Cannes 2024 Fashion Files | Urvashi Rautela

Friday 24 May 2024

 

Dalam entry Cannes 2024 Fashion Files | Aishwarya Rai Bachchan, I kata penampilan pertama ialah Aish padahal Urvashi yang sampai dulu dekat French Riviera sebenarnya. Laju juga lah Urvashi tahun ni dan banyak juga acara dia attend selama di Cannes. 

1. Fuschia Ruffle


Hari pertama pun Urvashi dah memukau banyak mata dengan strapless gown berona neon terang dari Serene Collection 2024 rekaan khas butik Khaled & Marwan yang berkonsepkan elegan dan sofiskated. Dress fuschia yang menggabungkan korset dan bralette manik di bahagian atas menggunakan material renda. Bahagian skirt mempunyai border bentuk segitiga dengan belahan tinggi di sebelah kanan. Lebihan kain juga digunakan untuk elemen dramatik pada si pemakai. 

Menambahkan tumpuan ialah layering tebal dari pleated organza di bahagian bahu. Elemen yang sama pernah digunakan oleh Deepika Padukone dalam persalinan rekaan Ashi Studio tapi tak lah sama sepenuhnya. I love both dress and the confidence Deepika and Urvashi carried. 


Bonus point kepada Urvashi sebab koleksi perhiasan yang diperagakan pun menyerlah setara dengan pakaian. Super love her headpiece from Vienna Collection & Art by by Aariya Diamonds. Urvashi mengenakan sarung tangan berenda untuk serlahkan bangle mutiara dari butik yang sama. Pointed heels dengan strap di bahagian buku lali sebagai pelengkap gaya pertama di Cannes. Her natural makeup looks fresh and dewy too. 

2. Crimson Nude


Untuk penampilan di karpet merah tayangan perdana filem Megalopolis arahan Francis Ford Coppola, Urvashi memilih custom sleeveless gown rekaan pereka Tunisia, Souhir El Gabsi. Gaun yang menggabungkan warna merah hati dan nude menaikkan lagi seri Urvashi yang berkulit cerah. Bahagian dada dihiaskan dengan border tebal yang diperbuat dari batu manik Swarovski dan hiasan bercorak abstrak yang sarat di bahagian pinggang. 

Lapisan organza menambahkan tarikan pada gaun tersebut sementara ropol besar berwarna merah dijadikan drape di bahagian lengan. Stylist Urvashi memilih gaya rambut semi loose princess ponytail dengan dandanan rambut berombak kecil. 


Menjadi tumpuan utama pada penampilan Urvashi ialah makeup bold dengan winged eyeshadow berwarna merah pekat yang panjang di bahagian hujung. Masa di karpet merah Filem Festival Cannes ke 77, Urvashi guna kain satin tebal sebagai drape, tapi dalam photoshoot di pesisir pantai, Urvashi guna satu set kain satin di bahagian skirt sebagai penambah elemen drama pada pakaian. 


Tak pasti lah sesi photoshoot ni untuk peragakan custom made gown Souhir El Gabsi ataupun personal photoshoot tapi yang pastinya semua gambar dia menawan. Kalau jadi Urvashi pun sanggup berpanas untuk dapatkan koleksi gambar yang bagus dalam gaun merah ni. Tas tangan berwarna merah jingga sarat dengan manik pun mencuri tumpuan. 

3. Dancing Fish


Penampilan ketiga Urvashi Rautela di karpet merah Filem Festival Cannes ke-77 adalah untuk tayangan perdana filem Emilia Perez dalam persalinan berona aqua dan biru gelap rekaan butik Sylvia Couture. Sleeveless dress mempunyai dua lapisan sarat dihiasi batu manik yang bertemakan astronomi. 


Kalau tahun lepas Urvashi memilih rantai alligator, tahun 2024 pula Urvashi mempamerkan rekaan unik kalung rantai berbentuk Betta Fish kapi bertatahkan 4,000 biji batu permata rubi. Di penghujung rantai mempunyai batu manik Tanzanite berona biru gelap yang menggambarkan laut dalam. Rantai emas 18 karat rekaan Pavit Gujral direka dengan teliti menggunakan seni kemahiran tangan dan pernah memenangi anugerah sebagai penghargaan pada kreativiti kraf tersebut. Rantai Dancing Fish dihadirkan dengan set anting-anting dengan warna yang sama juga dipakai oleh Urvashi pada penampilan tersebut. 

Urvashi juga mengenakan gelang tangan Luna dari La Marquise Jewellery yang sarat dengan berlian dalam rekaan moden. Dandanan rambut messy bun dipilih untuk beri keutamaan pada Dancing Fish dan natural makeup untuk tampak muda dan berseri. 

Frankly speaking, I tak favor dress biru sebab tak match dengan perhiasan yang dipakai. Mungkin warna pastel lagi sesuai ataupun guna dress dari material organza atau chiffon supaya naik seri dan tampil lebih feminin. Somehow the dress reminds me of my bedsheet. Ada satu corak sama macam tu. 

4. White Pearl


Miss Universe Urvashi Rautela tampil dalam persalinan strapless dress berwarna putih dari butik Telos Costumier. Bahagian korset mempunyai perhiasan susunan mutiara di bahagian dada dan menggunakan skirt labuh dengan lapisan ropol secara melintang sehingga ke hujung. Warna dress naikkan seri Urvashi walaupun tampil ringkas dengan perhiasan dari butik Serendipity Jewelry.


Penampilan Urvashi untuk The Hollywood Reporter ni rasanya berlaku sebaik sahaja tamat tayangan perdana untuk filem Emilia Perez sebab makeup dan gaya rambut sama seperti sebelumnya. Stylist Naodado menggunakan clutch beg Cleo Mini Strass berwarna turquoise pucat dari butik Thalie Paris sebagai pelengkap gaya.

5. Casual Black


Urvashi sekali lagi menggunakan khidmat stylist Naodado untuk penampilan kasual di parti Cannes. Tampil chic dan feminine dalam persalinan mini dress klasik berwarna hitam dengan butang berwarna emas disusun di bahagian tengah dress hasil rekaan butik Glamoda yang pernah diperagakan di Paris Fashion Week Summer Spring 2024. Kolar besar dan juga border sleeve dihiasi dengan berwarna putih untuk elemen monochrome disulami vintaj. 

6. Magnetic Pink


Dari 3 rekaan custom yang dibikin oleh butik Dorota Gold Point, Urvashi memilih layered dress berwarna pink fuschia yang dihiasi oleh taburan manik kristal di bahagian pinggang membentuk border tebal sebagai pemisah antara korset dan skirt. Bahagian atas mempunyai one shoulder strap yang dihiasi dengan susunan bunga 3D dengan warna yang sama. Bahagian lengan pula sarat dengan bulu tebal dan bahagian skirt pula mempunyai potongan asymmetrical. 


Dandanan rambut ponytail tinggi dengan bang ditolak ke sebelah kanan muka mendukung bentuk muka Urvashi dan menyerlahkan juga juntaian anting-anting dari butik Zarmilkas. Makeup berona pink fuschia juga digunakan sebagai pelengkap gaya di karpet merah tayangan perdana filem The Apprentice arahan Ali Abbasi. 

Berbeza dengan penampilan pertama, dress custom made dari Dorota Gold Point tampak begitu sarat dengan segala details yang berbeza dari atas hingga bawah. Strap heels berwarna hijau pun tak memberi impak pada penampilan Urvashi. But I love the clutch from Zarmilkas. 

7.  Metallic Gold


Penampilan terakhir Urvashi Rautela di Cannes adalah parti yang dianjurkan oleh BJS Productions yang fokus kepada fesyen dan juga filem. I tak jumpa full outfit yang Urvashi pakai sebab dia tak post dekat Instagram account. Ini pun kebetulan jumpa dekat account founder BJS Productions. 

I quite impressed with the look sebab strapless dress berwarna emas metalik dihiasi dengan bunga 3D dengan warna yang sama dan cape berwarna krim menaikkan seri Urvashi. The colour theory is on point, even makeup Urvashi pun buatkan dia nampak ayu dan feminin. Kalung rantai bertatahkan berlian dipadankan dengan stud earrings menggunakan material yang sama buatkan Urvashi terlihat anggun. 

Memandangkan Urvashi tak balik lagi dari France sebab ada event dekat sana tapi tak berkaitan dengan Filem Festival Cannes ke-77, jadi tak ada lah airport look Urvashi. But anyway, pretty sure tahun ni adalah tahun strapless gown dan skirt yang sarat sebab tahun lepas Urvashi pilih dress organza dengan rekaan yang sama. Kita tengok lah tahun depan apa minat dia pulak. 

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.