Drama Review | Chimera (2021)

Wednesday 9 February 2022

Director : Kim Do-Hoon

Writer : Lee Jin-Mae

Cast :  Park Hae-Soo, Lee Hee-Jun, Soo-Hyun, Cha Joo-Young, Nam Gi-Ae, Kang Shin-Il, Heo Joon-Seok

Production Company : N/A

Distributor : OCN

Genre : Action / Thriller / Crime

Running Episodes : 16 episodes (1 hour per episode)

Release Date : 30 October 2021 - 19 December  2021

Trailer : 


Kedatangan FBI profiler dari UK, Eugene Hathaway (Soo-Hyun) disambut dengan kes letupan yang disebabkan oleh gas oksigen. Kes yang pelik sepanjang karier dia. Apabila diselidik kes tersebut bukan yang pertama kali berlaku kerana kes letupan ini pernah berlaku 35 tahun yang lepas dan digelar sebagai Chimera. 

Mengikut kepercayaan mitos Greek, Chimera adalah makhluk campuran dari 3 ekor binatang iaitu singa, kambing dan naga di mana raksasa betina ini mempunyai nafas api. Kalau ikutkan pada siasatan kes tersebut, dalang Chimera telah pun ditangkap dan bunuh diri beberapa hari kemudiannya dalam tahanan akibat rasa bersalah. 

Jadi besar kemungkinan kes letupan yang berlaku sekarang adalah palsu ataupun cuma kebetulan. Namun kepulangan  Dr. Lee Joong-yeop (Lee Hee-jun) mematahkan teori tersebut bila latar belakangnya merupakan anak kepada dalang kes Chimera 35 tahun tersebut. Detektif Cha Jae-hwan (Park Hae-Soo) bekerjasama dengan Eugene untuk menyiasat kes Chimera sekarang. 

'If you want to hear the truth, you must also share the truth. Establishing rapport. You know that.' - Dr. Lee Joong-yeop

Excited nak layan drama ni bila drama Chimera tersenarai dalam Best K-Drama untuk tahun 2021 tapi kecewa bila tengok beberapa episod awal disebabkan watak Detektif Cha yang lemah. Meleret rasa kecewa sehingga ke hujung cerita sebab kedua-dua watak utama tak dikembangkan dengan bagus berbanding watak-watak sampingan. 

Tak faham macam mana watak Detektif Cha jadi watak utama sedangkan dia tak mampu connect the dots?! Kalau dalam drama penyiasatan yang lain ataupun drama berlatarkan anggota polis, mesti ada perjalanan kes yang diletakkan pada board tapi dalam Chimera ni tak ada langsung. Lepas watak Ko Gwang-soo (Heo Joon-Seok) datang ambil alih baru nampak ada board tu dan cara kerja lebih sistematik. 

Kebanyakan scenes leading roles banyak bergantung pada input yang mereka dapat dari wartawan Hyo-kyung (Cha Joo-Young) ataupun watak sampingan yang lain. Walaupun Detektif Cha nampak hint utama depan mata tapi masih lagi tak nak percaya sedangkan dia detektif dan watak utama? Macam scene dia nampak gambar Chimera sebenar tapi abaikan je walhal dari situ dia dah boleh dapat maklumat baru. 

Sama juga dengan Eugene yang gagal menyerlah dengan kepakaran sebagai profiler FBI sebaliknya banyak terarah pada emosi. Muka tebal pulak tu guna quotes dari Dr. Joong-yeop untuk diletakkan dalam novel dia tapi tak faham pun apa maksud quotes tu? Boleh nampak kenapa bos dia hantar ke Korea untuk muhasabah diri. Itupun sampai ke sudah dia tak berubah sebab dia ada unnecessary judgmental minded. Watak dia tak perlu ada pun tak apa sebab tak membantu langsung dalam kes Chimera ni. 

Kekuatan drama Chimera terbitan OCN ni hanyalah pada keunikan cerita yang menggunakan formula kimia sebagai senjata. Siapa sangka oksigen boleh meragut nyawa dan menghasilkan letupan besar dan juga air boleh menghasilkan api untuk membakar badan manusia sehingga rentung? Misteri dalang Chimera 35 tahun lepas dan juga Chimera sekarang disimpan dengan baik sehingga ke akhir cerita. 

Sinematografi pun mengagumkan juga bila cameraman tahu angle mana yang menambahkan impak khususnya pada watak tertentu macam scene Dr. Lee bila anak buah Hahm Yong-Bok kepung dia dekat kawasan terpencil. Scene dia bangun lepas kena belasah tu wahhh macho betul sampai I dah jadi team Chimera lepas tengok kebodohan watak Detektif dengan Eugene bertimpa-timpa. Tapi kalau ikutkan dua-dua Chimera tak salah pun tapi jadi mangsa pada kebobrokan sistem. 

Tapi kekuatan tu tak dapat tutup kelemahan jalan cerita sebab di episod awal pun kita dah boleh nampak Chimera adalah perempuan muda dek kerana fizikal dan ketahanan stamina dia. Tapi observation ni tak digunakan langsung dalam siasatan. Bila dia asyik syak Dr. Lee adalah Chimera memang terserlah benar kelemahan dia sebagai Detektif. Mitos Chimera sendiri adalah raksasa betina jadi kenapa dia nak fokus pada lelaki?

Sama juga dengan casting director yang bawa Soo-Hyun masuk ke projek Chimera ni sedangkan dia tak ada American accent bila bertutur Hangeul untuk seorang yang membesar di US tanpa ada saudara di Korea Selatan. Watak Bae Seung-Gwan (Woo Hyeon) paling kelakar sebab mengecut bila dah tua. Setiap kali dia muncul tak boleh nak feel amarah atau ketegangan tu sebab teringat dia mengecut. 

Overall drama Chimera antara drama yang mempunyai potensi untuk jadi yang terbaik tapi tersia dek kerana kelemahan team production dari pelbagai aspek. 

1. Team Production +0.2, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.7/10

7 comments

  1. Dah masuk dalam list, tq for the review, FJ.

    ReplyDelete
  2. Ada masuk dalam list, tapi belum mampu menarik minat untuk tonton. Slow ngat~

    ReplyDelete
  3. storyline dan modus operandi dia memang best tapi watak dalam dia tak strong macam jalan cerita. geram dgn cha jae hwan sebab asyik terlepas klu padahal dia dah bertembung dgn penjenayah. dari situ pun dah boleh agak penjenayah dia wanita sebab tgk fizikal dia tapi itulah banyak sangat benda yg distracting dalam drama ni. but still i suka jalan cerita dia..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA kannnn! Geramnya lah macam mana dia boleh jadi detektif? eloklah dia bercinta dengan eugene tu hahaha. Excited masa tengok pasal kimia dengan dua watak sampingan Dr. Lee dengan wartawan tu.

      Delete
  4. Tengok pelakon best best. Nanti nak carilah tengok Chimera ni :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.