Blog Performance April 2024

Friday 3 May 2024

 

Report card makin lama makin lambat nak update. Bulan ni ada personal matter so baru sekarang sempat nak update. 

1. PV


Happy ye tengok performance blog untuk bulan April 2024 sebab jauh beza dengan bulan Mac 2024. Ada kenaikan 30k dari sebelumnya even pertambahan dari bulan Februari jugak. Mungkin sebab ada kesempatan untuk blogwalking dan terima kunjungan balas dari rakan blogger. Ruangan komen pun meriah balik lepas lama menyepi haha

I target hujung tahun boleh naik lagi satu angka juta, goal biasa setiap tahun lah dan bila tengok performance April 2024, macam boleh tercapai misi tu. Dia macam tipis tapi macam ada harapan jugak. Hopefully untuk May 2024 nanti boleh dapat lah 100k pageviews. 

2. Posts


Punca kenapa boleh dapat pertambahan 30k tu sebab Movie Review | Sheriff: Narko Integriti yang tengah meletup sekarang ni. Press release pun banyak untuk movie ni jadi tak hairan lah kalau ramai datang ke sini sebab penangan filem aksi terbaru Syafiq Yusof. 

Untuk bulan Mei ni I target ada few movir and drama reviews dan yang terpaling excited sekali ialah Cannes 2024!!! Tak sabar nak tengok fashion files semua actress yang pergi. Mungkin tahun ni I akan update untuk actor jugak kalau ada. Tahun lepas ada Vijay Varma tapi dia tak dress up sangat sebab katanya tak ada label yang nak layan pffttt. 

3. Bilangan Entri


Dah masuk bulan keempat untuk tahun 2024 tapi I belum berjaya keluar lagi dari kepompong 30 entri sebulan ni. Sedih lah jugak sebab I dah buat list entry dah tapi tetap jugak tak sampai target tu. Tapi nak buat macam mana kan, cuti banyak pun bila balik kampung bukannya ada line sangat. Tu belum masuk minggu beraya lagi, pagi sampai malam keluar beraya. I cuba shoot 50 entry untuk bulan Mei ni, mana tahu ada sinar harapan hihi. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk kawan bloggers dan readers. Have a happy raya and take care too :)

2 comments

  1. Tahniah
    Ramai pembaca suka cari review filem/drama

    ReplyDelete
  2. Ramai cari pasal Sheriff bulan April, nice,

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.