RAISE THE STAR MALAYSIA MINGGU 2 | AINA ABDUL KEMBALI, 18 MARA KE MINGGU SETERUSNYA

Tuesday, 1 July 2025

Minggu pertama, pentas Raise The Star Malaysia menyaksikan bintang Zuana (70.85%) berjaya menduduki tempat pertama, manakala di tempat kedua Didie Shazry (68.35%), tempat ketiga Hariz Fayahet dengan (67.70%), tempat keempat Pasya (64.98%) dan tempat kelima Max Brandon (62.69) sekaligus melayakkan mereka secara automatik untuk ke minggu seterusnya. 

Manakala 4 bintang dengan kedudukan terendah telah tersingkir apabila mendapat undian markah yang rendah dari para juri dan penonton. 

SENARAI LAGU

Nishman: Saksama - Akim & The Majistret (46.30%)

Alif Amie: It's Gonna Be Me - Nsync (49.37%)

Zury: Hijab Rindu - Black Hanifah (56.23%)

Scha Nuril: Empire State of Mind - Alicia Keys (60.63%)

Rayme - Any Song - ZICO (62.52%)

Aril Eles: Seribu Tahun Lagi - Imran Ajmain (55.24%)

Ayiena: Di Amaran Mama - Hazama (48.70%)

Syaf Kahar: Andainya Takdir - Anuar Zain (46.21%)

Maria Affendi: Januari - Glenn Fredly (48.72%)

Darling: Kerana Ku Sanggup - Agnes Monica (54.40%)

Faysal Saad: Kau Pun Sama - Syamel (46.57%)

Zuana: Hati Lebur Jadi Debu - Hetty Koes Endang (70.85%)

Hariz Fayahet: Ku Teruskan - Siti Sarah (67.70%)

Didie Shazry: Melukis Senja - Budi Doremi (68.35%)

Melinda Dadew: Rolling in the Deep (57.93%)

Bosswan: Chikadun - Floor 88 (29.07%)

Khalyn: Back to Black - Amy Winehouse (57.69%)

Max Brandon: Akad - Payung Teduh (62.69%)

Erika Foo: Hurt - Christina Aguilera (38.28%)

Pasya: Jangan Khianati Aku - Azlan & The Typewriter (64.98%)

Sharee Lopes: Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul (54.18%)

Keka: Rindu - Agnes Monica (55.15%)

INFO PROGRAM RAISE THE STAR MALAYSIA

• Penjurian Raise The Star Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan komposer (juri) dan undian pihak umum.

• Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.


• ‘Slay Meter’ adalah sistem kedudukan (ranking) yang diberikan oleh para juri berdasarkan persembahan para bintang. Bintang yang mendapat 5 slay akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai dari pihak penaja.

• ‘Raise The Star’ disokong oleh QSR Brands (KFC) dan UMobile selaku Penaja Utama.

• Peserta dengan kedudukan paling bawah akan tersingkir dari pertandingan.

Minggu bertemakan “Who Am I” ini kembali membawakan Aina Abdul sebagai juri. Selain itu, peserta Bosswan telah dipilih sebagai penerima Anugerah Gempak Star On Fire. Saksikan Raise The Star Malaysia di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Blog Performance June 2025


A quick update untuk performance bulan Julai yang tak banyak beza pun dari bulan sebelumnya. Bulan ni tak dapat spend banyak masa dekat blog sebab banyak kerja tertunggak. 

1. PV


Performance bulan Jun 2025 lebih kurang je dengan bulan Mei lepas sebab monthly pageviews tak banyak beza. Makin menurun itu pasti lah sebab tak ada entry yang menarik perhatian pun, cuma bergantung pada entry sebelum ni je. 

2. Posts


Pageviews untuk entry dalam Popular List pun tak mencecah 1,000 ke atas, paling tinggi pun 956 views. Like I said, tak ada entry yang menarik perhatian. Nak update tak sempat, nak pergi event tak sempat, update press release je sempat. 

3. Bilangan Entri

Walaupun banyak entri I update dekat blog untuk bulan Jun tapi kebanyakannya press release. Nak harapkan entry sendiri memang sedih tapi biasa lah kalau dah nama pun kerja hakiki buat benda lain, jadi blogger cuma sampingan, begini aje lah yang kita mampu. Bulan ni tak ada public holiday atau cuti so kita tengok berjaya tak update tanpa diserang penyakit M. 

Terima kasih yang berkunjung ke sini and take care everyone. 

Lunch Nasi Padang, Padang On Wheels, Subang Bestari

Monday, 30 June 2025


Padang On Wheels antara restoran yang wujud dekat Subang Bestari tapi tak rasa nak pergi. Dah banyak kali nampak review dari rakan blogger even artis dan selebriti makan dekat sini tapi tetap jugak maleh nak jejakkan kaki. 

Padang On Wheels dulu serve untuk lunch dan dinner je tapi lepas pandemik, ada sarapan pagi juga. Tak pernah pun try makan dekat sini walaupun mati kutu nak breakfast apa. 

Kebetulan masa raya tu nak pergi open house tapi nak hujan lebat so cancel plan pergi open house lepastu makan tengahari dekat sini. 




Tak banyak pun choice lauk dekat Padang On Wheels tapi pilihan dia nampak menarik juga sebab ada siput sedut dengan pucuk paku. Masa tu ambil keli masak lemak cili api, tempe goreng dengan masak lemak pucuk paku. Adik ambik ikan talapia goreng, pucuk ubi masak lemak dengan sidut seput masak lemak. 





Seronok tengok tempe dia sebab goreng rangup, besar pulak tu. Tak banyak tempat buat tempe goreng crispy macam ni. Klasik betul serving plates dia, kena lah dengan konsep nusantara tu. Masak lemak dia sedap, tak perlu ada sambal pun sebab dah pedas. 



Lepas makan dekat sini baru tahu kenapa nama dia Padang On Wheels, restoran ni start dengan jual nasi padang guna food truck. Bila dah beroperasi di restoran, nama tu dikekalkan. Unik lah juga nama dia, interior pun cantik, makanan sedap juga. 

Restoran Padang On Wheels, Subang Bestari ni ada dua bahagian - bahagian luar dan bahagian dalam. Walaupun luar nampak cantik tapi kitorang tetap pilih makan dekat dalam sebab ada aircond. Sekarang ni cuaca panas terik, mana mahunya makan sambil berpeluh. 


Dekat Padang on Wheels ni ada juga dijual Sambal Botol Merah dan Sambal Botol Hijau dengan harga RM19.90 sebotol. I bet harga dia a bit pricey tapi kalau sedap rasanya tak ada masalah. Cuma bukan I lah yang beli hshshs


It's a good experience lah makan dekat sini sebab menu dia sedap tapi bab rasa tu tak ada lah sedap gila. Standard nasi padang tapi harga up sikit. Tak jauh beza pun dengan Restoran Wartek, Ara Damansara tapi okay lah boleh repeat lagi sebab premis restoran dia cantik, bersih dan selesa. 

Program bual bicara pagi kegemaran ramai, Nasi Lemak Kopi O (NLKO), bakal menyambut kehadiran wajah baharu dalam keluarga pengacaranya apabila Imran Aqil secara rasmi memulakan tugas sebagai hos mulai 2 Julai 2025.

NLKO yang kembali bersiaran sejak Januari 2024 selepas enam tahun direhatkan, ditayangkan setiap Rabu hingga Jumaat jam 10:30 pagi di TV9 dan turut boleh distrim di platform Tonton. Dikenali sebagai rancangan berinformasi yang menggabungkan hiburan santai dan perbincangan isu semasa, NLKO menampilkan barisan pengacara versatil dan berkarisma antaranya Fizo Omar, Affiza Azmi, Fakhrul Radhi, Ähmad Barr, Muaz Mohamed, Irfan Ali, Syamira Nazir dan Qila Shahirah.

Kini, dengan penyertaan Imran Aqil, program ini bakal diceriakan lagi dengan suntikan semangat muda dan pandangan baharu. Berasal dari Tapah, Perak, Imran Aqil mula dikenali melalui program realiti dan kini aktif sebagai pencipta kandungan digital dan pengacara, selain terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan misi bantuan kemanusiaan.

Imran Aqil membawa aura positif dan semangat muda yang seiring dengan misi NLKO untuk terus relevan dan dekat dengan penonton pelbagai peringkat usia. Beliau menyifatkan peluang mengacarakan NLKO sebagai langkah baharu dalam kerjayanya dan teruja untuk memulakan perjalanannya bersama program ini. “Saya amat bersyukur diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga NLKO. Sebagai seorang yang suka berinteraksi dan berkongsi cerita, saya berharap kehadiran saya dapat menceriakan pagi penonton dan sama-sama menyebarkan inspirasi melalui segmen-segmen yang menarik dan bermanfaat, ” katanya. 

NLKO terus mengekalkan reputasinya sebagai program bual bicara pagi pilihan ramai dengan pelbagai segmen menarik seperti ‘Isu Semasa’, ‘Aspirasi’, ‘Solusi Resepi’ , ‘Poket Suri’ , ‘Khabar Dari Palestin’ serta hiburan daripada busker tempatan. Lebih istimewa, NLKO turut membawakan lebih ramai usahawan tempatan yang berkongsi kisah kejayaan, tips berniaga dan inspirasi buat penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penampilan sulung Imran Aqil bersama pengacara NLKO lain yang akan terus menghidangkan pelbagai kisah inspirasi, informasi terkini, serta topik-topik gaya hidup yang santai dan bermanfaat untuk seisi keluarga. 

Untuk maklumat terkini tentang program-program TV9, ikuti platform media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial.

Nabe Hotpot, Pavilion Bukit Jalil


Kadang rasa macam semua orang pernah buat apa yang kita buat, makan apa kita makan tapi hakikatnya tidak sebab ada je orang yang tak pernah merasa lagi. Macam Lin tak pernah makan steamboat seumur hidup dia so kitorang decide nak bagi dia pengalaman dan kenangan tu. Masa buat undian nak pergi steamboat mana, kebetulan Izzah dapat job review dekat Nabe Hotpot, Pavilion Bukit Jalil. So kitorang set tarikh dan masa untuk lepak dekat sini. 


Plan asal nak gerak lepas Lin habis kerja dalam pukul 11 pagi macam tu tapi Izzah kata pagi Sabtu terlalu pagi untuk dia jadi anjak waktu ke belah petang lepas Zohor macam tu. Cuaca tak lah panas sangat, tak juga mendung, just nice untuk pergi jalan-jalan. Walaupun tak ada kaitan sebab nak berjalan dalam mall, tapi cuaca di luar mempengaruhi perjalanan. 



Rate untuk weekend (RM54.88) dekat Nabe Hotpot ni tak sama dengan rate untuk weekdays (RM59.88). Dekat sini ada lebih dari 80 pilihan bahan mentah disediakan. Tapi kalau ikutkan 80 pilihan ni tak lah banyak mana sebab aneka sayur sahaja dah 20 lebih, campur dengan bahan frozen segala jenis bebola tu lagi. Termasuk juga dengan pilihan mi yang disediakan. 

Angka ni termasuk air yang disediakan oleh Nabe Hotpot juga. Dekat Nabe Hotpot ni ada 5 jenis air disediakan secara free flow - Ice Lemon Tea, Ice Peach Tea, Ice Lemonade, Green Tea dan Iced Tea. Tak best lah jugak sebab tak ada soft drinks atau kopi. Tapi taste orang tak sama kan, so kalau yang suka aneka minuman dekat Nabe ni tak jadi masalah pun. Kalau tak suka, bawak je lah air sendiri. 


Dekat Nabe Hotpot ada potongan nipis daging dan ayam, marinated grill seafood, marinated ayam dan daging. Seronok makan sotong dekat Nabe Hotpot sebab dia guna potongan sotong kurita warna purple, bukan sotong biasa dekat pasar tu. Kenyang makan sotong je 2 jam lepak dekat sini sebab marinated daging dia tak best. Tak best sebab I tak suka BBQ dengan blackpepper hshshs




Pilihan untuk ready-to-eat food dia tak banyak sangat. Ada nasi goreng, bebola goreng, ayam Korea dengan crab ball. I try makan nasi goreng dia, ya Allah masin nyah. Lepastu ambil kuah tomyam untuk hilangkan masin rupanya masin jugak 😭


Kalau kena pilih antara Seoul Garden dengan Nabe Hotpot, I akan wajib pilih Seoul Garden sebab ada daging perap kopi, makanan ready-to-eat dia menarik, even pilihan air pun ada soft drinks dengan kopi. Pilihan kedua mungkin Nabe Hotpot sebab ada sotong, daging itik dengan dumpling. 



Pilihan sos dekat Nabe Hotpot tak jauh beza pun dengan restoran steamboat yang lain. As long as you pandai mix and blend, you will get the perfect sauce for your meal lah gituhhhh. Memandangkan meja kitorang meja special, layanan dari staff Nabe pun special sebab diorang bagi sample sauce tapi yang diorang buat tak syok sangat sebab ada aftertaste dari sesame oil. 



Dekat sini ada waffle maker jugak, makan dengan aiskrim fuhhhh naisss. Aiskrim dia ada satu jenis je - soft serve perisa pandan. Bab perisa mungkin bertukar la kot. Seoul Garden patut letak waffle maker jugak sebab aiuskrim diorang banyak. 



Masa beratur tunggu turn nak buat waffle ni, queue hampir dipotong oleh ibu dan anak sebab dia nak buat content untuk anak dia dekat tempat yang I dapat. Eh memang tak lah nak bagi sebab I beratur lama kot. Diorang suka hati je datang nak potong queue sebab nak buat content. Kalau kau influencer pun kau beratur je macam orang lain. 

Plus, tak ada beza pun belah kiri atau kanan sebab kawan I buat content masa dia dapat bahagian kiri. Cantik elok je hasil videonya. 


Masa nak bayar tu dapat cuba tekan buzer 10 saat tapi memasing gagal buat challenge tu maka keluarlah duit dari poket untuk bayar dekat cashier. Dekat depan kaunter ada troli jajan, boleh ambil candies atau jajan kita suka. Semua ambil lolipop sebab memasing dah kenyang nak sumbat makanan lain. 


Lepas solat Asar kitorang bergegas pergi ke IOI Damansara Mall sebab nak tengok wayang Final Destination: Bloodlines. Lepas melantak beria, tengok movie ngeri nasib baik tak muntah dalam hall. Anyway, thanks to Izzah, Lin, Fariha dan paling penting Mira sebab drive kitorang ke sana sini dengan selamat. Lepas ni kita lepak Seoul Garden pulak ea Mira hshshs