Movie Review | Ulajh (2024)

Saturday 5 October 2024


Director: Sudhanshu Saria
Writers:  Parveez Shaikh, Sudhanshu Saria, Atika Chohan
Cast: Janhvi Kapoor, Roshan Mathew, Gulshan Devaiah, Adil Hussain
Production Company: Junglee Pictures
Distributor: Pen Marudhar Entertainment, Netflix
Genre: Thriller / Action
Running Time: 134 minutes
Release Date: 02 August 2024
Trailer:


Suhana Bhatia (Janhvi Kapoor) bekerja sebagai pegawai Indian Foreign Services (IFS) di Kerajaan India. Kerana kebolehan dan kemahiraanya, dia dinaikkan pangkat di usia yang muda lantas dihantar ke Kedutaan India di London. Ramai yang mempertikaikan keputusan tersebut terutamanya rakan sekerja di London kerana Suhana merupakan anak pegawai Kerajaan jadi kenaikan pangkat tersebut adalah kerana nepotism. 

Disebabkan ramai yang merasakan Jacob Tamang (Meiyang Chang) lebih layak untuk jawatan tersebut, Suhana terasa sunyi dan asing di tempat kerja baru walaupun kebanyakan rakan sekerjanya datang dari negara yang sama. 


Suhana mula berkenalan dengan Nakul Sharma (Gulshan Devaiah) yang bekerja sebagai chef di London. Tak ambil masa yang lama untuk mereka rapat dan jatuh cinta sehingga lah Nakul dedahkan identitinya yang sebenar dan mengugut Suhana dengan video intim mereka berdua. Permintaan Nakul mudah, Suhana cuma perlu berikan butiran tentang kerjasama sulit Kerajaan India. 

Suhana cuma ada masa selama 72 jam untuk buat keputusan sama ada untuk biarkan maruah dia tercalar ataupun menjadi pengkhianat negara dengan jual maklumat sulit kepada negara Pakistan. Tertekan dengan situasi tersebut, Suhana cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya seorang diri namun perkara tersebut cuma menyulitkan keadaan hingga dia ambil keputusan untuk bunuh diri. 


Naskhah yang bertemakan ejen perisik antara negara India dan Pakistan merupakan arahan ketiga Sudhanshu Saria dan Ulajh adalah naskhah pertama dengan genre thriller aksi. Experimenting? Yes. Is it good? No. 

Filem Ulajh tak menggunakan jalan cerita yang baru pun untuk tema ejen perisik tapi watak utama ada kelemahan dalam dunia yang tegang bila protagonis adalah pegawai Kerajaan yang tak pernah dilatih untuk bertempur dengan pihak musuh walaupun pegang dokumen sulit negara. Tengok watak pegawai IFS ni lebih kurang sama dengan watak Lee Min-jun dan Oh Jae-seok dalam filem Ransomed (2023) sebab dihantar ke tempat berisiko tanpa latihan fizikal. Bezanya naskhah Ransomed seronok untuk ditonton kerana aspek teknikal yang bagus. 


Filem Ulajh yang diterbitkan oleh Junglee Pictures gagal menguatkan babak drama dan ketegangan yang dialami oleh Suhana Bhatia. Perkenalan Suhana dengan Nakul terlalu mendadak dan cuma diceritakan dalam lagu Shaukan. Tapi disebabkan chemistry Gulshan dengan Janhvi bagus sangat, I boleh faham kenapa Suhana tak mampu nak berfikir dengan waras. Dialog dalam kebanyakan babak juga tak memberikan impak sedangkan filem Ulajh ada beberapa momen patriotik. Kebanyakan dialog cuma perbualan biasa tanpa sebarang depth. 



Kalau ikutkan filem Ulajh ni ada mesej yang kuat tentang bagaimana musuh dalam selimut beri kesan mendalam kepada hubungan diplomatic negara tapi penceritaan pada second half mula longgar. Encounter antara Suhana dengan Nakul di saat akhir pun terasa filmy sangat. Dekat hujung filem Suhana dapat tawaran untuk bekerja dengan organisasi rahsia tapi jadi pertanyaan besar macam mana organisasi tu buat keputusan. Ada part yang pengarah sengaja lemahkan watak tertentu untuk bagi laluan kepada Suhana untuk menyerlah. 


Filem Ulajh ada element of surprise tapi jalan cerita dia predictable jadi dari awal lagi boleh dihidu dah. Masa Nakul approach Suhana pun kita dah boleh agak dia adalah watak antagonis. Boleh kata semua langkah Suhana dah boleh dibaca. Lakonan Janhvi okay je dalam filem ni tapi sebab watak dia lemah maka dia pun terlihat dangkal. 

Tak sure lah penulis buat homework sebelum menulis ataupun Janhvi ada prep role sebelum shooting sebab gaya dia tak sesuai sebagai pegawai Kerajaan. Kemain melentik bila berjalan dekat pejabat padahal semua orang sibuk dengan event besar untuk bulan tu. 


1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 5/10

1 comment

  1. geram aje tengok perangai melentik dia, mudah tergoda pulak tu. Tapi sebab dia sorang2 kot jadi kurang kasih-sayang. Paling geram dgn driver dia tu, gunting dalam lipatan rupanya.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.