Rozie Asam Pedas Seksyen U5

Tuesday 7 March 2023


Restoran baru berdekatan dengan kedai SPR8Love, menggunakan menu asam pedas sebagai tarikan dan sebagai peminat asam pedas rasa tertarik sangat nak cuba untuk dinner. Restoran Rozie Asam Pedas ni cantik dengan deko minimalis dan ala homey. 

Dekat restoran ni ada muffin dengan croissant jugak tapi tak sempat nak cuba sebab dah order set asam pedas confirm lah dah kenyang. Celah mana lagi nak sumbat croissant besar macam tu. Rasanya menu waffle dengan croissant tu under Last Stop Coffee sebab tengok dekat banner ada logo dia. 





Tak lama pun order sampai sebab set yang memang dah masak lama lepastu panaskan untuk hidang je. Adik order Nasi Ayam Berempah sebab dia bukan penggemar menu asam pedas. For drinks kitorang order Iced Vanilla Latte dengan Nescafe O suam. Comel letak dalam mug macam tu, memang rasa mkaan dekat rumah. Sesuai sangat untuk orang yang malas masak macam I hshshs


Personally for me, asam pedas okay je tapi tak ngam dengan tekak sebab tekak I suka asam pedas cara orang Johor masak sebab pedas kaw dengan wangi bunga kantan. Asam pedas dekat restoran Rozie Asam Pedas ni pula asam pedas cara orang utagha masak. Bila hirup kuah boleh bau segala rempah jintan dekat dalam tu. Bila makan jadi tak syok sebab ada rasa pahit rempah tu. Kalau dekat tekak orang yang suka style ni okay ja la kot, but definitely not for me sebab I tak suka rempah. Nasib tak beria tuang kuah masuk dalam pinggan sebab dah boleh bau asam pedas utagha tu. 

Kopi pun agak pekat sampai dah tak nampak rupa latte, mungkin barista guna biji kopi yang memang strong kot. Dia okay tapi bukan untuk tekak I so plan untuk datang makan lagi dekat sini mungkin tak akan menjelma dah. A bit sad lah sebab I suka vibe restoran ni tapi nak buat macam mana, some things aren't meant to be for us :')

6 comments

  1. Mungkin lain kali FJ boleh datang makan croissant je kot. Tapi, kopi dia pun tak sedap ek.

    ReplyDelete
  2. Selamat menjamu selera
    Nampak macam sedap

    ReplyDelete
  3. cantik suasana kedai tu sayang la kalau makanan tak memenuhi citarasa semua orang kan.

    ReplyDelete
  4. asal lalu tutup asal lalu tutup.. kami rehat jam 12 tgahari.. 12.15 selalu akan lalu depan kedai.. ntah meniaga pukul berapa sebenarnya.. kat google tulis buka jam 12...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.