Hilangkan Stress Dengan Permainan Mudah di Plays.org

Wednesday 12 October 2022

Dari kecil sampai sekarang memang suka sangat main permainan sama ada online atau offline. Kali ni jumpa port baru untuk main game secara percuma tanpa perlu install software ataupun bayar lepas habis trial pack. 

Plays.org mempunyai 3,000 permainan disediakan untuk para pengunjung secara alam maya mengikut kategori antaranya Pinball, Board Games, Simulation Games, Card Games, Arcade Classics, Mahjong Games, Awe Shoot!, Cartoon Games, Comics Games, Solitaire Games, Sports Games, Retro Pixels, Base Defense, Education dan Room Escape. 

Plays.org mempunyai lesen dari beratus game developer termasuklah beberapa game house yang terkenal seperti RavalMatic, QKY Games & Havana24. Kalau pengunjung ada nak bagi rekomendasi permainan yang belum ada di Plays.org pun boleh hubungi admin di alamat email yang terdapat di website. 

Bagaimana tercetusnya Plays.org ni bila dunia dilanda endemik Covid-19 secara mengejut pada tahun 2020 di mana ramai yang berkurung di rumah tanpa buat apa-apa. Disebabkan bosan, founder Plays.org wujudkan satu website yang mengandungi permainan mudah secara percuma untuk digunakan oleh seisi keluarga tanpa mengira had umur. 

Ibu bapa pun tak perlu risau sebab permainan yang disediakan tak ganas, mencolok mata ataupun menggunakan bahasa kasar. Permainan yang disediakan pun ringan dan mudah dimain sebab founder pun tak nak pengunjung rasa ketagih sampai abaikan kerja rumah dan tugas seharian. Hanya sebuah platform untuk luangkan masa, have fun dan kurangkan tekanan juga kebosanan. Semua ni diambil kira sebab founder juga seorang ayah jadi dia faham beberapa isu yang jadi kerisauan para ibu bapa bila anak terjebak dengan permainan alam maya. 

Selain menghilangkan bosan, founder jumpa kajian yang mengatakan main game bagus juga untuk otak sebab meningkatkan daya pemikiran. Nak menang mana-mana game pun kena ada strategi tersendiri, bukan main serang secara buta tuli kan? Main game masak-masak pun kena cari strategi untuk siapkan order dalam masa yang ditetapkan. 

“Even the heart-racing pressure you feel as your mate hunts you down in Fortnite Battle Royale turns out to be good for you: ‘Positive stress’ in the context of gameplay helps to motivate you while increasing your ability to focus IRL.” – Thom James Carter, Wired Magazine

Menariknya website Plays.org tak mempunyai sebarang iklan sebab founder ada dana dari beberapa projek lain jadi pengunjung yang datang untuk bermain permainan tak akan rasa terganggu. Tengah syok main mesti geram kan kalau tiba-tiba iklan keluar, nak pula kalau iklan yang ada suara. Memang kacau mood, habis hilang strategi kita dok plan dari awal tadi. Dekat sini bebas bermain tanpa risau. 

Tak perlu risau juga mengenai kebocoran data atau privasi maklumat peribadi sebab di website Plays.org cuma menggunakan Clicky untuk jejak data pengunjung. Data tersebut akan digunakan oleh founder untuk kaji permainan yang mana menjadi tarikan pengunjung. Kalau tengok dekat tab Favorite Plays haaa yang tu hasil data dari Clicky lah. 

I suka main game yang senang sebab tak nak stay lama depan PC macam game Snake and Ladders ni. Main board game ni renyah in real life sebab kita kena beli set permainan ada dadu dengan player icon tu. Kalau hilang dadu, tak boleh main dah lepastu hilang. Main dekat Plays.org ni tak payah serabut fikir sebab semua virtual. Kalau tak ada geng pun tak apa sebab boleh main dengan computer. Tapi tu lah mesti computer je nak menang setiap masa. 

Sebab ada 3,000 games dalam website ni jadi ambil masa yang lama lah untuk I explore semua game. So far I dah main crosswords puzzle bertemakan Easter, main Word Search dengan card games. Mencabar lah jugak sebab semua kalah tapi tak apa, ada ubi ada batas esok hari kita balas. For those yang mencari online games boleh lah menjengah ke Plays.org. Have fun playing 😊

5 comments

  1. ok gak ni...wat hilang2 stress

    ReplyDelete
  2. Nak pi terjah la nanti.
    Sejujurnya Mrs. A masih main pau dan candy crush muahahhaaa

    ReplyDelete
  3. baik sungguh founder tersebut....memahami kehendak manusia

    ReplyDelete
  4. waaa ni macam nak bukak sekarng je nii hehehe

    ReplyDelete
  5. Sesekali release tension dengan game online nie, syok gak..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.