MBG Fruit Shop, LRT Bangsar

Sunday 4 April 2021

Masa pergi training dekat Menara UOA Bangsar, antara salah satu benda best adalah MBG Fruit Shop outlet yang terletak berhadapan dengan entrance LRT Bangsar. First day training tak sempat nak beli sebab dah lambat untuk daftar masuk tapi hari kedua dengan ketiga dah happy sebab dapat breakfast dengan jus. 


Tak pernah tahu MBG pun ada jus sama macam dekat Boost. My fav is Immunity Juice - gabungan tembikai, strawberry dengan oren. Yang bestnya dekat sini harga dia lebih murah dari Boost dan lebih sedap sebab buah dia fresh. Pernah la dapat jus Boost rasa buah tu dah nak masam. 


Semua jus minuman dekat MBG ni dikategorikan ikut harga so senang lah nak pilih ikut cash dekat wallet memasing. Hari kedua tu dapat lah minum Immunity Juice. 


Tapi hari ketiga tu tak dapat sebab buah tembikai dah habis. Buah yang lain dekat outlet tu pun banyak yang dah habis so try lah minum jus baru, mana tau jadi fav pulak lepas ni. Belek punya belek nampak jus gabungan buah naga, epal dengan oren. 


Anddddd it's donnnneeee! 

Not bad lah rasa dia walaupun tak sesedap Immunity Juice tapi okay lah. Murah seringgit dari semalam, warna pun cantik haha 

Lepas ni kalau pergi Citta Mall boleh la order Immunity Juice dekat situ pulak. Tak pernah perasan walhal selalu pergi sana. Maybe lepas ni kena bukak mata besar sikit masa berjalan tu hehe

7 comments

  1. waahhh...sedapnya jus...akak tak suka makan buah..tapi kalau dah jadi juice ok...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try lagi minuman kat situ. Pertama kali tahu tentang kedai tu.

    ReplyDelete
  3. sihatnyaaa breakfast dengan jus je..hehe

    ReplyDelete
  4. menang dengan mudah bermain di IONQQ
    ayo segera daftar dan coba
    WA; +855 1537 3217

    ReplyDelete
  5. Ehhh ada ek dekat citta mall tu. Tak perasan pulak.

    ReplyDelete
  6. Kalau dia buka kat banyak tempat mesti laku ini.. Harga dia tak mahal sangat..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.