Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

Thursday 13 May 2021

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan blogger dan loyal readers blog ni. Disebabkan raya tahun ni kita semua dikurung, so tahun ni duduk dekat rumah layan movie je. Beraya dengan family pun guna video call je sebab tak dapat balik Sabak Bernam. 

Raya tahun ni kalau ikutkan nak shopping baju raya masa minggu terakhir sebab kebiasaannya pun memang macam tu tapi dah semua mall masuk dalam senarai HIDE lepastu PKP, terus hilang rasa nak shopping baju raya. Tengok je lah orang lain melaram sebab kita tak ada baju raya. Nak recycle pun tak boleh sebab berat naik :(


Jangan kata baju raya, kuih raya pun tak ada tahun ni. Ada je beli tapi kuih tak sempat nak dihantar sebab colleague masuk hospital pulak. Nasib baik la ada kerepek raya dari Ms Dayana. Boleh lah nak buat jajan masa tengok movie. Terima kasih dekat Kak Shida sebab bagi poskad raya yang cantik. 


By the way thanks RRM Penang untuk hamper raya tahun ni. Ikutkan nak bagi kad raya jugak dekat beberapa orang terpilih tapi bulan puasa ni sibuk lain macam dengan PKP yang diumumkan mengejut terus hilang mood. Zalim ke kerajaan ni? Entahlah. 

Anyway selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Semoga lebaran tahun ni melebarkan kasih sayang kita semua untuk jaga diri, keluarga, kawan dan kenalan dari virus Covid-19. 

6 comments

  1. Fikir yang baik² in Shaa Allah semoga yang baik² juga kita dapat. Aamiin

    Walaupun terpaksa berkurung raya tahun ni. Raya tetap raya, selamat hari raya yer

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut raya PKP
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin! :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.