Movie Review | Vedaa (2024)

Thursday 17 October 2024


Director: Nikkhil Advani 
Writer: Aseem Arora
Cast: John Abraham, Sharvari, Abhishek Banerjee, Ashish Vidyarthi 
Production Companies: Zee Studios, Emmay Entertainment, JA Entertainment
Distributor: Zee Studios
Genre: Action / Drama
Running Time: 151 minutes
Release Date: 15 August 2024
Trailer:


Filem Vedaa berlatarkan masyarakat kampung yang masih mempunyai masalah perbezaan kasta. Hampir setiap pasangan yang bercinta akan dibunuh dengan kejam oleh Suyog Pratap Singh (Kshitij Chauhan) dan rakan-rakannya. Mereka juga sering membuli mana-mana individu dari kasta Dalit yang tinggal di kampung tersebut sebagai peringatan. 

Mejar Abhimanyu Kanwar (John Abraham) ditamatkan perkhidmatan dan pencennya diberhentikan serta-merta kerana melanggar perintah atasan dalam sebuah operasi di Kashmir. Abhimanyu bertindak gila kerana ingin membalas dendam atas kematian isterinya, Raashi (Tamannaah Bhatia). Akur dengan keputusan tersebut, dia pergi ke kampung Raashi untuk bekerja sebagai jurulatih sukan tinju di sebuah universiti tempatan. 


Di sana, dia bertemu dengan Vedaa Berwa (Sharvari), perempuan muda berkasta Dalit yang ingin menyertai sukan tinju dan bertanding di sukan peringkat daerah. Awalnya permohonan Vedaa ditolak kerana Suyog juga berlatih di tempat yang sama tapi sebab semangat Vedaa dan rasa kasihan, Abhimanyu ambil Vedaa sebagai anak murid. 

Konflik mula terjadi bila Vinod Berwa (Anurag Thakur) kantoi bercinta dengan Aarti (Urvashi Dubey) yang berkasta lebih tinggi. Berwa (Rajendra Chawla) merayu kepada ahli politik, Jitendar Pratap Singh (Abhishek Banerjee) supaya anaknya dilepaskan tapi sebaliknya yang terjadi. 


Naskhah yang diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Dalit di India mempunyai banyak konflik besar sampaikan penceritaan terlihat lemah. Patutnya penulis Aseem Arora stick dengan sukan tinju tapi terhalang disebabkan kasta. Konflik antara Vedaa dengan Suyog tu pun dah cukup besar dan mendalam supaya cerita bergerak cantik. 

Menyampah bila tengok watak Vinod yang pentingkan diri sampai bahayakan nyawa semua ahli keluarga. Kalau dia dan Aarti sahaja yang menanggung akibat, tak apa lah juga. Memang patut sangat ayah dia halau keluar dari rumah bila kantoi dapat iPhone dari Aarti. Dia bukan yang pertama jatuh cinta dengan orang berbeza kasta, dia pun sedia maklum macam mana kejam Suyog bunuh orang Dalit. Tapi tetap lah juga berdegil nak pertahankan cinta yang tak seberapa tu.


Walaupun filem ni berjudul Vedaa sebab plot utama berkisarkan kehidupan Vedaa yang berasal dari kasta Dalit tapi fokus tetap juga terarah pada John Abraham. Tak banyak pun babak Vedaa berlatih sukan tinju dengan Mejar Abhimanyu tapi lebih kepada Vedaa merayu supaya Mejar Abhimanyu selamatkan dia dan keluarga. Nasib baik lah lakonan cemerlang Sharvari kukuhkan watak Vedaa yang bercita-cita untuk menjadi pelindung keluarga, kalau tak memang tenggelam lah dia di sebalik John walaupun Sharvari ada screentime yang banyak dalam filem arahan Nikkhil Advani. 

Abhishek Banerjee antara yang menyerlah lakonannya dalam filem Vedaa sebagai watak antagonis. Bila pegang watak ahli politik memang kena pandai bermuka-muka macam watak Jitendar Pratap Singh. Gerun tengok bila Abhishek pandang Abhimanyu atau Vedaa sebab susah nak jangka tindakan dia. Hilang terus watak kelakar dia sebagai Janaa dalam Stree 2 (2024). 


Memandangkan Nikhil Advani adalah pengarah yang sama dengan Batla House (2019), ada juga babak yang sama selain dari mengangkat sentimen perkauman dan rasis di negara India. Babak Jitendar baca ayat dalam kitab tentang kenapa dia benci kaum Dalit dan ayat yang dibaca Abhimanyu dari kitab yang sama lebih kurang sama dengan satu babak dalam Batla House. 

Filem Vedaa tak mempunyai kekuatan pada music album juga, berbeza lah dengan filem-filem yang dihasilkan oleh JA Entertainment sebelum ni sebab kalau jalan cerita tak berapa cantik, babak aksi dengan music album mesti jadi keutamaan. Item song "Mummy Ji" yang menampilkan Mouni Roy sebagai cameo tak best. Lagu romantik Zaroorat Se Zyada pun kurang menyengat walaupun chemistry John dengan Tamnnah not bad. 


Rasanya JA Entertainment dah boleh berhenti buat plot sama dalam setiap filem kot. Penat juga tengok semua life partner John Abraham ni meninggal dunia. Bosan dah tengok muka seposen John dalam semua filem. We want smiley John!

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.3 = 6.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.