Director : G. Ashok
Writer : G. Ashok, Ravinder Randhawa
Cast : Bhumi Pednekar, Arshad Warsi, Jisshu Sengupta, Mahie Gill, Karan Kapadia, Tanya Abrol, Dhanraj, Amit Behl, Brij Bhushan Shukla, Ananth Narayan Mahadevan
Production Company : Abundantia Entertainment, T-Series, Cape of Good Films
Distributor : Amazon Prime Video
Genre : Horror / Thriller
Running Time : 155 minutes
Release Date : 11 December 2020
Trailer :
Movie remake Bhaagamathie (2018) ni mengisahkan tentang dakwaan kepada Menteri Sumber Air, Ishwar Prasad (Arshad Warsi) mencuri beberapa patung dewa di kuil. CBI Joint Director, Satakshi Ganguly (Mahie Gill) minta bantuan Assistant Commissioner of Police Abhay Singh (Jisshu Senugupta) untuk bawa Chanchal Chauhan (Bhumi Pednekar), setiausaha peribadi menteri keluar dari penjara untuk disoal siasat.
Chanchal ditahan di penjara kerana membunuh tunang dia, Shakthi (Karan Kapadia) gara-gara berbalah isu projek pembinaan empangan di kampung Panna. Satakshi minta Chanchal dibawa ke istana lama yang dikatakan berhantu kerana roh Durgamati dahagakan darah dan ingin balas dendam kepada orang yang mengkhianati dia satu masa dahulu.
Penduduk kampung yang tahu cerita tersebut tak pernah berani datang dekat dengan istana lama tersebut. Siapa yang pergi ke sana juga tak pernah berjaya keluar. Agak mengarut jugak lah statement tu sebab penjaga istana tu elok je keluar masuk setiap hari. Tak lama pun untuk Durgamati merasuk Chanchal tapi pihak CBI tetap tak percaya sampai bawa pakar psikatri (Ananth Narayan Mahadevan) untuk diagnos penyakit Chanchal.
Baik Bhagmatie atau Durgamati, dua-duanya di bawah arahan G. Ashok sendiri tapi sayangnya penerimaan untuk kedua-dua movie agak berbeza. I haven’t watch Bhagmatie so I cannot say much but ratings and reviews clearly shows the original wayyyy better than remake. Bulan lepas Akshay Kumar gagal dalam movie remake Laxmii, kali ni sebagai produser pun dia gagal angkat Durgamati untuk menjadi naskhah bagus. Double shot on Mr. Kumar I bet.
Minit awal Durgamati paparkan kekejaman terhadap penduduk kampung, kemudiannya berpindah kepada kes kecurian patung dewa di kuil dan baru diperlihatkan kisah Chanchal dan kemudiannya Durgamati. Bhumi Pednekar buat yang terbaik untuk watak Chanchal dan Durgamati tapi sayangnya dia tak mampu hidupkan rasa gerun baik dari expression ataupun suara dia sebab untuk hasilkan suara bergema dan garau, dia guna microphone. Walaupun didedahkan kisah dendam Durgamati tapi kisah tu terhenti di situ je, walaupun di penghujung cerita ada twist. Scene komedi pun nampak try hard sangat. Kalau pengarah stay dengan genre thriller, mungkin ada depth pada penceritaan.
Lakonan Arshad Warsi yang mencuri perhatian sebagai menteri corrupt. Percubaan yang berani daripada team production Durgamati untuk menampilkan watak menteri dan ahli politik yang tamak tapi dekat Bollywood watak dan konsep ni memang bukan sesuatu yang baru pun. Nayak, Gabbar Is Back, Ungli, Rang De Basanti dan Satyagraha antara movie terbaik dengan skrip dan suntingan yang bagus.
Untuk dapatkan vibe horror, Kuldeep Mamania set the tone dark in the palace dan untuk scene percintaan antara Chanchal dengan Shakti, screenplay cantik dengan sinematografi menarik menggambarkan keindahan kampung Panna. Tapi VFX nampak lemah dan wardrobe pun tak relaistik bila baju banduan altered mengikut bentuk badan. Music score dari gabungan Tanishk Bagchi, Naman Adhikari, Abhinav Sharma dan Malini Awasthi menampilkan dua soundtrack dan music score creepy untuk scene di dalam istana.
Ada scene yang patut dibuang macam scene penjaga tanpa tangan, scene bomoh datang ke istana untuk check sama ada berhantu ataupun tak walhal orang kampung dah bagitahu. Tengok perubahan karakter Chanchal pun dah boleh faham sendiri. Dialog untuk scene interrogation pun merepek. Kalau betul Chanchal bijak sangat, dia patutnya dah check surat mahkamah tu sebelum buka mulut. Even watak CBI Satakshi pun nampak dangkal especially bila dia menjerit tak suka negativity. Me either sis.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 4.4/10
Movie Review : Hotel Transylvania (2012)
Saturday, 12 December 2020
Director : Genndy Tartakovsky
Writer : Todd Durham, Dan Hageman, Kevin Hageman
Cast : Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez, Kevin James, Fran Drescher, Steve Buscemi, Molly Shannon, David Spade, CeeLo Green
Production Company : Columbia Pictures, Sony Pictures Animation, Sony Pictures Imageworks (animation service)
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Comedy
Running Time : 91 minutes
Release Date : 8 September 2012 (TIFF), 28 September 2012 (United States)
Trailer :
Tercalon dalam Golden Globe Award for Best Animated Feature Film, Hotel Transylvania arahan Genndy Tartakovsky mengisahkan tentang hotel milik Count Dracula (Adam Sandler) yang dibuka khas untuk monster ataupun hantu mitos Amerika seperti Werewolf Wayne (Steve Buscemi), Frankenstein (Kevin James), Griffin the Invisible Man (David Spade), Murray the mummy (CeeLo Green), Bigfoot, dragon, witch, zombies, skulls dan banyak lagi lah.
Bersempena dengan ulang tahun anak perempuan tunggal Drac yang ke-118, Drac jemput semua untuk datang ke birthday party Mavis (Selena Gomez). Dan kerana Mavis dah dewasa, dia membenarkan anak kesayangan dia keluar ke dunia manusia yang digambarkan sebagai kejam kerana telah membunuh isteri dia, Martha. Akibatnya Jonathan "Johnny" Loughran (Andy Samberg) ternampak zombie upahan untuk takutkan Mavis di kampung buatan Drac balik ke Hotel Transylvania.
Drac cuba bermacam cara untuk halau Johnny tapi semuanya gagal sebab kawan-kawan dan tetamu suka dengan chill and cool vibe dari Johnny. Johnny pula suka dengan weird and creepy stuff dekat situ. Dia happy kehadiran dia diterima dan tak diejek pelik macam di dunia manusia. Mavis pula jatuh cinta dengan dia.
Franchise ni quite famous sampai sekarang sebab keunikan hotel untuk monster dalam template komedi dengan penceritaan agak ringkas dan fast paced sebab animation so they’re target audience is kids. Kelakar bila tengok zombie yang agresif jadi lemau dalam movie ni dan bekerja sebagai staff hotel dan bila kawan-kawan Drac sembang pasal kehidupan diorang. Especially The Invisible Man sebab watak dia quite confusing. Badan dia tak nampak tapi ada cermin mata untuk orang lain tahu kewujudan dia. Ada scene dia pakai short so all this time dia naked ke? Makanan diorang kinda gross sebab monsters kan makan benda-benda pelik.
It's a place I built, for all those monsters out there lurking in the shadows. Hiding from the persecution of human kind. A place for them and their families to come to and be themselves. A void of torches, pitchforks, angry mobs. A place of peace, relaxation, and tranquility. – Count Dracula
Scene Mavis pergi ke kampung buatan Dracula tu agak tak logik lah sebab dia boleh je terbang keluar sendiri pergi ke bandar Transylvania. Tak diberitahu pula kenapa sebelum menjengah usia 118 tahun, dia hanya terperuk dalam istana besar tu. Mungkin juga sebab termakan dengan hasutan ayah dia.
The animation is great even transition was well executed. Music score dari Mark Mothersbaugh pun kebanyakannya genre techno dan pop club sebab zaman 2012 tengah hype dengan genre ni. Lagu dari LMFAO - Sexy and I Know sebagai bukti. Lagu The Zing ditulis dan dinyanyikan sendiri oleh Adam Sandler bersama Selena Gomez.
Both of them have cute chemistry together as father and daughter so bila muncul scene Papa Drac jadi paranoid dan overprotective terhadap Mavis, terasa tersentuh sangat. Dah la isteri dia kena bunuh dengan manusia, Mavis pula bercinta dengan manusia. Dilema jadinya.
Movie hasil idea gabungan 3 orang penulis - Todd Durham, Dan Hageman dan Kevin Hageman ni bukan setakat kanak-kanak je yang layan even the adults too. But the loopholes dekat plot tu boleh pejam mata je kot sebab movie kanak-kanak. Just chill and enjoy on Netflix.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10