Manggis Ratu Perak

Friday 23 July 2021

 

Minggu lepas boss minta tolong carikan siapa pengirim Manggis Ratu Perak ni sebab dekat parcel tak ada nama so dia tak berani nak makan. Tak ada siapa pulak tu yang call tanya parcel dah sampai ke belum. Korek punya korek turns out parcel ni dari top client. 

Sebab terliur tengok poster dia, boss kecik datang bawak manggis ni sebab dia dapat jugak. Dalam satu parcel ni ada 50 biji buah manggis. At first I dengan Ain plan nak order sendiri manggis ni sebab teringin tapi dah boss kecik dah bawak, kitorang cancel lah niat tu. Benda boleh dapat free, buat apa nak keluar duit sendiri kan? Hshshshs


Manggis dia cantik sebab warna ungu pekat lepastu shiny kemain. Even dah kena pos pun kulit dia tak lebam ke apa. Maintain keras. Bila bukak isi dekat dalam fuhhh melepak. Memang patut lah nama dia ratu bila isi manggis tu masuk dalam mulut. Rasa dia manis. Hari tu tak tahu lah berapa kali ulang-alik pergi pantry makan buah manggis ni. Sedaapppp! 


Sebab happy makan buah manggis ni so I share dekat sini mana lah tahu ada yang nak jugak kan lagipun owner Manggis Ratu ni pun suruh share dekat social media. Masa makan ni terfikir jugak nak kutip kulit manggis bawak balik rumah ke tak sebab dulu masa kecik-kecik mak cik selalu buat lulur badan guna kulit manggis. Tapi tu lah, yang rajin tu makcik I bukannya I so kulit manggis tu buang je lah hahaha dasar pemalas 

3 comments

  1. dah lama tak makan buah manggis. sedapnyaa :)

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan manggis, hahahaha kalau saya sama lah dengan ana, yang rajin nya orang lain, diri sendiri malas, so baik buang jelah. Nak buat nya tak tahu bila, sempat buruk dulu la kulit manggis tu hahaha

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak makan buah manggis rasanya.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.