Movie Review | 7 Women and a Murder (2022)

Tuesday 3 January 2023


Director :  Alessandro Genovesi

Writers : Alessandro Genovesi, Lisa Nur Sultan 

Cast : Margherita Buy, Diana Del Bufalo, Sabrina Impacciatore, Benedetta Porcaroli, Micaela Ramazzotti, Luisa Ranieri, Ornella Vanoni

Production Companies: Wildside, Warner Bros. Entertainment Italia

Distributors: Warner Bros. Pictures, Netflix

Genre: Comedy / Crime / Mystery

Running Time : 82 minutes

Release Date :  25 December 2021 (Italy), 28 December 2022

Berlatarkan satu hari sebelum Krismas, Susanna (Diana Del Bufalo) pulang ke rumah keluarga untuk makan bersama. Kepulangannya disambut oleh Maria (Luisa Ranieri), pembantu rumah baru yang cantik, muda dan pandai memasak. 

Terkejut dengan lantikan tersebut Susanna bertanya sama ada ibunya, Margherita (Margherita Buy) tidak cemburu namun ibunya kelihatan tenang. Bukannya Margherita tak tahu suaminya, Marcello masih bermain asmara dengan Veronica (Micaela Ramazotti) dan adiknya, Agostina (Sabrina Impacciatore) menggatal dengan suaminya. 

Seperti biasa, Maria melakukan rutin pagi dengan menghantar sarapan pagi kepada Marcello di biliknya namun terkejut bukan kepalang bila lelaki tersebut ditikam dengan pisau. Siapa yang membunuh Marcello? Semua orang di dalam rumah tersebut mempunyai motif yang kuat terutamanya Rachele (Ornella Vanoni) yang risau dengan bon miliknya akan dicuri Marcello. 

Semua orang perasan masalah kewangan yang menimpa Marcello sejak kebelakangan ini. Tak mungkin polis akan datang ke rumah tersebut kerana salji yang tebal dan hari perayaan. Kereta pula rosak kerana wayar dipotong sementara pintu pagar utama dikunci. Bukan saja Marcello dibunuh malah mereka semua dalam bahaya kerana pembunuh masih berada di situ. 

Lepas filem Glass Onion: A Knives Out Mystery (2022) pada awal Disember ditayangkan di Netflix, naskhah komedi misteri dari Itali ini pula menjadi hiburan seisi keluarga di Netflix. Menariknya semua suspek di dalam rumah tersebut adalah wanita dengan pelbagai konflik atau drama yang sengaja dicari. Setiap babak disajikan dengan menarik walaupun berat dengan perbualan dari semua watak. Boleh nampak ada yang lega Marcello mati, ada yang sedih dan ada juga yang risau. 

Boleh kata naskhah 7 Women and A Murder menggambarkan realiti sebab bila perempuan stress, makanan adalah penawar untuk hilangkan anxiety. Mustahil kalau tak ada perli dan syak wasangka sesama sendiri tapi ending menarik sebab macam mana pun bergaduh sampai naik tangan tapi tetap berpegang dengan prinsip orang perempuan kena bersatu dan menjaga sesama sendiri dalam dunia yang penuh dengan manipulasi seorang lelaki. 

Alessandro Genovesi terlihat kreatif dalam menentukan alur penceritaan yang sentiasa berubah genre sepanjang 82 minit tersebut. Peralihan tersebut langsung tak mengganggu suasana kerana transisi yang perlahan dan halus. Dari menyampah dengan watak Agostina jadi faham kenapa perangai dia macam tu and secretly pray dia dapat nombor Inspektor (Marco Rossetti). Dari menyampah dengan Veronica jadi suka dengan karakter alpha dan bitchy yang dipamerkan. 

Sinematografi dari Federico Masiero menggunakan setiap sudut di rumah tersebut dengan kreatif. Semua babak nampak cantik dan gah dengan visual keluarga yang kaya dan elegan. Terpukau tengok kostum beberapa watak dari awal cerita sehingga lah mereka semua berkumpul untuk sesi soal jawab dengan inspektor polis. Music score bersesuaian dengan elemen misteri yang dihidupkan sejak awal. 

Tak banyak klu yang diberitahu oleh penulis tapi bila tengok motif setiap watak dan rahsia yang diceritakan dah boleh teka siapa pembunuhnya. Cuma tak pasti sama ada apa yang dia bagitahu kepada semua adalah cerita sebenar ataupun tidak. Kelemahan pada filem ni bila tak ada langsung babak mana-mana watak siasat tempat kejadian ataupun mayat. 

Naskhah terbitan Warner Bros. Entertainment Italia ada potensi untuk mempunyai sekuel mahupun prekuel. Spin-off pun cun jugak sebab watak Susanna adalah detektif walaupun emosi dia terganggu bila mempunyai masalah peribadi. All in all, 7 Women and a Murder menarik untuk ditonton santai. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.