IKEA | Scented Candle Sinnlig

Sunday 6 February 2022

Masa cuti thaipusam bulan lepas kitorang jalan-jalan dekat IKEA sebab nak mencari inspirasi untuk ruang dapur. Nak beli para dengan rangka jugak sebab barang dekat dapur makin banyak tapi tak ada tempat nak letak. 

IKEA waktu public holiday haruslah sesak but bearable lah. Dah puas jalan-jalan dekat tingkat atas, kitorang pergi lunch. Dah habis lunch dekat sana, cuba belek dekat bahagian scented candle. Entah sejak bila mula berkenan dengan scented candle ni. Bila stress, pasang lilin wangi ni confirm lega sikit dari rasa kusut tu. 


Ni pertama kali beli scented candle IKEA tanpa baca review dari mana-mana pihak. Tak payah baca review pun tak apa rasanya sebab satu section tu dah wangi sebab bau dari lilin ni je. Masa tu ada dua pilihan je sama ada bau raspberry ataupun vanilla. I ambik raspberry and vanilla for my sister. Harga untuk satu Sinnlig ni RM5.90. Not sure harga ni kekal ataupun berubah ikut musim. 


Harga scented candle iKEA lagi murah berbanding Mr. DIY sebab the latter cost around RM12.90 tapi bau dia tak lah kuat mana. Wangi tapi tak kuat. Alang-alang dah shopping dekat IKEA, I beli lah sekali candle holder warna pink ni sebab singgit lebih je hehe. Since kitorang just nak try try je, beli satu je lah dulu. Kalau berkenan nanti datang lah lagi. Boleh jadi alasan kukuh juga untuk ke IKEA lagi hehe

Scented candle IKEA ni I letak dekat meja kerja lah dalam rumah. So far bau dia tak lah strong sangat tapi yang vanilla tu kemain semerbak satu rumah bila nyalakan. Lepas ni mungkin I akan beli vanilla jugak untuk letak dekat office. 

Personally scented candle IKEA lagi berbaloi beli dari Mr. DIY sebab wangi dan murah. Kalau tak nyalakan pun cantik je disusun dekat para ataupun dekat kabinet. Love it!

7 comments

  1. pernah nak try. Tapi husband kata membazir sebab tahu bini dia tak rajin nak pasang . haha

    ReplyDelete
  2. lamanya x beli scented candle...

    ReplyDelete
  3. Lama tak membeli lilin IKEA. Dulu selalu beli yang 1 pek ada banyak tu. lavender, apple dan vanilla. Berbaloi beli daripada beli tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni yg kekecik tu, fiza.
      aida kalau beli sekali, byk pek.
      apple is nice. feveret kak Nurin :)

      Delete
  4. Kalau bau semerbak, memang berbaloilah dibeli.. Syok bila bau wangi satu rumah..

    ReplyDelete
  5. aida memang beli scented candle ikea.
    tapi yg kekecik tu, Fana.
    nice je bila dipasangkan.
    candle holder aida pun ikea, yg white colour ala-ala lantern tu.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.