Blog Performance December 2022

Monday 2 January 2023


Happy new year everyone! 

Tahun 2023 ni tak buat azam lagi sebab berehat saja di rumah, spend time dengan family juga lepas penat bekerja siang malam. Bukannya buat dua kerja pun tapi sebab banyak OT gantikan orang yang dah keluar dan maternity leave. Tapi report card tetap jalan terusss!

1. PV


Memandangkan terlambat nak tengok statistik semalam, redho je lah ambil data ni pada 2 Januari 2023. Nasib baik tak ada yang komen jadi tak start lagi dapat data baru. Bulan Disember 2022 berjaya kutip 92 ribu pageviews sahaja walaupun ada banyak cuti sekolah. Nasib baik lah ada entry Mechamato, kencang jugak lah pada beberapa hari sebelum jatuh merudum bila dah ramai yang pergi bercuti. 

Good thing is, blog ni berjaya cecah 3.5 juta sebelum masuk tahun baru sepertimana dihajatkan pada bulan November 2022. Daily PV tak menentu sebab ada masa naik tinggi, ada masa jatuh sampai seribu saja sehari. Kalau tanya, berapa nak target untuk tahun 2023, jawapannya mestilah 4.5 juta or maybe boleh dapat sampai 5 juta tapi I takut nak target lebih dari angka tu sebab banyak benda tengah shaky sekarang. 

2. Posts


Rancak betul Movie Review : Qodrat dekat Popular Post untuk bulan Disember. Ingatkan Mechamato yang akan naik atas sekali sebab tengah trending sekarang. Tahniah untuk team Mechamato sebab jadi filem animasi kedua tertinggi jumlah kutipan selepas filem Frozen 2. Lagi RM7 juta saja untuk dapatkan tempat pertama. Pencapaian yang membanggakan lah sebab Mechamato adalah solo movie jadi tak mustahil lah Monsta akan berusaha lebih keras lagi untuk sekuel nanti sebab satu dunia dah nampak Mechamato. 

Berbalik ke Popular Post bulan Disember, nampak post wajib keluar hujung tahun - AR Post dan Registered Post muncul. Movie Hindustan pun rancak sebab movie Govinda Naam Mera dengan Freddy ni masuk Disney+ Hotstar. Bersyukur sangat blog ni jadi rujukan untuk movie dekat Disney+ Hotstar selain Netflix. I boleh buat senarai filem Hidnustan dekat Disney+ Hotstar pula lepas ni. 

Bila buat report card macam ni, bukan saja boleh tengok pencapaian blog sendiri, boleh juga nampak audience kita dekat mana dan boleh nampak entry apa boleh update. antara nak dengan taknak je tapi untuk I, antara ada masa dengan tak ada masa je. Mana nak buat review lagi, nak buat list lagi haihhh belum apa lagi dah mengah T.T

3. Bilangan Entri 


Alhamdulillah bulan ni berjaya jugak siapkan 60 entri sebab ada banyak press release sempena Krismas dan event. Kalau nak harapkan entry dari diri sendiri memang tersengguk lah. Banyak lagi review tak sempat buat sebab selalu OT. Kalau baca review tanpa media kit harap faham lah kenapa. Kadang dah ready nak touch up tapi datang pulak kerja baru. Benda macam ni memang susah nak kawal because you guys pun tahu entry review I macam mana. So I minta maaf sangat kalau kualiti tak sama macam sebelum ni. I try untuk siapkan cepat sebab I tahu ada yang mencari bila movie atau series keluar tapi cacat cela yang ada tu harap faham lah. 

Anyway, bilangan entri tahun ni mengatasi bilangan entri tahun 2022 walaupun review kurang 100 lebih dari tahun lepas. Berjaya jugak cross goal list I bila dah berjaya cecah 3000 entry so untuk tahun 2023, nak target 1000 entry pula sebab tahun ni berjaya up 736 entry. Nampak macam mustahil tapi berangan je dulu, dapat ke tidak kita sembang tahun depan.


Tahun lepas I bersyukur sebab dapat buat review untuk Astro dan production house, tahun ni pula berterima kasih dan terharu dengan kolaborasi, jemputan dan job dari Disney+ Hotstar, WebTV, WETV, SURIA KLCC, Yoodoo! dan siaran radio terkemuka - ERA, SINAR, GEGAR, ZAYYAN. Untuk international pula VPN Express. Mungkin tahun 2023 ada kejutan baru tapi kalau masih bekerjasama dengan semua nama ni pun I bersyukur sangat dah. 

Thank you to all my blogger friends yang banyak bagi sokongan dengan berbalas entry dan berkunjung ke sini. Readers secara sengaja atau tak sengaja sampai ke sini juga, terima kasih. Semoga tahun baru bawa kenangan dan pencapaian baru untuk kita semua. Stay safe everyone :)

7 comments

  1. Tahniah, FJ. Kita pun suka baca review movie kat sini.

    ReplyDelete
  2. Wah, hebat! Moga 2023 ni lebih murah rezeki dalam blogging

    ReplyDelete
  3. boleh tahan banyak entri tahun 2022, blog akk tak sampai 10 entri utk tahun ni.InshaALLAH, harap tahun 2023 boleh lebih rajin.huhu

    ReplyDelete
  4. tahniah Fana.
    kencang sgt ni, dik.
    jauh akak nak capai tahap awak.
    terbaik. inspiring.

    akak ni lebih story sendiri je.
    review ke hape ke, tak amik. tak aktif pon.
    tu yg sendu aje blog tu.

    namun akak suka la sebab meskipun pv akak tak kencang, adsense akak sgt baik dari dulu kala.
    pendapatan sehari di tahap yg boleh la akak banggakan.
    alhamdulillah.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.