Movie Review | Do You See What I See (2024)

Saturday 5 October 2024


Pengarah: Awi Suryadi 
Penulis Skrip: Lele Laila
Pelakon: Shenina Cinnamon, Diandra Agatha, Sonia Alyssa, Yesaya Abraham 
Syarikat Produksi:  MD Pictures, Pichouse Films
Pengedar: Netflix  
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 109 minit
Tarikh Tayangan: 16 Mei 2024 (Indonesia)
Trailer:


Berlatarkan tahun 1996, seorang mahasiswi bernama Mawar (Diandra Agatha) pergi ke kubur orang tuanya yang terletak jauh di dalam hutan. Perginya waktu hampir senja kerana baru saja selesai menyambut ulang tahun bersama teman akrabnya – Vey (Shenina Cinnamon) dan Kartika (Sonia Alyssa) di kampus. 

Ketika melawat kubur tersebut, Mawar merasa seperti diekori oleh sesuatu namun tiada apa yang kelihatan di situ. Di sana, Mawar meminta kebenaran orang tuanya untuk mempunyai kekasih kerana umurnya yang sudah menginjak 20 tahun. 

Sejak pulang dari kubur, perangai Mawar terlihat aneh. Dia banyak mendiamkan diri dan ponteng kuliah. Dia juga sering bersendirian kerana sudah mempunyai teman lelaki bernama Restu (Noval Tubagus). Setiap malam Restu datang ke rumah sewa mereka namun tiada sesiapa yang pernah melihat susuk lelaki tersebut kecuali Mawar. 

Bila ditanya tentang Restu, Mawar sering mengatakan Restu adalah seorang lelaki yang baik. Vey mula tak sedap hati dan minta bantuan Lina (Sarah Felicia) yang mempunyai ilmu psikik. Kerana ilmu Lina, mereka mendapat petunjuk siapakah Restu sebenarnya. 

Filem Do You See What I See arahan Awi Suryadi merupakan adptasi dari kisah podcast Do You See What I See: Episod 64 – First Love yang diceritakan oleh Mizter Popo. Kalau tak silap, naskhah seram ini adalah naskhah yang pertama diambil dari podcaster tersebut. 

Tak pasti kenapa MD Pictures pilih Episod 64 sebagai pemula dan bukan dari episod yang pertama memandangkan tajuk filem adalah nama podcast itu sendiri. Mungkin sebab kisah First Love ni lebih menarik berbanding kisah yang lainnya ataupun kisah First Love ni rarest of the rare. Mana ada orang bercinta dengan pocong kan?

Pace penceritaan tersangatlah perlahan walaupun dah ubah speed kepada 1.5x dan tak banyak pun babak seram yang dimasukkan kerana first half adalah babak Mawar angau dengan Restu. Ada beberapa gangguan tapi semuanya tanpa kemunculan entiti tersebut. Macam gangguan bunyi atau objek bergerak sahaja. Masuk second half baru pengarah tunjuk siapa Restu setelah Vey dan Kartika sudi melihat siapa pujaan hati Mawar. 

Sinematografi naskhah Do You See What I See dibikin kelam supaya menghidupkan suasana seram tapi rimas juga bila kita tertanya-tanya apa yang berlaku dalam beberapa babak sebab terlampau gelap. Kalau ikutkan, filem ni tersangat lemah bila terpaksa bergantung kepada suasana kelam supaya penonton takut dengan Restu. 

Sembang pasal logik, memang tak jumpa logiknya sebab watak utama, si Mawar yang cantik boleh bercinta dengan pocong akibat tertekan bila diasak dengan Vey untuk mempunyai pacar. Moral of the story, kalau kawan tu single, jangan lah paksa dia bercinta. Tapi bila pengarah tunjuk buku-buku yang ada di atas meja solek Mawar, tak hairan lah kalau dia ambil jalan macam tu sebab dia sakit. Dan mungkin juga kerana sumpahan Restu terhadap keluarga tersebut. 

Sayangnya filem Do You See What I See tak ditulis dengan bagus oleh Lele Laila yang pernah popular dengan filem Ivanna (2022) dan KKN Di Desa Penari (2022). Podcast berdurasi 30 minit mungkin tak ada banyak input untuk dijadikan sebuah filem selama 109 minit tapi di sini juga kelebihan pada penulis untuk kembangkan lagi beberapa plot. 

Tak diceritakan langsung macam mana Mawar boleh berjumpa dengan Restu setelah pulang dari kubur orang tuanya. Kita tahu ada sesuatu yang mistik pada reben merah yang dipakai Mawar tapi bila dan bagaimana Mawar dapat reben tersebut, tak diketahui. Tak banyak pun babak percintaan Mawar dan Restu walhal Restu adalah cinta pertama Mawar. 

Sama juga dengan cinta tiga segi antara Alex (Yesaya Abraham), Vey dan Lina yang berlaku secara tiba-tiba. Kita tahu dari Mawar tentang Alex curang tapi sampai ke hujung cerita, Alex masih panggil Vey sayang walaupun di hadapan Lina. Kita tak tahu apa yang Alex cuba untuk jelaskan setiap kali Vey terserempak bila dia berdua dengan Lina. Ada ketegangan dan drama dekat situ tapi penulis abaikan. 

Tak banyak babak Mawar bercerita dengan Vey dan Kartika sedangkan banyak girl moments yang boleh penulis masukkan. Sayang lah produser tak jaga idea yang segar dan unik untuk genre seram ni sebab lakonan dah bagus terutamanya Diandra sebagai Mawar. Seram sangat bila tengok dia senyum dan bercerita tentang Restu. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4 = 5.2/10

2 comments

  1. Suka sangat tengok Mawar, sangat cantik. Kagum dengan setianya ikatan persahabatan teman2 Mawar. Elok pulak Vey dan Lina tak bertarik rambut bila berkongsi pacar, haha.. tapi ingin jugak nak tahu, Mawar nampak Restu sebagai manusiakah di sebaliknya?

    ReplyDelete
  2. Saya rasanya skip lah kalo horor yg ini setelah baca review kakak 😄. Nampaknya khas film md picture yg cerita horornya suka tak maksimal digarap. Alur dah bagus, akting pemain pula tak bagus. Atau akting dah sempurna, alurnya kacau.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.