Movie Review | Stree 2: Sarkate Ka Aatank (2024)

Sunday 13 October 2024


Director: Amar Kaushik
Writer: Niren Bhatt 
Cast: Rajkummar Rao, Shraddha Kapoor, Pankaj Tripathi, Abhishek Banerjee, Aparshakti Khurana, Tamannaah Bhatia, Varun Dhawan, Akshay Kumar
Production Companies: Maddock Films, Jio Studios
Distributors: PVR Inox Pictures, Pen Marudhar
Genre: Comedy / Horror
Running Time: 149 minutes
Release Date: 15 August 2024
Trailer:


Setelah beberapa tahun Vicky (Rajkumar Rao) menyelamatkan kampung Chanderi dari gangguan Stree, muncul pula hantu lelaki berbadan sasa tanpa kepala yang menculik anak gadis di kampung tersebut termasuklah teman wanita Bittu (Aparshakti Khurana) bernama Chitti (Anya Singh). 

Hantu lelaki yang mengerikan bernama Sarkata (Sunil Kumar) merupakan seteru kepada Stree satu ketika dulu. Sejarahnya, Sarkata adalah ketua kampung di Chandraban yang kaki mabuk dan kaki wanita. Dia bunuh Stree dan suaminya dengan memenggal kepala mereka berdua, di hadapan anak perempuan Stree. Tak lama selepas kejadian tersebut, Stree muncul sebagai roh yang ingin membalas dendam lalu memenggal kepala Sarkata. 


Tersedar mereka perlu meminta bantuan Stree, Vicky minta Jana (Abhishek Banerjee) pulang ke Chanderi kerana dia memiliki kebolehan Stree setelah dirasuk dulu. Selepas kejadian diculik oleh Stree, Jana dihantar oleh keluarganya untuk tinggal bersama sepupunya, Bhaskar (Varun Dhawan). Dalam masa yang sama, gadis cantik (Shraddha Kapoor) pujaan hati Vicky juga muncul di Chanderi untuk menyelamatkan mereka semua. 

Fourth installment untuk Maddock Supernatural Universe adalah sekuel kepada filem Stree (2018) dengan durasi yang lebih panjang dari sebelumnya. Penulis Raj & DK tarik diri kerana isu perebutan royalti setelah Stree popular selepas ditayangkan. Maka Niren Bhatt yang pernah popular dengan filem Bala (2019), Serious Men (2020), Bhediya (2022) dan Munjya (2024) mengambil alih posisi penulis. 


Sama seperti Munjya (2024) dan Bhediya (2022), first half cerita terlihat kukuh dengan supernatural yang diperkenalkan untuk Maddock Supernatural Universe tapi bila masuk second half dah mula draggy dengan pertarungan yang meleret. Sama macam Stree 2, walaupun kelebihan kuasa mistik banyak berpihak pada Vicky, gadis cantik dan Bhediya, tapi tetap susah nak kalahkan Sarkata. 

Kalau tengok pada poster dan penghujung filem Stree, gadis cantik ada banyak kelebihan sebab ada tocang Stree yang kuatkan lagi kuasa mistik dia. Ada kelebihan ilmu hitam yang dipelajarinya juga tapi penulis tetap nak masukkan elemen kejutan pada penonton tapi sudahnya bagi peluang untuk Vicky kalahkan Sarkata. Pertarungan dekat hujung tu patutnya dipendekkan dan bagi screentime kepada Bhediya atau Rudra (Pankaj Tripathi). 


Tak lah kata Stree 2 tak seronok sebab filem ni masih lagi ditayangkan di pawagam walhal dah masuk 2 bulan ditayangkan secara rasmi. Elemen komedi antara kekuatan filem Stree 2 dengan beberapa babak kelakar dari watak Vicky, Jana dan Bittu di separuh pertama filem. Meta jokes juga dimasukkan dalam dialog watak-watak utama. Kelakar tengok Bittu nyanyi lagu Soft Kitty dari The Big Bang Theory untuk Chitti. 

Kalau dalam filem Stree, hantu dia tak menyeramkan tapi sebagai simbolik kepada satira masyarakat India, untuk Stree 2 pula berbeza sebab roh Sarkata mengerikan dengan suara yang garau. Ada beberapa jumpscares yang dimasukkan untuk menguatkan elemen seram dalam filem Stree 2. 


Ada banyak penggunaan VFX untuk wujudkan dunia Sarkata terutamanya di second half bila watak-watak supernatural bertarung dengan Sarkata. Sinematografi dari Jishnu Bhattacharjee paparkan latar masyarakat Chanderi yang menyantuni Stree dan mengangkat tema women empowerment dari mitos lagenda tersebut. 

Khidmat Sachin–Jigar digunakan untuk music album Stree 2 dan kesemua lagu popular terutamanya item song Aaj Ki Raat dan Aayi Nai. Lagu romantik Tumhare Hi Rahenge Hum menguatkan lagi kisah cinta Vicky dan gadis pujaannya. Sementara lagu Khoobsurat mengukuhkan kewujudan Maddock Supernatural Universe bila Bhediya juga terpikat dengan kecantikan gadis misteri. 



Overall, Stree 2 mempunyai momen dan kekuatannya tersendiri sebagai naskhah yang menghiburkan namun hilang sentuhan dan keunikan Stree 1 di mana mempunyai kekuatan satira dalam penceritaannya. Walaupun Stree 2 menggunakan satira patriarchy bila Sartaka pukau semua lelaki di Chanderi tapi tak sekuat Stree 1. 

Bila ada cameo dari Akshay Kumar, kita dah tahu ke mana hala tuju produser dan menjadikan Stree sebagai franchise commercial film sepenuhnya. Is it a good thing or a bad thing, susah nak cakap melainkan Maddock Films baca review yang minta dia tukar penulis. Tapi macam mustahil lah sebab Bhediya, Munjya dan Stree 2 dah berjaya dekat box office dengan penulis yang sama. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 7.9/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.