Ketagih Makan Dumpling Sarawak

Tuesday 6 July 2021

 

Sebelum ni selalu nampak Dumpling Sarawak ni berkeliaran dekat timeline IG ataupun Facebook sebab Efa meniaga dumpling jenis ni. Dari beberapa pek sehari, sekarang ni dah bertindan pek dumpling Sarawak ni penuh atas meja dia. 

Memang dah lama nak try sebab asyik dok nampak je, mula lah teringin kan? Kebetulan dia open order masa tu terus selit order. Alang-alang nak guna Lalamove dengan caj RM24 sebab KL-Selangor, baik ambik pek yang besar terus. Boleh bagi dekat jiran sebelah ataupun kawan office yang datang masa tu. Sekarang kan kena bekerja ikut syif, so tak semua orang ada kerja waktu yang sama. 


Disebabkan beli pek besar, Efa bagi extra pek kecik Dumpling Sarawak tu. Mungkin sebab ada lebih kot ataupun hadiah sebab beli banyak hehe. Kalau box besar RM30 ada 35 pieces dumpling. Kalau beli box kecil ada 10 pieces dengan harga RM10. Kira berbaloi-baloi lah beli box besar lepastu dapat hadiah pek kecil. Rezeki terpijakkkkk!


Kalau yang tak tahu rupa Dumpling Sarawak tu macam mana, ni gambar close-up dia. Lupa nak ambil gambar inti dalam sebab dumpling ni sedap sangat. Inti dekat dalam tu ada udang kering, lobak merah dengan ubi sengkuang. 

Topping dumpling Sarawak ni bawang putih goreng. Tak tahu lah macam mana proses masakan dia tapi sebagai orang yang tak suka bawang putih, bila makan dumpling Sarawak ni, rasa dia blend and compliment each other. Ada rasa manis, ada rasa crunchy lepastu cicah dengan sos cair terasa pedas-pedas dia memang sedap lah. Makan masa panas lah paling sedap. 

Disebabkan beli box besar even dah share dengan kawan office lepastu dah bagi half dekat jiran sebelah pun tetap banyak dumpling ni. Takut jugak kalau simpan dalam fridge dia tak tahan lama. Bila contact Efa, dia kata boleh tahan seminggu. Tapi dua hari je tahan sebab semua dumpling Sarawak ni dah masuk perut. 

Lepas ni memang repeat lagi lah bila craving nak makan Dumpling Sarawak ni. Thanks Efa sebab bagi service the best, susun cantik-cantik siap bagi extra small box lagi. I'm a happy customer ❤🌸

8 comments

  1. Sedappppnyaaaaa!
    Suka makan inti dumpling je, yang luar tu tak makan hahahaha.

    ReplyDelete
  2. sedapnya..tak pernah lagi merasa makanan sarawak ni..

    ReplyDelete
  3. Kena mkn dgn chopstick ni br mantul 😂😂 dulu2 org cina je jual ni skrg org melayu pn dh ramai jual.. sedap kn esp kalo sosnya pedas2 manis

    ReplyDelete
  4. tak pernah nampak..apa lagi mencuba...

    ReplyDelete
  5. Pertama kali tengok dumpling Sarawak. Nampak sedap ni.

    ReplyDelete
  6. Pertama kali nampak dumpling Sarawak ni.

    ReplyDelete
  7. Aduh.. menggoda sungguh presentation dia..
    Teringin pula nak rasa.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.