Movie Review | Cikgu vs Hantu (2022)

Sunday 16 October 2022

 

Pengarah :  Liyana Jasmay

Penulis Skrip : Faten Syamimie

Pelakon : Dato’ Afdlin Shauki, Khir Rahman, Che Puan Juliana Evans, Shuk Sahar, Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Fathil Dani, Mohd Fadhli Masoot, Muhamad Muntazar Ghani

Syarikat Produksi : Mermaid Studios Sdn Bhd

Pengedar : Astro First

Genre : Seram / Komedi  

Durasi Tayangan : 104 minit

Tarikh Tayangan : 08 September 2022

Trailer :


Cikgu VS Hantu mengisahkan tentang permusuhan di antara Cikgu Daud (Dato’ Afdlin Shauki) dan Cikgu Samad (Khir Rahman) dalam merebut tempat menjadi pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bijak Bestari. Sesiapa di antara mereka berdua yang berjaya membawa dana sebanyak RM20,000 serta-merta layak menggantikan Cikgu Ahmad sebagai pengetua. 

Sementara Cikgu Daud mencari idea untuk sewakan beberapa tempat di sekolah tersebut kepada orang awam, Cikgu Samad pula guna networking berpengaruh dia untuk buat pinjaman. Namun, persaingan tersebut telah merapatkan hubungan mereka tanpa sedar apabila muncul hantu Cikgu Syima (Che Puan Juliana Evans) dan Ismail (Shuk Sahar). 

Cikgu Syima merupakan pengetua SMK Bijak Bestari pada tahun 80-an dan dewan lama tempat dia muncul semula adalah tempat yang tinggalkan banyak kenangan untuk dia. Sedih bila dia dapat tahu SMK Bijak Bestari dah banyak berubah dan dewan lama tersebut dikunci. Ismail pula hanya seorang janitor yang sempat bekerja selama sebulan sahaja pada tahun 1998. Kematian Cikgu Syima dan Ismail di sekolah mereka meninggalkan tanda tanya siapakah dalang yang membunuh mereka. 

Jalan cerita Cikgu vs Hantu adalah naskhah seram komedi pertama arahan Liyana Jasmay dan Mermaid Studios. Sebagai naskhah seram, Cikgu vs Hantu berjaya hidangkan beberapa babak yang mendebarkan dan mengejutkan terutamanya bila Cikgu Syima sakit hati dengan Cikgu Samad dan Cikgu Daud kerana mungkir janji. Masa Syafiq Kyle diganggu pun seram juga. 

Namun untuk babak komedi ada yang menjadi, ada yang tak perlu dimasukkan terutamanya lawak double meaning dari Ismail bila dia cakap Cikgu Syima lagi cantik kalau tak pakai apa-apa. Kalau tak silap naskhah Cikgu vs Hantu adalah tontonan umum jadi tak perlu rasanya ada lawak macam tu. Kenapa ambil Shuk Sahar berlakon haruslah jadi tanda tanya utama sebab dia tak pandai berlakon dan semua lawak dia hambar. 

Ada plot yang menjadi persoalan juga macam Cikgu Ahmad yang beria sangat minta dua orang cikgu bertanding bawa masuk dana sedangkan dia boleh saja dengan mudah buat aktiviti atau program di sekolah. Kenapa dia perlukan RM20,000 dalam masa yang singkat pun tak diceritakan dengan jelas. Misteri pembunuhan yang disimpan sehingga ke hujung cerita pun nampak lemah. Tak faham kenapa semua watak dekat sekolah tu tak rujuk pada yang pakar saja untuk beberapa masalah. Macam nak cari tukang paip minta Ucop (Zahiril Adzim) sedangkan dia cuma pengawal keselamatan. Nak betulkan kotak elektrik pun suruh janitor padahal bukan kena labur banyak pun untuk panggil technician atau TNB. Nak bersihkan dewan tak nak panggil cleaning service tapi suruh anak murid yang bersihkan. 

Kenapa Cikgu Samad dan Cikgu Daud beria balik lambat untuk tunjuk mereka cikgu yang berdedikasi sedangkan dah jelas kelayakan untuk jadi pengetua adalah RM20,000. Tak pasti lah pakaian pengetua zaman 80-an macam mana tapi yang pastinya bukan seperti yang Cikgu Syima pakai dalam filem Cikgu vs Hantu. 

Bukan saja konflik dua watak utama nampak merepek, bahasa yang digunakan pun terlampau ikut skrip. Pelakon macam baca buku teks untuk deliver dialog dalam beberapa babak. Patutnya naskhah santai macam ni, pelakon buat relaks je lah. Pendek kata banyak lagiyang perlu diperbaiki terutamanya pada skrip yang banyak menjejaskan penceritaan. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 =  5.4/10

3 comments

  1. Wah, Liyana Jasmay dah jadi pengarah ya. Nanti nak cari la cerita ni.

    ReplyDelete
  2. cikgu dulu2 banyak pakai kebaya dan sejenis baju macam kurung kedah, tapi fit dari baju kurung kedah tu. macam kurung moden la gitu

    ReplyDelete
  3. Part Syuk tu memang sokong sangat.. Tak perlu ada pun tak pe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.