Kuala Lumpur, 3 Julai 2026 – Pusingan 1 kempen Tonton Non Stop, On Top! melabuhkan tirainya dengan pengumuman 223 pemenang, namun persoalan terbesar masih belum terjawab apabila identiti pemilik Hadiah Utama TQ Wuling Bingo EV hanya akan didedahkan pada majlis penyampaian hadiah rasmi dalam masa terdekat!
Dalam pada itu, senarai pemenang bagi kategori Naib Johan, Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati Khas turut diumumkan dengan pelbagai hadiah berjaya dimenangi, termasuk 17 telefon pintar Oppo serta lebih 200 baucar tunai. Orang ramai boleh menyemak senarai penuh pemenang menerusi pautan ini.
Tatkala teka-teki pemilik TQ Wuling Bingo EV terus menjadi perhatian, peluang untuk bergelar pemenang seterusnya kini bermula apabila Pusingan 2 telah dibuka. Berlangsung dari 29 Jun hingga 12 Julai 2026, kutipan mata bagi pusingan terdahulu telah ditetapkan semula mengikut mekanisme kempen, sekali gus memberi setiap peserta peluang baharu untuk memburu kemenangan.
Sepanjang tempoh tersebut, pelanggan TontonUp berpeluang mengumpul mata dengan menstrim filem-filem Korea terpilih di platform Tonton. Antara judul yang terlibat ialah:
Turboost turut kembali pada Pusingan 2 dengan ganjaran mata berganda kepada pelanggan yang menstrim kandungan terpilih pada setiap hujung minggu. Bagi Turboost pada 4 & 5 Julai serta 11 & 12 Julai 2026, kandungan yang terlibat adalah seperti berikut:
Bagi mereka yang masih belum menyertai Tonton Non Stop, On Top!, penyertaan masih dibuka. Pelanggan hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama 3 atau 12 bulan sebelum mula menstrim kandungan terpilih bagi mengumpul mata sepanjang tempoh kempen.
Dengan semua peserta kini kembali ke kedudukan sifar, setiap kutipan mata mampu mengubah kedudukan mereka dalam carta. Bagi yang terlepas peluang pada Pusingan 1, inilah masanya untuk mengorak langkah dan merebut peluang membawa pulang ganjaran menarik menerusi Tonton Non Stop, On Top!
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.
Movie Review | Hoppers (2026)
Thursday, 2 July 2026
Kuala Lumpur, 2 Julai 2026 – Lahir daripada minda dan ilham dua generasi, Anom Suraya mengangkat sebuah karya istimewa yang mempertemukan sentuhan novelis popular Dr. Samsiah Mohd. Nor bersama anaknya, Daiyan Trisha. Diadaptasi daripada novel yang pernah mencuri perhatian pembaca, drama ini membawa kisah cinta, pengorbanan dan pilihan hidup yang mampu mengubah takdir, sekali gus menghidupkan semula sebuah naskah malar segar yang kekal diingati sejak era 1990-an.
Bakal bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary TV3 mulai 4 Julai 2026 ini, Anom Suraya diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Film Sdn Bhd. Drama 13 episod ini diterajui oleh Daiyan Trisha bersama Idris Khan, Yusuf Bahrin, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Halim Radzi, Puteri Khareeza, Iman Suhana dan ramai lagi. Istimewa sempena tayangan perdananya, penonton bakal disajikan dengan siaran eksklusif selama dua jam menerusi tayangan dua episod pertama secara berturut-turut pada Sabtu ini, 4 Julai, bermula jam 9.00 malam.
Diterbitkan pada tahun 1992, Anom Suraya menjadi antara novel Melayu paling laris pada era penerbitannya, dengan 4 hingga 5 cetakan semula susulan sambutan hangat daripada para pembaca.
Tidak sekadar menampilkan kisah cinta biasa, karya ini dikenang kerana jalan ceritanya yang penuh turun naik emosi dan dekat dengan realiti kehidupan masyarakat. Setiap watak dibangunkan dengan identiti tersendiri, disulami elemen kehidupan Melayu yang menjadi antara kekuatan karya ini.
Drama ini mengikuti kehidupan Anom (Daiyan Trisha), seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur demi membantu ibunya dengan bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Puan Raden. Di situ, Anom menjaga Bakhtiar (Idris Khan) serta adiknya, Badrol (Yusuf Bahrin) yang berdepan masalah kesihatan mental, sebelum kehadirannya mula membawa perubahan dalam kehidupan mereka.
Namun, keadaan menjadi rumit apabila hubungan Anom dan Bakhtiar menimbulkan bibit cinta, sementara Badrol turut mula menyimpan perasaan terhadapnya. Dalam masa sama, Puan Raden berharap Anom dapat terus membantu menenangkan Badrol demi kestabilan keluarganya, sekali gus meletakkan Anom dalam dilema.
Menariknya, Anom Suraya turut membawa nilai sentimental buat Daiyan Trisha apabila drama ini merupakan adaptasi daripada novel tulisan ibunya sendiri, Dr. Samsiah. Berkongsi tentang pengalaman tersebut, Daiyan berkata, “Saya dan Anom Suraya lahir daripada orang yang sama. Novel ini sangat dekat dengan keluarga saya kerana ia merupakan antara karya yang paling bermakna buat ibu dan paling disenangi ayah. Sebab itu, peluang untuk membawa Anom ke layar kaca datang dengan tanggungjawab yang cukup besar, dan saya berharap dapat memberi penghormatan yang sebaiknya kepada karya ini menerusi lakonan saya.”
Pengarah terkenal, Osman Ali, turut berkongsi pandangannya tentang kekuatan karya ini, “Apa yang membuatkan Anom Suraya kekal relevan ialah kejujuran penceritaannya. Kekuatan penulisan Dr. Samsiah menjadi asas kepada perjalanan setiap watak, dan sebagai pengarah, tanggungjawab saya adalah memastikan roh karya itu terus terpelihara apabila diterjemahkan ke layar agar penonton dapat memahami, merasai dan percaya dengan setiap perjalanan yang dipaparkan.”
Dr. Samsiah Mohd Nor, ibunda kepada Daiyan Trisha, juga berkongsi pandangan beliau, “Anom Suraya lahir daripada jiwa seorang ibu dan seorang penulis, yang mencurahkan rasa, pengalaman dan pemerhatian terhadap kehidupan sebenar ke dalam satu naskah. Karya ini bukan sekadar sebuah kisah cinta, tetapi tentang pilihan hidup yang sering menuntut pengorbanan tanpa syarat, tentang bagaimana manusia terpaksa berdepan dilema antara hati, tanggungjawab dan takdir yang tidak selalu memihak kepada mereka.”
Saksikan Anom Suraya menerusi siaran eksklusif selama dua jam yang membawakan dua episod pertama secara berturut-turut pada Sabtu ini, 4 Julai, bermula jam 9.00 malam di slot Lestary TV3. Drama ini kemudiannya akan bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam.
Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.
BARISAN PENYAMPAI 2026 PACU TRANSFORMASI JENAMA BERITA TV3 DAN TV9
Wednesday, 1 July 2026
- Nama Penuh: Siti Nurdeerina Binti Sheikh Mohd Faisal
- Umur: 28 tahun
- Tempat Lahir: Seremban, Negeri Sembilan
- Pendidikan: Diploma Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
- Hobi: Cooking, travelling, watching true story documentaries, food hunting and listening to music.
- Media Sosial : Instagram, Facebook, Tiktok & Threads
- Nama Penuh : Afrina Romzi
- Umur : 28 Tahun
- Tempat Lahir : Muar, Johor
- Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Penyiaran Uitm Rembau
- Hobi : Meneroka seni, budaya dan karyawan kreatif baharu antarabangsa, mendalami isu ekonomi dan kewangan serta giat bermain tenis dan mengikuti perkembangan Formula 1.
- Media Sosial : Instagram & Tiktok
- Nama Penuh : Ahmad Fahmi Izzuddin bin Ahmad Tajuddin
- Umur : 26 Tahun
- Tempat Lahir : Shah Alam
- Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan, UiTM Shah Alam
- Hobi : History, geopolitics reading, travel & discography/music enthusiasts
- Media Sosial: Instagram
- Nama Penuh : Azaria Tagaya
- Umur : 41 Tahun
- Tempat Lahir : Kuala Lumpur
- Pendidikan : Masters in Mass Communication, Bachelor’s Degree in Broadcasting, Diploma in Graphic Design
- Hobi : Travel, the arts, handmade pasta making
- Media Sosial : Instagram
- Nama Penuh : Natasha Binti Muhammad Azman Busst
- Umur : 26 Tahun
- Tempat Lahir : Petaling Jaya
- Pendidikan : BA (Hons) International Relations with French
- Hobi :
- Media Sosial : Instagram
- Nama Penuh : Siti Sariah binti Abdullah
- Umur : 27 Tahun
- Tempat Lahir : Petaling Jaya
- Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam
- Hobi: Melancong, membeli-belah & semua aktiviti santai yang tidak memenatkan dan tidak terdedah kepada matahari terik.
- Media Sosial : Instagram & Threads
- Nama Penuh : Nor Syamira Izzati Binti Mohd Nazir
- Umur : 29 Tahun
- Tempat Lahir : Pahang
- Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Keusahawanan, UiTM Puncak Alam
- Hobi : Bermain catur, mendengar podcast dan program talk show, membaca, membeli-belah dan aktiviti keusahawanan/pembangunan perniagaan
- Media Sosial : Instagram, Tiktok & Threads
- Nama Penuh : Mas Zharif Zhafri Abdul Azid (Mas Zharif Zhafri Aziz Desa)
- Umur : 33 tahun
- Tempat Lahir : Subang Jaya Medical Centre, Selangor.
- Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Filem & Televisyen, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
- Hobi : Fotografi dan videografi, menulis, membaca serta mendalami isu semasa, berbincang dan berkongsi idea, melancong.
- Media Sosial : Instagram, Facebook, Tiktok & Threads
LANGKAH KANAN LUQMAN HAFIDZ: DARI DEPAN KAMERA KE KERUSI PENGARAH | SUNTIK PERSPEKTIF SPIRITUAL DALAM FILEM SERAM KERAMAT GUNUNG JERAI
KUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 – Di saat industri sinema tempatan sedang dilonjakkan oleh fenomena filem seram, sebuah lagi naskhah bergenre serupa bakal menjengah penonton. Bagaimanapun, naskhah ini tampil dengan acuan yang berbeza. Keramat Gunung Jerai, yang dijadualkan ditayangkan pada 8 Julai 2026, bukan sekadar sebuah lagi filem seram komersial.
Ia menandakan satu transisi besar bagi pelakon berbakat Luqman Hafidz, yang buat pertama kalinya duduk di kerusi pengarah, sekali gus melakar sejarah sebagai Tonton Originals pertama yang ditawarkan secara Pay-Per-View (PPV), iaitu melalui model Transactional Video on Demand (TVOD).
Diterbitkan oleh Lumatic Films, naskhah psikologi-seram ini membariskan pelakon gandingan hebat seperti Niezam Zaidi, Cristina Suzanne, Iedil Putra dan Sara Ali.

.png)
.png)

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)













.jpg)




