 8.8/10

Naskhah romantik komedi terbaru terbitan Maddock Films dan Jio Studios membuka kisah percintaan Aryan Agnihotri (Shahid Kapoor) bersama si cantik, SIFRA (Kriti Sanon). SIFRA adalah singkatan kepada Super Intelligent Female Robot Automation yang dicipta oleh Urmila Shukla (Dimple Kapadia), mak cik kepada Aryan. 

Lawatan sementara Aryan ke US sebagai smart robotics engineer bukan sahaja untuk melawat syarikat baru milik Urmila di California malah buatkan dia cuba mencipta sejarah percintaan manusia dan robot. Aryan cuba buktikan kepada Urmila yang SIFRA boleh mengubah masa hadapan di mana manusia tak ada masalah untuk hidup bersama robot. 

4. Bhakshak


Director: Pulkit
Writers: Jyotsana Nath, Pulkit 
Cast: Bhumi Pednekar, Sanjay Mishra, Aditya Srivastava, Sai Tamhankar
Production Company: Red Chillies Entertainment
Distributor: Netflix
Genre: Crime / Drama
Rating: 8.4/10

Vaishali Singh (Bhumi Pednekar) merupakan wartawan kepada siaran kecil dan dibantu oleh jurukamera, Bhaskar (Sanjay Mishra) yang sudah berumur. Satu hari Vaishali mendapat panggilan dari Gupta (Durgesh Kumar) yang ingin memberikan info tentang kes jenayah yang berlaku di rumah perlindungan. 



Director: Kiran Rao
Writer: Biplab Goswami, Sneha Desai (Screenplay and Dialogues), Divyanidhi Sharma (Additional Dialogues)
Cast: Nitanshi Goel, Sparsh Shrivastava, Pratibha Ranta, Abhay Dubey, Chhaya Kadam, Ravi Kishan
Production Companies: Jio Studios, Aamir Khan Productions, Kindling Pictures
Distributor: Yash Raj Films, Netflix
Genre: Comedy / Drama
Rating: 9.7/10

Berlatarkan tahun 2001, seorang petani bernama Deepak Kumar (Sparsh Shrivastav) dalam perjalanan pulang bersama isterinya, Phool Kumari (Nitanshi Goel) ke kampung dengan menaiki kereta api. Ketika kereta api berhenti di stesen yang dituju, Deepak tanpa sengaja tarik tangan pengantin yang lain kerana kesemua pengantin di dalam koc tersebut menutup muka dengan ghoonghat. Balik ke rumah baru dia tersedar dia sudah tertukar isteri. 



Director: Vikas Bahl
Writers: Aamil Keeyan Khan, Krishnadev Yagnik
Cast: Ajay Devgn, R. Madhavan, Jyothika, Janki Bodiwala, Anngad Raaj
Production Companies: Jio Studios, Devgn Films, Panorama Studios
Distributors: Pen Marudhar Entertainment, Netflix
Genre: Horror / Thriller
Rating: 8.2/10

Kabir Rishi (Ajay Devgn) merupakan seorang akauntan yang tinggal di Dehradun, Uttarakhand bersama isterinya, Jyoti (Jyothika) juga dua orang anaknya – Janhvi (Janki Bodiwala) dan Dhruv (Anngad Raaj). Ketika dalam perjalanan ke farmhouse untuk bercuti pada hujung minggu di kawasan luar bandar, mereka sekeluarga bertemu dengan lelaki asing di kedai makan. Tanpa sedar Anjali sudahpun terkena pukau.  Setiap kata-kata Vanraj (R. Madhavan) menjadi perintah yang perlu dilaksanakan oleh Janhvi. 



Director: Homi Adajania
Writers: Gazal Dhaliwal, Tamojit Das, Suprotim Sengupta 
Cast: Sara Ali Khan, Vijay Varma, Karisma Kapoor, Dimple Kapadia, Tisca Chopra, Sanjay Kapoor, Pankaj Tripathi
Production Company: Maddock Films
Distributor: Netflix
Genre: Mystery / Thriller
Rating: 8.8/10

Satu pembunuhan berlaku di The Royal Delhi Club lalu ACP Bhavani Singh (Pankaj Tripathi) ditugaskan untuk mencari pembunuh tersebut. Kejadian yang berlaku di gym hingga mengorbankan Leo Matthews (Aashim Gulati) awalnya diklasifikasikan sebagai kemalangan tapi bila semua CCTV ditutup dengan belon dan minuman protein milik Leo juga mempunyai dadah, pegawai polis tersebut kumpulkan semua suspek yang hadir ke Malam Tambola. 



Director: Kunal Khemu
Writer: Kunal Khemu
Cast: Divyenndu, Pratik Gandhi, Avinash Tiwary, Nora Fatehi, Upendra Limaye, Chhaya Kadam
Production Company: Excel Entertainment
Distributors: AA Films, Amazon Prime Video 
Genre: Comedy 
Rating: 8.2/10

Bermula dari tahun 1998, tiga sekawan - Dhanush Sawant aka Dodo (Divyenndu), Pratik Garodia aka Pinku (Pratik Gandhi) dan Ayush Gupta (Avinash Tiwary) mempunyai impian untuk melawat Goa sebelum mereka tamat kolej. Setelah 17 tahun mereka bertiga menunaikan impian tersebut bersama-sama. 



Director: Rajesh A Krishnan
Writers: Nidhi Mehra, Mehul Suri
Cast: Tabu, Kareena Kapoor Khan, Kriti Sanon, Diljit Dosanjh, Kapil Sharma, Kulbhushan Kharbanda, Rajesh Sharma
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Anil Kapoor Films & Communication Network
Distributor: Pen Marudhar Entertainment, Netflix
Genre: Comedy / Drama
Rating: 7.7/10

Geeta Sethi (Tabu), Jasmine Kohli (Kareena Kapoor Khan) dan Divya Rana (Kriti Sanon) merupakan pramugari Kohinoor Airlines di Mumbai, India. Sudah beberapa bulan majikan mereka tidak membayar gaji kerana masalah kewangan yang menyebabkan syarikat tersebut hampir muflis. 



Director: Imtiaz Ali
Writer: Imtiaz Ali, Sajid Ali
Cast: Diljit Dosanjh, Parineeti Chopra, Rahul Mittra, Nisha Bano
Production Companies: Window Seat Films, Select Media Holdings LLP, Saregama
Distributor: Netflix
Genre: Musical / Biopic / Drama
Rating: 8.8/10

Naskhah biopic drama mengenai penyanyi kelahiran Punjab, India yang dilabel sebagai Elvis Presley India. Amar Singh Chamkila mempunyai bakat dalam menyanyi, menggubah lagu dan menulis lirik lalu dia bekerja sebagai penulis lirik dengan penyanyi Punjab terkenal bernama Jinda untuk capai impian dia sebagai penyanyi. 



Director: Shirsha Guha Thakurta
Writers: Suprotim Sengupta, Amrita Bagchi, Eisha Chopra
Cast: Vidya Balan, Pratik Gandhi, Ileana D'Cruz, Sendhil Ramamurthy
Production Companies: Applause Entertainment, Ellipsis Entertainment Production
Distributor: AA Films, Disney+ Hotstar
Genre: Romantic / Comedy
Rating: 9.3/10

Pasangan Kavya  (Vidya Balan) dan Anirudh (Pratik Gandhi) ingin bercerai dan mulakan kehidupan baru bersama pasangan masing-masing. Perkahwinan atas dasar cinta bermula sejak selepas graduasi dan berkahwin di mahkamah kerana tidak mendapat persetujuan dari keluarga Kavya. Namun lama-kelamaan mereka berdua semakin renggang dan lebih selesa berdiam diri. 



Director: Tushar Hiranandani
Writers: Jagdeep Siddhu, Sumit Purohit
Cast: Rajkummar Rao, Jyothika, Alaya F, Sharad Kelkar
Production Companies: Chalk and Cheese Films, T-Series Films
Distributors: AA Films, Netflix
Genre: Biography / Drama
Rating: 7.8/10

Sejak kecil Srikanth merupakan pelajar yang cerdas namun sering dibuli oleh rakan sekelas kerana cacat penglihatan. Ibu bapanya menghantar Srikanth ke sekolah khas berasrama lalu di sana dia dilatih oleh Cikgu Devika Malvade (Jyothika). Selain bijak dalam pelajaran terutamanya subjek Sains, Srikanth juga minat dengan sukan kriket. Nama Srikanth juga diambil dari pemain kriket negara dengan harapan satu hari Srikanth membesar menjadi pemain kriket, sama seperti idola ayahnya. 



Director: Aditya Sarpotdar
Writer: Niren Bhatt
Cast: Sharvari, Abhay Verma, Sathyaraj, Mona Singh
Production Company: Maddock Films 
Distributors: Pen Marudhar, Disney+ Hotstar
Genre: Comedy / Horror
Rating: 8/10

Kisah bermula pada tahun 1952 di sebuah kampung bernama Konkan, Pune, India di mana Gotya (Ayush Ulagadde), seorang kanak-kanak lelaki berkeras ingin berkahwin dengan Munni. Ibunya membantah sekeras-kerasnya perkara tersebut kerana anak sulungnya masih mentah sementara Munni 7 tahun lebih tua dan bakal berkahwin. 

Geram dengan bantahan ibunya, Gotya bawa adiknya, Gita (Khushi Hajare) ke Chetukwadi iaitu sebuah hutan yang terletak di sebuah pulau berdekatan dengan kampung tersebut. Chetukwadi adalah kawasan larangan kerana tempatnya dikatakan berpuaka. Gotya mempunyai rancangan ingin mengorbankan Gita dalam ritual ilmu hitam supaya dapat mengahwini Munni. 



Director: Kabir Khan
Writers: Kabir Khan, Sumit Arora, Sudipto Sarkar
Cast: Kartik Aaryan, Vijay Raaz, Bhuvan Arora
Production Companies: Nadiadwala Grandson Entertainment, Kabir Khan Films
Distributors: Pen Marudhar Entertainment, Amazon Prime Video
Genre: Biopic, Sports, Action
Rating: 10/10

Murlikant (Ayan Khan Sroha) membesar di sebuah kampung kecil bernama Peth Islampur di Maharashtra, India. Di usia yang muda, Murlikant tanam impian untuk menjadi atlet gusti dan menang pingat emas di Olimpik untuk India dan pulang sebagai hero. Bagi masyarakat India, menang pingat emas bukan saja disanjung tinggi malah kampung juga akan mendapat manfaat seperti keperluan asas – air dan elektrik. 

Malangnya impian Murlikant tak disokong oleh ayahnya sebaliknya dipaksa belajar seperti abangnya. Secara curi-curi, Murlikant berlatih dengan Ganpat, jurulatih gusti di kampungnya sehingga lah dia besar.



Director: Malhotra P. Siddharth
Writers: Sneha Desai, Vipul Mehta, Kausar Munir
Cast: Junaid Khan, Sharvari Wagh, Jaideep Ahlawat, Shalini Pandey
Production Companies: Safe Passage Pictures, Yash Raj Films
Distributor: Netflix
Genre: Drama
Rating: 8.2/10

Jadunath a.k.a JJ memperdaya kaum wanita yang dihantar oleh keluarga dengan meniduri mereka atas alasan mendapatkan rahmat dari Dewa Krishna. Masyarakat di situ percaya sekiranya ritual tersebut dilakukan, keluarga mereka akan terjamin di dunia dan akhirat. JJ bukan saja dikhabarkan mempunyai keturunan dewa malah dengan pemeritahannya, daerah tersebut semakin maju dan berkembang. JJ juga mempunyai hubungan diplomatic yang erat dengan pihak British. 

Karsan Das Mulji (Junaid Khan) yang baru saja pulang dari Bombay setelah tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang guru melawan penipuan dan penindasan di sebalik ritual agama yang dilakukan oleh JJ. 



Director: Nikhil Nagesh Bhat
Writers: Ayesha Syed, Nikhil Nagesh Bhat
Cast: Lakshya, Raghav Juyal, Ashish Vidyarthi, Harsh Chhaya, Tanya Maniktala, Abhishek Chauhan
Production Companies: Dharma Productions, Sikhya Entertainment
Distributors: AA Films, Paris Filmes (Brazil), Lionsgate (UK), Roadside Attractions (USA), Paradise Group (Russia)
Genre: Action / Drama
Rating: 8/10

Mengisahkan tentang Amrit Rathod (Lakshya Lalwani), seorang komando National Security Guard bertarung dengan sekumpulan pencuri di atas keretapi. Amrit pergi ke kawasan luar bandar untuk pujuk kekasih hatinya, Tulika Singh (Tanya Maniktala) supaya tidak berkahwin dengan pilihan keluarga kerana Amrit benar-benar serius dengan hubungan mereka. Amrit ditemani oleh rakan baiknya, Viresh Chatwal (Abhishek Chauhan). Dalam perjalanan pulang ke Delhi, kereta api yang dinaiki oleh mereka diserang oleh sekumpulan pencuri. 



Director: Mudassar Aziz
Writers: Mudassar Aziz, Sara Bodinar 
Cast: Akshay Kumar, Fardeen Khan, Taapsee Pannu, Ammy Virk, Vaani Kapoor, Aditya Seal, Pragya Jaiswal, Jimmy Sheirgill, Bhumi Pednekar, Aparshakti Khurana, Ananya Panday, Arjun Kapoor
Production Companies: T-Series Films, Wakaoo Films, White World Productions
Distributor: Panorama Studios, AA Films
Genre: Comedy / Drama
Rating: 8.3/10

Remake kepada filem Perfect Strangers (2017) mengisahkan tentang sekumpulan rakan yang terdiri daripada 3 pasangan juga Kabir Deshmukh (Fardeen Khan) yang datang bersendirian dan berkumpul di majlis pertunangan Radhika (Diljot Chhabra), adik kepada Vartika (Vaani Kapoor). Sebaik saja habis majlis tersebut, mereka semua berkumpul di bilik Vartika lalu penulis novel tersebut mencadangkan supaya mereka main satu permainan di mana semua orang akan tahu rahsia masing-masing melalui panggilan, teks atau e-mail yang masuk ke smartphone masing-masing. 

Idea tersebut tercetus apabila mereka semua membahaskan tentang rakan mereka yang baru saja bercerai. Para suami bertegas bahawa rahsia adalah rahsia dan mereka tak perlu masuk campur hal peribadi rakan sendiri tapi si isteri pula sebaliknya. Lalu semua bersetuju untuk main Truth Game walaupun Dr. Rishabh Malik (Akshay Kumar) ragu-ragu untuk turut serta. 



Director: Amar Kaushik
Writer: Niren Bhatt 
Cast: Rajkummar Rao, Shraddha Kapoor, Pankaj Tripathi, Abhishek Banerjee, Aparshakti Khurana, Tamannaah Bhatia, Varun Dhawan, Akshay Kumar
Production Companies: Maddock Films, Jio Studios
Distributors: PVR Inox Pictures, Pen Marudhar
Genre: Comedy / Horror
Rating: 7.9/10

Setelah beberapa tahun Vicky (Rajkumar Rao) menyelamatkan kampung Chanderi dari gangguan Stree, muncul pula hantu lelaki berbadan sasa tanpa kepala yang menculik anak gadis di kampung tersebut termasuklah teman wanita Bittu (Aparshakti Khurana) bernama Chitti (Anya Singh). 

Hantu lelaki yang mengerikan bernama Sarkata (Sunil Kumar) merupakan seteru kepada Stree satu ketika dulu. Sejarahnya, Sarkata adalah ketua kampung di Chandraban yang kaki mabuk dan kaki wanita. Dia bunuh Stree dan suaminya dengan memenggal kepala mereka berdua, di hadapan anak perempuan Stree. Tak lama selepas kejadian tersebut, Stree muncul sebagai roh yang ingin membalas dendam lalu memenggal kepala Sarkata. 



Director: Hansal Mehta
Writers: Aseem Arrora, Raghav Raj Kakker, Kashyap Kapoor
Cast: Kareena Kapoor Khan, Keith Allen, Ranveer Brar 
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Mahana Films
Distributors: Pen Marudhar Entertainment, Netflix
Genre: Crime / Thriller
Rating: 7.3/10

Selepas kehilangan anak lelakinya, Detektif Jasmeet Bhamra a.k.a Jass (Kareena Kapoor Khan) berpindah ke Buckinghamshire, United Kingdom. Sebaik saja sampai ke sana, dia diarahkan oleh Miller (Keith Allen) untuk bantu siasatan kehilangan Ishpreet (Sartaaj Kakkar) yang terakhir kali berada di kawasan taman. Selepas pencarian dilakukan seharian di kawasan tersebut, DI Hardik Patel (Ash Tandon) laporkan mayat Ishpreet dijumpai dalam sebuah kereta. Dari laporan DNA, badan Ishpreet dipenuhi dengan cap jari Saquib Chaudhary (Kapil Redekar), remaja lelaki yang ketagih dengan dadah. 



Director: Vikramaditya Motwane
Writers: Vikramaditya Motwane, Avinash Sampath, Sumukhi Suresh
Cast: Ananya Panday, Vihaan Samat, Devika Vatsa, Kamakshi Bhat, Suchita Trivedi, Samit Gambhir, Ravish Desai, Aparshakti Khurana
Production Companies: Saffron Magicworks, Andolan Films
Distributor: Netflix
Genre: Thriller
Rating: 10/10

Nella (Ananya Panday) dan Joe (Vihaan Samat) menjadi social media influencer couple yang terkenal di Delhi sejak 5 tahun bersama. Kebanyakan content mereka dirakam kemudiannya dimuat naik di Youtube dan Instagram sehingga lah satu hari, Joe kantoi curang dengan perempuan lain bila Nella rakam video kejutan bersempena ulangtahun mereka yang ke-5. Nella jumpa cara untuk move on dan bersihkan imej dengan applikasi AI bernama CTRL yang dihasilkan oleh MANTRA.



Director: Dheeraj Sarna
Writers: Arjun Bhandegaonkar, Avinash Singh Tomar, Vipin Agnihotri, Dheeraj Sarna (Dialogues)
Cast: Vikrant Massey, Raashii Khanna, Riddhi Dogra
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Vikir Films Production Vipin Agnihotri Films
Distributor: Zee Studios
Genre: Drama
Rating: 9.5/10

Filem yang menceritakan fakta dari kes kebakaran Sabarmati Express, sebuah keretapi yang membawa penumpang dari Ahmedabad mengorbankan 59 orang mangsa yang dikenalpasti dan sampai kini masih belum diketahui identitinya. 

Dari 129 filem Hindustan, I berjaya lah tengok 36 movie yang dihasilkan. Ada la a few A-list films yang belum layan lagi tapi kira okay lah kan. You guys should also watch Jigra, Ishq Vishk Rebound, Vedaa, Sector 36 dan yang lain. Filem-filem yang tak ada dalam list ni dapat rating 6.9 ke bawah disebabkan beberapa alasan tertentu but it's not that bad. Mungkin rating kita berbeza kan? 

Have fun watching!