DITENTANG KELUARGA, NABILA RAZALI KEJAR CINTA & IMPIAN DI DAPUR!

Tuesday, 9 September 2025

Kuala Lumpur, 9 September 2025 – Di sebalik kehangatan dapur dan cita-cita yang membara, ‘Me.N.U’ menghidangkan sebuah kisah cinta penuh inspirasi berlatarkan dunia kulinari. Dibintangi oleh Nabila Razali dan Andi Bernadee sebagai teraju utama, drama ini menyelami perjalanan seorang wanita yang berani mempertahankan impian untuk menjadi chef, meskipun berdepan tentangan keluarga dan pelbagai cabaran hidup yang tidak terduga.

Drama 10 episod arahan Faliq Sharif ini turut menampilkan barisan pelakon berkarisma seperti Natasya Mahyan, Puteri Awani, Ako Mustapha, Noniswara dan Azizah Mahzan. Kisah bermula apabila kerjaya Lisa (Nabila Razali) sebagai chef tergugat selepas dia cuba membela rakan sekerjanya yang dibuli.

Namun, tekad Lisa tidak pernah goyah. Dia berusaha untuk membuka restorannya sendiri, tetapi hasrat itu terhalang apabila permohonan pinjamannya ditolak oleh Haris (Andi Bernadee), seorang pegawai bank. Pertemuan tegang itu akhirnya menjadikan mereka seperti anjing dengan kucing yang sentiasa bertelagah.

Di sisi lain, Haris sedang merancang untuk melamar kekasihnya, Alya Nova (Puteri Awani), seorang pempengaruh media sosial terkenal. Namun rancangannya tidak kesampaian apabila satu kejadian menggugat hubungan mereka. Dari detik itu, pertengkaran antara Haris dan Lisa mula berubah menjadi dekat, membuka ruang kepada ikatan yang lebih mesra.

Kehadiran Haris kini menambah warna dalam hidup Lisa, tetapi dengan dilema antara cinta, impian dan keluarga, yang mana satu bakal dia utamakan?

Mengulas mengenai wataknya, Nabila Razali berkata, "Setiap langkah, walaupun kecil, memberi pengajaran dan menjadikan kita lebih kuat. Lisa terus cekal menghadapi cabaran, demi mengejar apa yang paling bermakna baginya." Bagi Nabila, ‘Me.N.U’ bukan sekadar drama romantik komedi; ia turut menyingkap konflik keluarga, aspirasi anak muda dan keberanian seorang wanita untuk berdiri teguh mengejar keinginannya tanpa mudah menyerah.

‘Me.N.U’ menjanjikan resipi hiburan yang penuh rasa, dekat dengan realiti generasi muda yang masih mencari makna hidup. Ia hadir sebagai dorongan untuk terus melangkah dan yakin pada kemampuan diri, walaupun berliku.

Jangan lepaskan tayangan perdana ‘Me.N.U’ bermula 11 September 2025, eksklusif hanya di Tonton! Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.