Astro Prima Menjadi Platform Rakyat Malaysia Bersinar Menerusi Suara Viral 3.0

Wednesday, 20 July 2022

Astro Prima kembali menonjolkan bakat-bakat terpendam negara dalam Suara Viral 3.0. Musim kali ini diteruskan dengan mempertaruhkan para peserta daripada pelbagai latar belakang yang pernah tular di media sosial kerana memiliki bakat nyanyian yang luar biasa. 

Pertama kali dilancarkan pada tahun 2020, rancangan ini berjaya memperoleh jumlah tontonan sebanyak 3.4 juta di Astro Prima dengan lebih daripada 600 ribu minit tontonan di platform penstriman On Demand dan Astro GO pada musim keduanya. Suara Viral 2.0 juga telah mengecapi hampir 800 ribu tontonan untuk semua klip promosinya di platform digital RiaX dan Astro Gempak. Kejayaan yang diperoleh menjadikan rancangan ini sebagai platform pilihan utama bakat-bakat terpendam tanah air untuk melebarkan bakat mereka dalam industri kreatif ini. 

Pencarian bakat untuk Suara Viral 3.0 telah dilakukan secara dalam talian. Ujibakat ini dianjurkan menerusi penyertaan yang dihantar ke platform SINAR dan Astro Gempak berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan pada bulan Julai dan Ogos 2021.

Daripada hampir 1,000 video ujibakat yang diterima, 42 peserta telah dipilih termasuk penyanyi solo, duo atau berkumpulan (dalam bentuk band, busker atau penyertaan keluarga yang tidak melebihi enam orang ahli) berumur 18 tahun ke atas untuk berentap dalam musim ketiga selama tujuh minggu. Enam peserta akan bersaing antara satu sama lain dalam setiap minggu dan juara mingguan akan mara ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir untuk menjadi juara keseluruhan. 

Antara keunikan yang dibawa kembali dalam musim ketiga adalah pengunaan konsep ‘Tangga Viral’ di mana setiap peserta akan memulakan persembahan mereka di anak tangga yang teratas dengan hanya menunjukkan bayangan silhouette mereka kepada para juri. Cabaran bagi setiap peserta merupakan kehebatan suara mereka dalam menarik perhatian setiap juri untuk menekan butang buzzer yang akan menyalakan lampu di setiap anak tangga sehingga ke anak tangga yang terakhir. Identiti dan wajah setiap peserta hanya akan didedahkan sekiranya kesemua enam orang juri menekan butang buzzer mereka sekaligus lantas membawa peserta ke tengah pentas. 

Nasib setiap peserta terletak pada kehebatan nyanyian mereka. Penjurian dan pemarkahan pada kali ini diteruskan dengan menggunakan sistem liga berdasarkan pemarkahan sepenuhnya daripada pihak juri profesional.

Bersiaran selama 10 minggu, Suara Viral 3.0 mengekalkan gandingan hebat antara penyampai radio ERA, stesen nombor satu negara, Danial Zaini bersama penyanyi, pelakon, penulis lagu dan komposer berbakat, Naim Daniel sebagai hos utama rancangan. 

Manakala barisan juri pula masih digalas oleh nama-nama besar seperti Dato’ Hattan, Marsha Milan, Aina Abdul dan Haqiem Rusli. Suara Viral 3.0 juga turut menampilkan bakat-bakat hebat industri seni tanah air sebagai juri jemputan termasuk Mawi, Sarah Suhairi, Ara Johari, Sean Lee, Kaka Azraff, Didie Alias, Amy Search, Sharif Zero dan banyak lagi.

Pemenang mingguan akan membawa pulang RM1,000 selama 7 minggu dan juara keseluruhan akan memenangi hadiah wang berjumlah RM10,000 beserta trofi.  

Suara Viral 3.0 akan bersiara selama 10 minggu mulai 20 Julai hingga 21 September, setiap Rabu, jam 9.00 malam secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (105). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan ini di Astro.

Dalam pada itu, SINAR tampil sebagai Rakan Radio Rasmi ‘Suara Viral 3.0’ dan Astro Gempak sebagai Rakan Digital Rasminya untuk musim ini.

PETIKAN KENYATAAN RASMI 


Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Prima

“Penglibatan yang sangat aktif di kalangan rakyat Malaysia merupakan mengapa kami membawa rancangan ini untuk musim ketiga. Sejak daripada Suara Viral 2.0 lagi, kami telah mendapat banyak permintaan daripada para peminat untuk melanjutkan sesi audisi secara dalam talian kerana masih ada ramai yang ingin menyertai rancangan ini. 

Alhamdulillah, Suara Viral 2.0 telah mengecapi pelbagai kejayaan dengan jumlah tontonan sebanyak 3.4 juta. Minat dan sokongan merekalah yang memberi kami inspirasi untuk terus mencari lebih banyak bakat nyanyian dalam negara kita. 

Suara Viral untuk musim kali ini diteruskan dengan format yang sama. Bersiaran selama 10 minggu, rancangan ini memberi peluang kepada para peserta untuk memasuki bidang seni suara, bukan sahaja menerusi media sosial tetapi secara profesional dengan bantuan para juri yang ada. Nyanyian mereka akan diadili barisan juri yang berprestij serta dikagumi ramai. 

Suara-suara yang bakal diperdengarkan dalam rancangan ini datang daripada mereka yang telah tular di media sosial. Ada yang menyanyi secara solo, ada yang menyanyi sebagai duo dan ada juga berkumpulan. Yang pastinya mereka datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza tetapi mempunyai impian dan minat yang sama. 

 Rancangan ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk mempamerkan bakat-bakat tulen yang tidak bergantung kepada populariti mahupun kedudukan sosial mereka, malah menitikberatkan usaha mereka sendiri dalam menonjolkan persembahan yang mampu menarik hati para juri. Sesungguhnya inilah usaha kami untuk membantu mereka agar lebih dikenali dalam pesada hiburan negara ini. 

 Bukan itu sahaja, rancangan ini juga berperanan memberi inspirasi kepada mereka di luar sana untuk mengejar impian walaupun tidak mempunyai asas yang kukuh. Pastinya mereka akan turut mengejar impian mereka setelah melihat sukses peserta-peserta Suara Viral.

Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam rancangan ini, secara dalam talian ataupun bersemuka sehingga menjadikan rancangan ini antara rancangan pilihan utama dalam kategori pertandingan nyanyian. Saya berharap penonton-penonton sekali lagi akan memberi sokongan yang padu terhadap peserta-peserta baharu dalam rancangan musim ketiga ini.

Akhir kata, saya harap rancangan ini mampu menghiburkan semua, tidak kira tua atau muda, apa jua status sosial atau ekonomi dengan pengisian yang seronok namun dipenuhi dengan aspirasi dan inspirasi.”

 














Drama Review | Imitation (2022)

Tuesday, 19 July 2022


Director : Han Hyun-hee
Writer :  Choi Sun-young, Kim Min-jung
Cast : Jung Ji-so, Lee Jun-young, Jeong Yun-ho, Park Ji-yeon 
Production Company : Hidden Sequence
Distributor :  KBS, Netflix
Genre :  Romantic / Drama
Running Episodes :  12 episodes (60 minutes per episode)
Release Date :  7 May 2021 – 23 July 2021
Trailer :



Tahun lepas memang banyak video TikTok diambil dari drama ni tapi baru sekarang dapat tengok. Reason utama tengok pun sebab ternampak ada Jun U-KISS dalam trailer. Rupanya dia watak utama. Tak tahu pula dia aktif berlakon lepas U-KISS dah menyepi. Nampak San dengan Jongho ATEEZ juga dalam trailer terus tekan button play dekat Netflix hshshs

Drama yang diadaptasikan dari webtoon Imitation hasil karya Park Kyung-ran berlatarkan kehidupan trainee dan idol group di Korea Selatan. Dalam drama sebanyak 12 episod ni boleh nampak lah macam mana azam belia di Korea Selatan yang bercita-cita untuk jadi penyanyi. Kenapa ramai yang berebut untuk debut dalam idol group syarikat besar boleh jamin masa depan yang cerah dan kenapa terseksa debut dalam syarikat kecil seperti watak Lee Ma-ha (Jung Ji-so). 


Sudah lah ditolak pergi ke syarikat kecil, baru saja nak debut dapat pula berita bekas ahli bunuh diri. Terpaksa lah dibubarkan kerana tiada syarikat yang mahu terlibat dengan skandal tersebut. Tak putus asa, Ma-ha berlakon sebagai ekstra dalam drama ataupun ambil gig kecil dengan impersonate penyanyi terkenal, La Ri-ma (Park Ji-yeon). 

Bila pengurus lari tinggalkan Ma-ha di set penggambaran di kawasan terpencil, Ryoc (Lee Jun-young) tawarkan untuk hantar dia balik dengan selamat. Rasa bersalah juga sebab dia cederakan Ma-ha tanpa sengaja di set. Tapi polisi syarikat NOG Entertainment halang untuk dia berbuat demikian sebab khuatir reputasi sebagai idol terjejas. Tambahan pula Ryoc adalah ahli kumpulan SHAX yang popular dan mempunyai ramai peminat juga sasaengs (peminat fanatik). 


Ryoc tak kisah pun dengan peminat sebab dia dah lemas hidup dihurung peminat sampai privasi diganggu tapi dia tak boleh pentingkan diri bila 4 orang ahli kumpulan lain akan terjejas sama. Dalam diam sebenarnya Ryoc dah lama jatuh hati dengan Ma-ha sejak dia belum jadi trainee lagi tapi macam mana dia nak bagitahu perasaan dia kepada Ma-ha? Kalau peminat dia serang Ma-ha? 

Penceritaan Imitation ni lebih terarah pada kisah cinta Ryoc dengan Ma-ha tapia da sub-plot lain yang dimasukkan untuk menambahkan elemen drama. Tak tahu kenapa penulis lebih berminat untuk guna genre drama walhal dia boleh adun dalam templat komedi yang lebih menarik macam drama Sh**ting Star (2022)


Kalau kisah cinta Ryoc dengan Ma-ha yang jadi sub-plot macam boleh terima lah jugak sebab kisah cinta diorang tak menarik sangat pun sebab chemistry tak kuat satu hal, merepek pun satu hal juga. Peminat Ryoc serang Ma-ha bila penulis nak wujudkan konflik je, bila nak bina suasana romantik hilang dah kerisauan yang wujud di awal cerita tu. 

I lagi suka tengok kisah cinta Ri-a (Minseo) dengan Yi-hyun SHAX (Hwiyoung) sebab comel. Sama lah dengan Yujin (Yunho) dan Hyun-ji (Lim Na-young) tapi both couples tak dapat screentime yang banyak pun sebab nak bagi laluan dekat lead pairing. 


Selain konflik peminat yang melampau batas ni, penulis masukkan juga macam mana syarikat besar macam NOG Entertainment mengambil kesempatan ke atas idol group yang tandatangan kontrak dengan mereka. Bagaimana syarikat penerbitan ataupun produser makan rasuah dengan agensi besar untuk aniaya idol group kecil macam Tea Party. 

Tapi konflik tu masuk tanpa penyelesaian lah sebab wujudnya konflik tersebut untuk menambahkan rencah. Sebab tu I prefer drama Imitation ni dibikin dalam genre romcom so we can just brush it off. For me dating ban is nothing serious pun kalau nak dibandingkan dengan agensi yang memperalatkan idol dengan kontrak yang tak munasabah. Tengok jadual idol group pun dah padat, mana nak ada masa untuk bercinta pun. JYP sampai suruh idol dia keluar rasa bercinta tu macam mana untuk jadikan lagu ciptaan diorang lebih deep dan ada jiwa. Gituhhhh!


I terbaca komen dia sedih idol group SHAX tu tak peduli dengan fans pun tapi drama ni bukan berpijak di dunia nyata sangat pun. Ramai je idol dekat luar sana yang appreciate fans diorang. Well at least I know my bias loves his fans hshs

Rating untuk drama Imitation agak rendah walaupun barisan pelakon terdiri dari idol group G.O.D, U-KISS, T-ARA, ATEEZ dan SF9. Mungkin sebab watak utama tak pandai berlakon padahal jalan cerita not bad lah. Disebabkan drama ni jadi suka pulak dengan Jongho ATEEZ sebab dia pandai berlakon dan kelakar. Sebelum ni dah tertarik dengan dia masa layan Kingdom : Legendary of War (2021) sebab suara dia sedap dan boleh tarik tinggi. Now I can add another reason lah hehe


Sinematografi, wardrobe dan props yang digunakan membantu penceritaan drama Imitation untuk dipaparkan dengan lebih cantik dan menarik. Di bahagian credits dalam Episod 12 boleh nampak macam mana production crew spend time untuk create beberapa stage yang digunakan dalam drama terbitan Hidden Sequence. Ada juga beberapa babak yang tunjuk cara beberapa pihak yang terlibat bekerja dalam industri hiburan. Music album quite average sebab ada lagu yang tak best sangat tapi I suka sangat lagu Constellation dengan gubahan lagu IU - My Old Story oleh Ryoc dan La Ri-ma. 


Imitation ni ada potensi untuk jadi drama yang menarik dan medium untuk naikkan nama beberapa idol tapi sayang lah ada kelemahan dalam beberapa aspek. But fret not, drama ni nice je nak layan untuk tontonan santai. 

Movie Review | Anek (2022)


Director : Anubhav Sinha 
Writer : Anubhav Sinha
Cast : Ayushmann Khurrana, Andrea Kevichüsa, Manoj Pahwa, Kumud Mishra, J.D. Chakravarthy
Production Company : T-Series, Benaras Media Works
Distributor : AA Films, Netflix
Genre : Action / Thriller
Running Time : 147 minutes
Release Date : 27 May 2022
Trailer:


Menggunakan tema geopolitik, Anubhav Sinha mengangkat permasalahan yang wujud di bahagian Utara-Timur India sejak berdekad lamanya. Kumpulan separatist yang diketuai oleh Tiger Sangha (Loitongbam Dorendra) mempunyai pengikut yang ramai di kawasan tersebut tampil ke pejabat Menteri untuk capai kata sepakat berhubung permintaannya untuk keluarkan kawasan tersebut dari negara India. 

‘It’s Indian people. And it’s government. Diversity is not acceptable to you. You call us “Chinkis”. You call Kashmiris as Pakistanis, “Khalistani”, Naxalites”, etc. Local identity? You people don’t like it. In your definition, all Indians must be of the same color. That’s not a diverse democracy.’ – Tiger Sangha


Di mata Tiger Sangha, kerajaan India tak menjaga rakyatnya dengan baik dan memberi layanan yang teruk. Disebabkan itulah juga dia mengugut untuk keluar dan fahaman ini disebarkan sejak sekian lama. Aman (Ayushman Khurrana) alias Joshua adalah watak penting yang memantau kawasan tersebut dalam operasi undercover oleh Kementerian. 

Kerana operasi tersebut, dia menubuhkan kumpulan Johnson atas arahan pihak atasan yang bertujuan untuk menekan puak pemberontak Long Tiger. Malangnya puak yang ditubuhkan tersasar dari matlamat asal dan bergerak sendiri dengan menentang manifesto keamanan yang dicanangkan oleh Kerajaan. 


Dalam masa yang sama Aman bercinta dengan Aido (Andrea Kevichüsa) untuk dapat maklumat tentang ayahnya, Wangnao yang merupakan orang kuat dalam Johnson. Aido tahu mengenai perjuangan ayahnya tapi dia juga mempunyai perjuangan sendiri dengan melayakkan diri menjadi wakil negara India untuk sukan tinju. 

Kena lah dengan tagline filem Anek – Jeetega Kaun? Hindustan! (Siapa yang akan menang? India!). Kawasan yang menjadi latar tempat utama dalam naskhah Anek tidak didedahkan lokasinya. Hanya menggunakan ‘kawasan tersebut’ setiap kali muncul dalam perbincangan mana-mana watak dalam babak tertentu. Tajuk filem juga unik kerana aNEk tak ada makna. NE merujuk kepada North East manakala A dan K berkemungkinan besar ialah Aman atau Ayushmann Khurrana sebab dia watak utama. 


Naskhah Anek agak berat dengan ideologi dan perbahasan yang dicanangkan dari awal hingga ke hujung filem. Tiada hitam ataupun putih mahupun siapa yang benar dan siapa yang salah dalam naskhah Anek. Yang ada persoalan demi persoalan melalui perbahasan dan monolog dalaman. Beberapa babak menjadi medium untuk membincangkan persoalan berat tentang politik dan kehidupan. Dialog Anjaiah Bellamkonda (J.D. Chakravarthy) mengenai keamanan yang bersifat subjektif ataupun perbualan Aman dengan Abrar (Manoj Pahwa) tentang suara rakyat. Persoalan tentang kemenangan yang diraikan pun menarik perhatian juga. 


‘Peace is a subjective hypothesis, Thomas. One man’s peace could be another man’s chaos.’ - Anjaiah Bellamkonda

Watak Niko mungkin adalah hasil dari pergelutan antara 3 pihak tersebut di mana anak muda menganggap perjuangan dan pemberontakan adalah sesuatu yang mengujakan. Babak dia cuba provok askar dengan melempar batu ataupun babak dia ingin menjadi penonton paling hadapan ketika bom meletup digambarkan dengan cemerlang bagaimana sesebuah perjuangan tersasar dan menjadi lemah.

 
Lepas bekerjasama dengan Anubhav Sinha dalam filem Article 15 (2020), kali ni Ayushmann diberi kepercayaan dengan tanggungjawab lebih berat sebagai undercover agent. Dekat awal filem dia nampak seperti seorang yang licik untuk mengawal keadaan yang terjerat dalam kemelut geopolitik tapi semakin filem bergerak, dia semakin keliru dan menimbulkan pertanyaan besar tentang pegangan dia sendiri. 

Watak Aido dan semangat dia kurang menarik perhatian untuk dijadikan subplot dalam Anek. Lebih menarik kalau Anubhav Sinha cuma focus pada pergelutan Kerajaan India, puak Long Tiger dan Johnson. Subplot sukan tinju taka da plot penting, tak meninggalkan impak mahupun mempunyai plot twist menarik. Dari awal dah boleh tahu Aido akan menang dan mewakili India. Lain lah kalau kemenangan dia tak diterima dari awal filem lantas menjadikan watak Aido seorang rebel dan menyokong perjuangan Johnson.

 
Editing antara kelemahan besar yang mencacatkan cerita bila ada babak yang draggy dan ada pula yang dipotong sampai menimbulkan tanda tanya. Durasi Anek agak panjang terutamanya pada second half. Soundtrack juga passable. 

Naskhah Anek mungkin akan jadi lebih kuat sekiranya Anubhav Sinha ceritakan dengan jelas mengenai punca terjadinya sifat rasis kepada penduduk Utara-Timur sejak zaman British. Masalah dalam filem Anek lebih kurang dengan masalah negara kita lah bila British wujudkan sistem pecah dan perintah. Sampai sekarang terkesan dengan sistem tersebut dan digunakan sebagai propaganda bebrapa pihak untuk kepentingan peribadi. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.2/10

Drama Review | KUASA (2022)

Sunday, 17 July 2022


Pengarah : Kroll Azry
Penulis Skrip :  Sharmaine Othman, Leysha Al-Yahya
Pelakon : Nazim Othman, Nadia Brian, Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham, Azri Iskandar.
Syarikat Produksi : Astro Shaw, Skop Productions
Penyiaran : Astro Citra
Genre : Drama / Thriller
Jumlah Episod : 8 Episod (40-45 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 11 April sehingga 30 Mei 2022
Trailer :


Berlatarkan industri perfileman di mana syarikat Wira Entertainment sebagai penerbit yang gah dipelopori oleh Tan Sri Dhameer (Ridzuan Hashim). Namun dek kerana kesihatannya yang kian merosot, dia umumkan untuk bersara dan akan melantik chairman baru. 


Tak senang duduk semua orang terutamanya Delaila (Nadia Brian) kalau usaha kerasnya tersia bila Darius (Nazim Othman), anak sulung yang ambil takhta tersebut. Walaupun Darius bukan anak kegemaran Tan Sri dan Puan Sri Lily (Ning Baizura) tapi semua pekerja atau pihak lain senang bekerja dengan Darius kerana kreativitinya. Semua filem yang diterbitkan oleh Darius mendapat sambutan hangat di box office. 

Dharma (Izzy Reef) yang baru saja habis belajar juga pulang dengan kekasihnya, Natalie (Nia Atasha) dipujuk untuk menjadi pengarah di Wira Foundation. Susah untuk menolak arahan keluarga tapi susah juga untuk sesuaikan diri untuk tinggal di Malaysia bila Natalie tak diterima bekerja sebagai model kerana fizikalnya. 


Naskhah drama arahan Kroll Azry mungkin memaparkan tema yang segar iaitu perebutan kuasa namun lemah pada penceritaan untuk menghidupkan drama dari pelbagai pihak. Sepanjang 8 episod tak diceritakan dengan baik setiap watak penting termasuklah Darius dan Delaila sendiri. Dua adik-beradik ni nampak seperti watak yang kuat tapi tak mampu berdiri tanpa bantuan papa. Sama juga lah dengan Dharma yang berani melawan cakap tapi apartment pun papa yang beli. 

Dari episod pertama suka dengan watak Delaila dan Puan Sri Lily sebab kuat dalam dunia mereka yang sentiasa diperalat oleh kaum lelaki walaupun kaum tersebut datang dari keluarga sendiri. Kesian betul dengan watak Puan Sri Lily sebab dapat menantu tak semenggah macam Emma (Alicia Amin) dan bakal menantu pemalas macam Natalie. Dah la anak-anak bawa masalah, menantu pun sama level je. Puas hati sangat bila dia tampar Emma dan bagi nasihat ‘Natalie sayang, jangan bodoh!’. Berbaloi lah Ning buat homework dari pelbagai sumber sebab lakonan dia padu. 


Nak sembang pasal sinematografi dari Zulkefli Mat zin memang menarik lah dengan drone shot kota Kuala Lumpur di waktu malam dan keindahan visual dalam babak lain. Ada lah beberapa babak yang nampak lebih menarik kalau guna wide shot instead of close up. 

Wardrobe team pun mainkan peranan bila menambahkan impak pada karakter setiap watak. Props team lah yang bermasalah sikit macam babak yang melibatkan duit tu nampak benar duit palsu sebab material keras. Baju kemeja putih Dharma masa dia bincang pasal majlis kahwin dengan Natalie pun beria betul comot dengan watercolour sampai ke belakang. 


Soundtrack lagu Kuasa dari Joe Flizzow dengan Azlan & The Typewriter lah agak annoying sebab dia dah cantik guna Bahasa baku tapi bila chorus, dia sebut kuase. Kalau sebut kuasa boleh tinggalkan impak yang kuat pada lagu. Tapi ni personal opinion je lah. 

Tak tahu lah team production akan kekalkan penulis yang sama kalau ada sekuel nanti tapi seeloknya cari yang kreatif lahirkan elemen drama dan thriller lah. Sayang dah ada barisan pelakon yang bagus dalam drama Kuasa terbitan Astro Originals dan Skop Productions tapi penulisan pula lemah. Buat plot twist sana sini lepastu terbabas. Menyedihkan juga lah sebab paparkan industri sendiri pun tak mampu come up dengan naskhah yang mantap.


Patutnya kisah cinta Arman dengan Delaila tak patut ada. Watak Emma pun patut dikurangkan sebab merepek. Lakonan Alicia Amin pun lemah dan tenggelam bila ada pelakon senior dalam babak yang sama. Watak Tan Sri Aziz merepek masa dekat episode last tu. Watak tak penting tapi tiba-tiba ada plot twist lepastu drag cerita dengan kecuaian sendiri. 

Kecewa bila tengok dari awal dok build up rasa teruja nak tengok level singa Puan Sri Lily tapi dia tahap kucing daring je. Dengan watak picisan beria lah tapi bila manage syarikat habis tunggang-langgang. 

Sama lah dengan Darius yang kononnya licik dan hebat tapi bila wife lari mula cari dadah dengan arak. Rasa nak kutuk berguni sebab watak Emma tu negatif dari awal sampai habis tapi Darius ni macam kena makan nasi kangkang. Kenapa dia tak mampu nak track Emma dekat mana pun kelakar. Emma nak bunuh mak dia pun dia boleh maafkan padahal duduk villa tu pun papa dia yang hadiahkan. Okay je kalau dia nak ambil hadiah papa tapi lebih padu lah kalau dia bagitahu papa dia hadiah ni sebab hasil usaha dia untuk Wira Entertainment. 


Sama lah dengan babak dia mandi kononnya nak move on. Ingatkan babak dia mandi dalam shower tu sebagai simbolik dia buang diri dia yang lama and start over rupanya setakat mandi je. Lepastu meroyan balik cari bini dekat mana. Apooooo! Kalau tengok drama ni memang banyak lah perbuatan setiap watak yang menjadi persoalan. Too easy to execute and too easy to forgive. Mehhhh.

Watak sampingan macam watak Arman (Dazrin) pun menyakitkan hati juga bila tak sudah tonjolkan kebodohan dengan nyata. Tak faham kenapa Tan Sri Dhameer berkenan betul dengan Arman sampai nak kahwinkan dengan Delaila. Jaga syarikat sendiri pun gagal, buat pembentangan bajet pun gagal, tu belum sembang bab uruskan sesuatu hal. Hujungnya mesti Delaila atau Tan Sri yang kena take over. Berangin betul tengok babak dekat hotel tu bila dia yang tahu pasal kejadian tu tup tup call Delaila sebab dah trending dekat Twitter dengan gambar close-up. Dah kalau media dengan polis tak sampai lagi mesti lah dia punca berita tersebar. 


Watak Atikah (Anna Jobling) je la kot yang menarik dari awal sampai habis dalam drama Kuasa ni walaupun tak faham kenapa dia wujud. Suka tengok lakonan Anna dalam drama ni. Looking forward to watch Melur Untuk Firdaus! Tibehhh

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4/10