Movie Review | Love Destiny The Movie (2022)

Saturday 7 January 2023


Director : Adisorn Tresirikasem 
Writers : Pattaranad Bhiboonsawade, Benjamaporn Srabua, Thodsapon Thiptinnakorn 
Cast :  Ranee Campen, Thanavat Vatthanaputi, Paris Intarakomalyasut, Paweenut Pangnakorn, Daniel Bruce Fraser, Vithaya Pansringarm, , Nimit Lugsamepong, Chanon Santinatornkul
Production Companies : GDH 559, Broadcast Thai Television, Jorkwang Films
Distributors : Golden Screen Cinemas
Genre : Romantic / Comedy 
Running Time : 166 minutes
Release Date : 28 July 2022 
Trailer :


Bertemakan time travel, Love Destiny mengisahkan tentang kehidupan Mathus (Paris Intarakomalyasut) yang secara tak sengaja kembali ke zaman Rattanakosin pada tahun 1782 hingga 1855. Hal itu terjadi kerana Mathus ingin menjual senapang pusaka kepada pengumpul barang antik. Apabila berlakunya gerhana, Mathus mengembara ke zaman lampau dan berjumpa dengan moyangnya. 

Di sana juga dia berjumpa dengan Gaysorn (Ranee Campen) yang bijak berbahasa Inggeris dan ditunangkan dengan Bhop (Thanavat Vatthanaputi). Menariknya, roh Bhop dan Gaysorn adalah roh Dej dan Lady Karaket, sepasang suami isteri yang meninggal pada era Ayutthaya (1351 – 1767) kemudian dilahirkan semula lantas dijodohkan sekali lagi.


Kerana Bhop terburu-buru putuskan pertunangan akibat perempuan yang selalu muncul dalam mimpinya, iaitu Lady Karaket pada zaman Ayutthaya membuatkan dia menyesal kerana Gaysorn adalah mirip dengan wanita dalam mimpinya. Bezanya, Gaysorn lebih lasak, berani dan garang. Terpaksa lah Bhop menggunakan ilmu yang diberikan Mathus untuk memikat gadis pujaan hati. 

Kehadiran Mathus di situ menarik perhatian Lady Karaket kerana dia terbaca jurnal lama yang mempunyai nasib yang sama dengan Mathus. Datang ke zaman lampau sedangkan dia hidup pada zaman 2018. Tak guna ada smartphone tapi tak boleh digunakan jadi dia habiskan masa dengan menulis jurnal. Dalam jurnal tersebut diceritakan juga macam mana negara Thailand akan dijajah oleh orang British. 


Naskhah Love Destiny sebenarnya sekuel kepada franchise drama Love Destiny yang ditayangkan sejak tahun 2019. Rasanya drama Love Destiny menceritakan kisah Dej dan Lady Karaket pada zaman Ayutthaya sebab dalam filem ni tak ada langsung pun flashback atau diceritakan dengan lebih mendalam tentang kisah pasangan sejoli tersebut. Sama ada watak Mathus wujud di zaman atau baru ditambah dalam filem ini juga tak pasti. 

Memandangkan Love Destiny The Movie adalah sekuel, tak mustahil juga lah kalau pengarah Adisorn Tresirikasem masukkan babak khas atau pelakon tambahan sebagai tribute untuk drama sebelumnya. Kalau peminat drama ni tengok mesti excited lah tapi yang tak layan tu rasa biasa je untuk special scenes. 


Sembang pasal plot dan jalan cerita, time travel yang dibawakan tak lah membawakan sesuatu yang baru sebab kehidupan zaman dulu kelihatan bosan dalam filem ni. Baik hidup di zaman lampau mahupun zaman asal, watak Mathus nampak tak kisah pun. Dekat situ nampak tak syok lah sebab penulis tak beria sangat karang watak Mathus kerana bagi laluan untuk Bhop dan Gaysorn. Nak kata watak Mathus dibawa masuk kerana visual pun tak juga lah sebab Putera Raja (Chanon Santinatornkul) lagi kacak. Sayang betul sikit saja screentime untuk dia. 

Dekat awal cerita lebih terarah dengan kisah cinta watak utama dan kebanyakan babak diolah dengan genre komedi. Manakala plot hujung lebih berkisar tentang cubaan mereka bertiga untuk gagalkan rancangan api dalam sekam. Layan juga tengok Bhop buat miniature kapal enjin yang ingin dijual oleh pihak British. 


Sinematografi dalam Love Destiny berlatarkan kehidupan masyarakat kampung yang banyak menggunakan laluan air. Selain terpesona dengan keindahan senibina penempatan di situ, kawasan perniagaan, kostum, perhiasan dan makanan mereka juga antara yang menarik. Tak jadi masalah untuk semua tu sebab dah shooting untuk dua musim dah pun. Ada beberapa babak yang menggunakan CGI tapi masih lemah, mungkin sebab isu bajet. 

Tapi kelemahan tu tak lah teruk sangat pun sebab tak banyak sangat babak yang memerlukan CGI. Masih lagi terhibur layan Love Destiny sebab kekuatan chemistry dari lead pairing dan juga babak kelakar yang dihidangkan. Ada masa nanti nak tengok lah drama dia sebab tertarik dengan kisah cinta Dej dan Lady Karaket. Mesti ada sesuatu yang menarik sampai dapat dilahirkan semula untuk hidup bahagia bersama. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

3 comments

  1. drama dia best. yg filem ni ok la kelakar tapi macam kureng sikit. rekomen sangat awak tengok drama dia.

    ReplyDelete
  2. ya betul filem kurang huhuu tq for review

    ReplyDelete
  3. Sejujurnya saya rasa kecewa gila dengan movie ni. So faham la drama dulu best bukan sebab pasangan ni je, tapi telatah semua orang termasuk Yaem dan Phim.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.