Ikan Kembung Kerabu Mangga Santai Kitchen, Sedap!

Thursday 19 January 2023


Tak pasti lah sejak bila restoran Santai Kitchen ni wujud di Lotus Mutiara Damansara sebab tengok dekat Google, dari tahun 2006 dah wujud tapi pada tahun 2023 baru tergerak hati nak merasa masakan dekat sini. 

Itupun kebetulan je masuk sebab restoran lain nampak macam tak menarik. Dekat restoran Santai ni nampak macam meriah. Bila tanya waiter, lama tak masa menunggu untuk order siap, dia kata sekejap je. Tak rushing nak ke mana pun tapi saja tanya macam tu takut nanti order kena tunggu lama sebab ramai. 

Sekarang ni kalau pergi makan memang cari kedai yang ada waiter untuk ambil order. Stress kalau pergi restoran yang kena order guna QR code sebab dah beberapa kali order tertinggal ataupun tak boleh nak request itu ini. Kalau waiter yang ambil order, boleh cakap nak pedas sikit ataupun nak kurang manis haa macam tu lah. 

Tengok menu dia macam menarik lah sebab ada makanan bergoreng dan makanan berlauk. Rasa teringin pula nak makan kerabu mangga sebab dah order tomyam campur. Masa tu order nasi putih 2, tomyam campur semangkuk, ikan kembung kerabu mangga, mini kailan goreng udang dan sepinggan telur dadar. 


Masa tunggu order siap tu dah nampak macam mana portion kerabu mangga dia sebab meja belakang order menu yang sama. Bila meja belakang rasa sampai terangguk-angguk sedap macam happy lah sebab buat keputusan tepat. Tapi itu lah, tekak orang mana sama dengan tekak kita kan. Kerabu mangga ni tak syok kalau terlebih cuka. Ada orang suka je cuka banyak. 


Bila rasa sendiri memang sedap, happy teruk dapat makan kerabu mangga sedap. Tapi tak syok sangat sebab ikan kembung dia garing sangat sampai keras nak makan. Kalau ikan kembung tu rebus memang cun teruk sebab air rebusan ikan bercampur dengan manis kerabu mangga. Fuhhhh. But no worries, garing macam tu pun habis licin jugak kitorang makan. 

Menu kerabu mangga ni boleh pilih sama ada nak guna ikan kembung, ikan bawal ataupun ikan siakap. Saja ambik ikan kembung sebab makan berdua je. Kalau makan ramai-ramai dah angkut ikan siakap dah. Tapi kalau nak order kerabu mangga kosong pun boleh je sebab yang kitorang order ni menu ikan sebenarnya. Ikan ada pilihan untuk masak pedas, kerabu mangga dengan apa entah lagi satu. 

Masa makan ni tengah hujan lebat dekat luar, so bila makan nasi panas dengan tomyam panas memang layan. Suka jenis tomyam dekat restoran Santai Kitchen ni sebab tak ada santan dan pekat kuahnya. Portion pun banyak untuk semangkuk tu. Banyak sebab ada lauk banyak bukan sebab bawang atau serai untuk penuhkan mangkuk. Berbaloi lah beli. 


Sembang pasal restoran Santai Kitchen ni, ruang agak selesa lah walaupun sempit laluannya. Makan berdua tak terasa sangat lah. Nak bayar pun mudah sebab ada option untuk cashless payment. Line dekat sini laju so tak ada masalah pun nak go cashless. Scan QR terus detect, masuk amaun tekan done, settle. Lepas ni memang akan repeat makan heavy dekat sini lagi. 

5 comments

  1. sedapnya kerabu mangga dia, makan dgn nasi memang bertambah la..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nasib baik makan dekat kedai, boleh control makan. kalau dekat rumah memang tambah nasi dah

      Delete
  2. dia punya mangga tu habis tutup ikan eh.. sedapnya

    ReplyDelete
  3. samalah pengalaman kita bab order guna QR Code tu. Kerabu mangga sedap memang rare tu. maybe tukang masak memanng orang Siam

    ReplyDelete
  4. Aduhai, nampak tempting bebenor kerabu mangga tu 🤤

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.