Boosted and Wasted

Sunday 6 February 2022

Bulan lepas dapat appointment untuk suntikan dos penggalak di PPV Primer Cherang, Emporis jam 3 petang. Suka betul bagi jam 3 petang ni sejak dos 1, tak tahu lah kenapa. Cursed, maybe. Masa dapat appointment ni berbelah bahagi nak pergi ke tak sebab lepas suntik dos kedua tu dada jadi ketat, susah nak tidur dan cepat mengah. Kalau booster entah macam mana lah gamaknya. 

Dekat bahagian bawah appointment tu ada link untuk confirmkan attendance. Sampai tarikh sebenar, 23hb Januari 2022 tak tekan langsung link tu. Tak habis fikir lagi nak pergi ke tak. Tiap hari jugak nampak tweet pasal AEFI dengan kesan sampingan lepas suntikan dos penggalak. 

Sudahnya whatsapp Puteri, koordinator PPV Primer Cherang tu untuk tangguhkan temujanji. Dapat penangguhan sehari je hmmm hek eleh sangat. Ingatkan dia nak bagi seminggu atau dua minggu kemudiannya sebab ramai yang kata kalau terlepas, makan masa jugak nak dapat tarikh baru. 

Malam tu around jam 9 malam ternampak berita iKON kena Covid-19 bila DK, Jay dengan Yunhyeong demam dan sakit tekak. Satu group buat test tapi 3 orang je disahkan positif. Semua diarahkan untuk kuarantin. Kucar-kacir whatsapp boss kecik bagitahu esok tak masuk office sebab nak pergi ambil booster :')

Adik pun dapat tarikh yang sama tapi tempat berbeza sebab dia dapat dekat Klinik Siti, 5 minit dari Emporis. Masa datang tu tak ramai sangat pun mungkin sebab AZ dah habis stok. Yang ada masa tu Pfizer je. I memang #TeamPfizer dari Dos 1. Tak memilih pun tapi memang dah dapat yang tu kita terima je lah. Dapat Pfizer pun bukannya dijamin selamat pun sebab sepanjang tu sakit dada. 

Takut gila nak booster, buatnya collapse dekat situ tak pun tergolong dalam kes AEFI, dah satu hal pula nak menanggung kos perubatan sebab kerajaan tak tanggung semua kesan sampingan. Tapi ni salah satu ikhtiar untuk virus Covid-19, nak tak nak redah je lah. Lambat atau cepat nanti masuk ke tanah jugak. One shot tu bagus lah tapi kalau nak menderita lama sampai kena keluar duit banyak tu yang leceh sebab misykinnnn :')

Booth booster dekat PPV Primer Chemerang ni memang low budget je lah sebab pakai batang paip dengan kain sebagai langsir. Nasib baik lah masa tu dapat doktor perempuan, terjaga lah aurat masa suntik booster tu. Sama je lah proses dengan sebelum ni. ambil nombor giliran, check masalah kesihatan lepastu inject. 

Masa dekat kaunter check masalah kesihatan tu dia minta tunjuk MySejahtera untuk sahkan kedatangan. 

'Saya patutnya semalam tapi minta anjak tarikh. PPV bagi tarikh harini'

'Alamakkkk! Anjak tarikh?! Aduhhhh!'

I diam. Mungkin dia nak buat lawak tapi malasnya nak layan. 

'Hehe boleh je anjak. Nanti saya update hehe'

T.T

Dah habis inject tu terus update MySejahtera then balik rumah. Tak ada pun tempoh observation macam Dos 1 dengan Dos 2 dulu. Belah petang tu dah mula rasa sakit dekat tempat cucuk sebab mula ada benjol keras. Badan tak panas pun mungkin sebab gigih minum air berbotol sebelum dan selepas inject tu. 

Cuak jugak lah nak tidur sebab sakit satu hal, takut demam satu hal jugak. Sebab ramai yang share pengalaman cakap diorang demam panas, cirit-birit lepastu muntah start jam 3 pagi. Alhamdulillah tak ada apa pun sepanjang tidur sampai bangun pagi. 

Tapi perut dah mula rasa bergas. Sepanjang hari sendawa gas dan kentut bersepah. Ni macam zaman sekolah dulu, masa gastrik tengah teruk. Petang tu dah mula cirit-birit sampai lah esok pagi. Gamble je pergi kerja dengan condition macam tu sebab dah lama sangat cuti. Kalau rasa makin teruk order Grab je lah balik rumah. Nasib baik lah pergi kerja sampai ke malam tu tak ada apa dah cuma tangan je tak hilang bengkak. 

Lepas seminggu baru everything back to normal balik. So tu je lah experience I lepas ambil booster. No AEFI or bad symptoms appear cuma tu lah mungkin akan gastrik balik. Kena jaga makan je lah lepas ni dengan jaga waktu tidur. Alhamdulillah lepas booster tak ada rasa dada ketat macam sebelum ni. Mungkin sebab badan dah kenal vaksin ni. Mungkin.... 

Siapa yang belum ambil dos penggalak tu, kalau takut nak ambil tak payah la ambil tapi amalkan healthy lifestyle, jaga kuantiti tidur dan stress. Minum air banyak dan berjemur bawah matahari sekerap yang boleh. Omicron dah mula bertandang ni, harapnya kita terlindung lah. Kalau terkena pun tak lah sampai masuk kategori 3 dan ke atas. Be safe everyone :)

5 comments

  1. i pun dapat temujanji tapi malas nak tekan lepas beberapa hari baru walk in je nasib baik la orang xramai kat ppv yg i dapat tu. xde pula org tu ckp apa2 pasal datang tak ikut date..hehe

    ReplyDelete
  2. dah amik booster tahun lepas. demam 2 hari jugaklah dengan sakit kepala. nasiblah tak pergi kerja lagi waktu tu..huhu

    ReplyDelete
  3. kita baru je dpt tarikh... x sure lg nak pi ke idokkk, dh la next day tu ada paper, risau jgk kalau ada side effects yg teruk ke apa haihh konflik laah

    ReplyDelete
  4. Baru reject harituuu, tak pi pi lagi klinik untuk cucuk booster sebab tak sempat. Tapi itulah, kadang kadang takut bila baca pengalaman orang lain kannn

    ReplyDelete
  5. Syukur tak ada kesan yang teruk. Risau nak ambil booster ni kan. Alhamdulillah last year settle dah. Tulah tu, kena jaga kesihatan betul betul jaga pemakanan dan lifestyle yang sihat.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.