Dookki, One Utama Tak Berbaloi

Monday 20 March 2023


Tak pernah pula tahu dekat bahagian bawah di bangunan PJ PAC tu ada banyak lagi Korean restaurants. Excited lah nak try sebab dah lama tak layan makanan Korea. Sebulan kira lama lah kan? Jadi kitorang pilih untuk makan di Dookki sebab BBQ dekat sebelah tu tak halal. Asalnya nak pergi ke Seoul Garden tapi naik harga lagi. Entah lah labu, asyik naik harga je padahal apa yang dihidangkan tu tak setara pun. 

Balik kepada Dookki ni, dekat sini satu kepala kena caj RM39.90 untuk dewasa dan RM19.80 untuk kanak-kanak. Kalau membazir, kena charge lagi RM20. Ada had masa juga supaya customer tak melepak lama dekat dalam tu. Lepas satu jam setengah, dah boleh lah angkat punggung keluar dari restoran. Mungkin sebab tu jugak kot ruang dekat dalam ni kecil. 



Dekat Dookki ni ada pilihan untuk double ring cheese tapi kena tambah duit lagi lah. Tengok meja yang order ring cheese tu macam tak banyak pun jadi malas lah nak bazir duit walaupun hakikatnya kitorang dah bazir untuk main dish. 

Konsep dekat sini rebus je dalam kuah kimchi atau tomyam, tak ada istilah grill langsung so auto tak best kat situ. Masa check sebelum duduk tu tak tahu lah pulak tak boleh grill sebab meja orang lain dah penuh dengan pinggan mangkuk. Takkan nak pergi tengok beria kan. 




Nak makan boleh pilih jenis ramyeon, jenis sayur, tteokbokki, frozen ingredients dengan fishcakes. Kelainan pada Dookki mungkin pada tteokbokki lah sebab boleh pilih nak bentuk apa tapi tak banyak pun pilihannya. 

I rasa selection dekat sini sikit je nak bandingkan dengan BBQ local yang boleh mencecah sampai 60 pilihan bahan. Ada seafood pulak tu walaupun tak fresh mana tapi sekurangnya ada. Dekat Dookki ni ada juga ready to eat menu macam sushi, ayam goreng, wantan dengan dumpling tapi entah lah sedih tengok. 


Sushi dia tak banyak pilihan pun, ada kimchi, tuna dengan telur ikan tu je. Mungkin beras dia guna tu premium sebab tu lah sikit je topping. Tengok lah tuna tu, sejemput je. Lepastu dia cover mayonis banyak-banyak. Nasib baik kimchi dia sedap, tak banyak cuka macam kimchi lain. 

Makanan bergoreng tu, ayam dia a huge letdown lah sebab dah on the way nak rosak. Dekat luar nampak perang cantik je tapi dekat dalam dah nak hitam. 


Fishcake dia pun tak banyak pilihan walaupun ada sampai 6 box dekat situ. Nak tak nak, fishcake berlipat tu je lah boleh pulun pun. 


Pilih punya pilih, satu pot ni lah yang jadi menu utama. Merah menyala kan, tapi sebab kimchi je tu. Tak pedas pun sebab perut memasing tengah berehat. Lagi satu benda best dekat Dookki, ada free flow seaweed. Setiap kali nak suap, setiap kali tu lah tabur seaweed. Seaweed dia pun I rasa mahal gak sebab tak masin dan hanyir. 

Yang timbul besar dan banyak tu tauhu goreng, kalau tak ada tauhu tu memang nampak macam satu periuk maggi biasa je. Baik makan maggi letak ketam dengan telur dan cendawan enoki. Lagi sedap layan. 


Ada pros and cons lah makan dekat sini tapi I tak rasa satu jam setengah tu sesuai jadi had masa untuk seorang yang slow eater macam I. Dah la makan tteokbokki yang berkanji, nak makan panas-panas memang idak ler. Melecur mulut tak ke naya? Dah la tekan plain water keluar air bergas yang masam. Tak pernah ada yang makan dekat sini ke sampai plain water pun jadi macam ni?

Lepas ni memang tak repeat dah makan dekat sini sebab kalau setakat nak makan tteokbokki, I boleh pergi ke KFry, kalau nak seaweed sedap, I cari dekat K-Plus Food Market. Rasa rugi sangat spend sampai RM80 tapi tak syok makan. Staff pasang lagu K-pop tapi video dengan audio tak match pun. Tibehhh time lagu Treasure elok pulak haha. Still doesn't change anything, not coming back for sure. 

4 comments

  1. Tak pernah lagi try Korean restaurant yang ni.

    ReplyDelete
  2. you should try, kalau I memang suka dookki.. mungkin sis ni tak cuba kuah lain kot?

    ReplyDelete
  3. Hi, saya rasa tajuk awak misleading, sebab Dookki ni specialize in teopokki, so memang main dish dia teopokki (bukan korean steamboat atau grill) Untuk someone yang suka teopokki macam saya, Dookki ni sangat berbaloi sebab kita boleh letak rice cake banyak2, customize ingredient & sauce compare to KFry/Myeondong. Untuk ending dia, siap boleh buat fried rice ala2 korean lagi (itu la function sebenar seaweed yang diorg provide)
    Nasihat saya, sebelum masuk kedai for the first time, tolong buat research ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay awak tapi kalau awak rasa berbaloi sila lah makan dekat sana. tak ada paksaan pun. saya pun tak paksa awak stop pergi sana untuk makan. awak suka, awak pergi.

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.