Movie Review | Akhirat : A Love Story (2022)

Sunday 27 February 2022


Pengarah : Jason Iskandar
Penulis Skrip : Jason Iskandar
Pelakon :  Adipati Dolken, Della Dartyan, Verdi Solaiman, Windy Apsari, Ayu Dyah Pasha, Arswendi Nasution, Nungki Kusumastuti
Syarikat Produksi :   BASE Entertainment, Studio Antelope, Ivanhoe Pictures, Surya Citra Media, Trinity Optima Production
Pengedar : Netflix
Genre :  Romantik / Drama
Durasi Tayangan :  112 minit
Tarikh Tayangan :  28 November 2021 (JAFF), 2 Desember 2021 (Indonesia), 2 Februari 2022 (Netflix)
Trailer :


Akhirat: A Love Story mengisahkan tentang Timur (Adipati Dolken), seorang akuntan muda yang jatuh cinta kepada perempuan bernama Mentari (Della Dartyan). Kisah cinta mereka terhalang oleh kedua belah keluarga kerana perbezaan agama juga taraf hidup. 

Rahayu (Ayu Dyah Pasha), ibu Mentari adalah AJK Masjid sementara ibu Timur pula orang kuat di gereja. Masing-masing mempunyai pandangan yang sama tentang perkahwinan berbeza agama. Kalau satu agama sudah banyak pergaduhan tercetus, apatah lagi bila berbeza agama? 


Dalam perjalanan pulang ke rumah Timur dan Mentari dilanggar oleh lori dan keduanya dimasukkan ke hospital dan disahkan koma. Sementara di dunia lain, mereka berdua sembunyikan diri dari penjaga pintu Akhirat. Mentari dan Timur perlu masuk melalui pintu yang berbeza kerana berbeza pegangan agama. Di dunia tersebut mereka berjumpa Edith (Windy Apsari) dan roh lain. Masing-masing punya alasan yang tersendiri untuk merayau di alam tersebut sebelum menuju ke pintu. 


Idea perbezaan agama yang diketengahkan oleh dua watak utama nampak menarik dan segar namun olahan cerita masih lagi klise dan terlalu santai. Kita tak dihidangkan konflik yang mendalam ataupun apa-apa solusi selain dari berkorban. Jadi tertanya-tanya target audience filem ini buat siapa? 

Kalau targetnya adalah dewasa yang mempunyai konflik yang sama lantas solusinya apa? Kalau target audience adalah ibu bapa, mesej apa yang penulis dan pengarah Jason Iskandar cuba sampaikan? Tak ada langsung babak penerimaan dari mana-mana keluarga. Hanya ada babak penjelasan kenapa si ibu-ibu menegah perhubungan tersebut. Tegahan itu relevan. 


Mungkin penceritaan lebih kuat kalau sama-sama cari jalan untuk pulang ke dunia nyata dan fight kisah cinta mereka berdua. Tak perlu rasanya buat ending macam tu untuk hidupkan elemen dramatik sedangkan watak Timur berulang kali bagitahu keluarga dia tak perlukan dia. Kalau macam tu tak ada masalah lah untuk dia convert agama. 

Chemistry Adipati Dolken dan Della Dartyan tampak kuat tapi pace cerita terlampau perlahan dan tak banyak momen menarik untuk kita berada dalam dunia mereka berdua. Baik di dunia nyata mahupun dunia akhirat. Apa yang syoknya hidup ke sana ke sini berdua tapi tak ada arah tuju. Untuk tempoh masa sebulan dua mungkin bahagia tapi sepuluh tahun? 50 tahun? Tak ada ertinya. 


Transition yang digunakan dalam filem Akhirat oleh Fahrul Tri Hikmawan disunting dengan kemas, begitu juga dengan lighting dan beberapa shot untuk menghidupkan suasana romantik. Tak banyak yang perlu team visual fokus pada alam akhirat sebab pengarah cuma guna beberapa tempat dalam hutan yang berkabus. 


Lagu tema yang digunakan pun membantu menghidupkan babak sedih ataupun romantik antaranya Sayup Menjauh — Adikara Fardy, Jarak — Agustin Oendari & Ivan Gojaya dan Pilu Membiru — Kunto Aji. Filem Akhirat ada beberapa faktor kekuatan untuk jadikan naskhah romantik ni lebih menarik sayangnya skrip tak dikembangkan dengan lebih meluas dan hanya bergantung semata pada pengorbanan tipikal yang boleh dielakkan. Tak salah pun kalau pengarah keluar dari kebiasaan, cerita dia punya, imaginasi dia punya selagimana tak melampaui batas. 


Sayang lah bila filem yang menerima suntikan dana dari Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia untuk membantu industri perfileman yang terjejas dek Covid-19 tak digunakan sebaiknya. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.5/10

5 comments

  1. klise ye? ok i skip movie ni..hehe

    ReplyDelete
  2. tengok snapshot filem ni lawa-lawa jeee.. tapi kalau slow ceritanya takpelah, saya pass awal-awal

    ReplyDelete
  3. tengok jugak iklan dia..tapi takut tak tercapai akal jalan ceritanya, so skip je

    ReplyDelete
  4. Aduh.. sayangnya bila tak digunakan bantuan yang diberikan dengan baik..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.