Movie Review | Sarzameen (2025)
Monday, 1 September 2025
Pengarah: Kayoze Irani
Penulis Skrip: Soumik Shukla, Arun Singh
Pelakon: Prithviraj Sukumaran, Kajol, Ibrahim Ali Khan
Syarikat Produksi: Star Studios, Dharma Productions
Pengedar: JioHotstar
Genre: Aksi / Drama
Durasi Tayangan: 137 minit
Tarikh Tayangan: 25 Julai 2025
Trailer:
Kolonel Vijay Menon (Prithviraj Sukumaran) ditugaskan untuk menangkap sekumpulan pengganas dari Pakistan – Mohsin, Aabil (Rohed Khan) dan juga Qaabil (K.C. Shankar). Sementara Mohsin lebih aktif di alam maya, dua-beradik Aabil dan Qaabil bergerak di lapangan.
Rancangan mereka untuk mematikan langkah Kolonel adalah dengan menculik anak tunggalnya, Harman Menon (Ronav Parihar) tapi ternyata mereka berdua silap langkah kerana Kolonel Vijay Menon rela korbankan anak sendiri demi keselamatan negara. Walaupun kecewa dengan keputusan suaminya, Meher (Kajol Devgn) masih setia dengan Vijay.
8 tahun kemudian, Vijay bertemu kembali dengan anaknya, Harman (Ibrahim Ali Khan) di sebuah kem penempatan pelarian di sempadan India-Pakistan. Gembira bukan kepalang bila satu-satunya anak pulang ke rumah dalam keadaan sihat selepas peristiwa hitam tersebut. Meher terima Harman dengan tangan terbuka namun berbeza dengan Vijay yang syak anaknya dijadikan umpan oleh Mohsin.
Filem Sarzameen (Negara) yang menggunakan tema patriotik dan berkisar dunia tentera yang berkhidmat di sempadan merupakan filem debut arahan Kayoze Irani, anak kepada pelakon veteran Boman Irani. Dalam filem ni pun Boman berlakon sebagai Leftenan Jeneral I.S Kanwar yang pilih Kolonel Vijay Menon sebagai pegawai pilihannya untuk misi menumpaskan aktiviti pengganas.
Awalnya berminat nak tengok filem ni sebab idea filem yang menarik bila anak tentera dijadikan umpan untuk bunuh keluarga dan negara dia sendiri. Dekat awal filem, Kolonel Vijay Menon perlu buat pilihan sama ada keluarga atau negara dan second half juga, takdir bawa pilihan yang sama. Walaupun reputasi lakonan Ibrahim Ali Khan agak tercalar dalam filem debut Nadaaniyan (2025) pada Februari lepas tapi tak mengganggu sangat sebab ada Prithviraj dan Kajol sebagai watak utama.
Kalau ikutkan filem Sarzameen ni agak heavy sebab bermain dengan emosi dan tumpuan diberikan sepenuhnya pada watak Meher yang kehilangan anak dan kecewa dengan suami. Tapi beban yang ditanggung oleh Kolonel Vijay pun berat juga sebab dekat awal filem dah ramai yang buruk sangka bila dia malu tengok Herman diumpat orang gara-gara speech delay.
Kudos to child actor Ronav Parihar sebab menyerlah dalam ruang yang terhad. Nasib baik Ibrahim lakonkan Herman yang dah berubah sebab lakonan dia tak mampu nak match dengan lakonan Ronav. He is good but Ronav did better.
Dekat first half penulis tonjolkan Kolonel Vijay sebagai ayah yang lemah walaupun jadi idola kepada anak tapi dekat second half boleh nampak dia sayang tapi tak pandai nak tunjuk. Bond antara Vijay dengan Herman nampak canggung tapi justified lah sebab Herman sendiri dah banyak kali kecewa dengan perangai ayah dia.
Tapi kenapa bila masuk dekat second half, watak Meher tak menonjol pun sebagai ibu? Pengarah tak masukkan banyak bonding moment antara Meher dengan Herman sedangkan masa kecil anak-beranak ni memang rapat. Perbualan anak-beranak ni minimal sangat. I wish pengarah masukkan babak Meher approach Herman, tengok semua luka dia dan deep talk. Lagi tak logik bila kita tahu siapa sebenarnya Meher di hujung cerita. Kalau dia tahu, kenapa tak protect dari awal? Kenapa biarkan anak dia terseksa dekat dalam kem militan?
Ada banyak lompong pada penceritaan Sarzameen ditambah dengan lakonan yang lemah dari semua pelakon. Mungkin diorang pun tak faham ke mana arah tuju filem ni asalkan dapat payment then it’s done. Sinematografi dan musik latar tak lah menarik pun, sesuai lah dengan bajet yang produser masukkan untuk bagi job dekat nepo babies yang terlibat dalam filem ni.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 4.3/10