Movie Review | The Experts (2024)

Wednesday 22 May 2024


Pengarah: Andre Chiew, Nazim Shah 
Penulis Skrip: Joel Soh 
Pelakon: Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim, Michael Ang.  
Syarikat Produksi: BlackFlag Sdn Bhd
Pengedar: Astro Shaw, ZAK Capital, TGV Pictures 
Genre: Aksi   
Durasi Tayangan: 121 minit
Tarikh Tayangan: 23 Mei 2024
Trailer:


The Experts bermula dengan rompakan 28 juta jongkong emas oleh lima orang adik-beradik iaitu Farid (Dato’ Aaron Aziz) si sulung yang bertindak sebagai maestro, Lan (Ray Dap Dap), Angah sebagai pakar IT juga penggodam, Amer (Remy) abang tengah sebagai pakar penyamaran sementara si kembar Keyrol (Syafiq Kyle) sebagai pakar peti besi dan Emma (Mimi Lana) si bongsu sebagai pakar manipulasi dalam kumpulan. 

Setelah membantu ayahnya, Keyrol meringkuk dalam penjara selama 10 tahun manakala adik-beradiknya yang lain bersembunyi dan tidak membelanjakan langsung harta rompakan supaya tak dihidu oleh pihak lain. Selepas Keyrol keluar, Farid diugut oleh Glasses (Jay Iswazir) untuk merompak cincin rahmat dari Keluarga 5 Gading, antara keluarga gangster yang berpengaruh di Malaysia. 


Kerana cincin tersebut bersangkut paut dengan dendam lama keluarga mereka lima beradik, Farid cuba dapatkan maklumat untuk pastikan mega heist mereka berjaya. Walaupun Keyrol memaafkan abang sulungnya tapi ada egonya bila dia ingin bergerak sendiri lalu tertangkap. Macam mana adik-beradik ni ingin keluar dengan selamat dan dapatkan cincin rahmat ni, kena tengok lah The Experts di pawagam 25 Mei nanti. 

Naskhah aksi heist arahan Andre Chiew dan Nazim Shah yang pernah popular dengan filem aksi seperti Polis Evo 2 (2018) dan J2: J Retribusi (2021)J2: J Retribusi (2021) menggalas cabaran untuk menghidupkan dunia rompakan yang kreatif dan menghiburkan. Sebelum ni ada banyak filem luar negara yang menggunakan konsep sama, keluarga yang merompak tapi untuk filem tempatan, memang jarang kita tonton. 


Rompakan jongkong emas pada 5 minit pertama dalam filem The Experts merupakan rompakan sebenar yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada tahun 1994 yang dilakukan oleh Geng Mamak. Sama seperti yang dipaparkan dalam The Experts, perompak menyamar sebagai pihak polis jadi tiada siapa yang curiga dengan kehadiran mereka di situ. Bezanya dalam filem boleh tengok beberapa watak tinggalkan banyak cap jari di tempat rompakan manakala Geng Mamak bebas dari pendakwaan kerana tiada cap jari dikesan. 

Memandangkan filem The Experts dibikin dalam template komedi jadi tak hairanlah kalau ada babak yang macam tak meyakinkan sangat. Some parts the comedy works but some parts mehhh. I’m not a fan of Andre Chiew dan Nazim Shah jadi review ni tak boleh back up sangat lah filem The Experts sebab ada kekurangannya yang ketara dari segi jalan cerita juga skrip. 


Tapi tak semua lah tak seronok sebab pelakon yang dibawa masuk adalah pelakon yang berbakat dalam dunia filem tempatan cuma ada watak yang terperangkap dalam penulisan yang kurang memuaskan. Macam dialog dalam beberapa babak terdengar cringe dan filmsy. 

Bonding antara lima beradik ni pun kurang meyakinkan sebab nak bekerja dalam satu kumpulan, kerjasama dan kepercayaan tu kena kuat. Yang nampak ada dinamik dan keserasian kuat pun watak Keyrol dan Emma, mungkin sebab Syafiq dengan Mimi dah selalu bekerja bersama sebelum ni. 


Makin lama makin cemerlang lakonan Syafiq Kyle dalam mana-mana watak yang diberikan kepada dia. Nampak natural dan meyakinkan watak dia sebagai code breaker dalam setiap rompakan yang dilakukan. Lakonan Mimi pula seperti sesumpah, bila watak dia perlu menjadi boyish, perwatakan dia bertukar ke arah tu even stunts yang dia buat pun nampak sharp dan real. Bila dia perlu bertukar elegan dan femini, she is in her best form! 

Babak menari tango antara Amer dengan Miranda (Maya Karin) pun memukau walaupun sekejap saja dalam The Experts walhal dua-dua masuk kelas tarian dan training untuk tempoh yang lama. Tarian tango tu nampak cantik lah sebab chemistry Remy dengan Maya nampak cantik onscreen. Teringat pula babak romantik Remy-Maya dalam filem Cun! (2010) dulu. 


Tan Teck Zee mengukuhkan lagi dunia rompakan The Experts menerusi visual dan transisi menarik ketika rompakan dan juga menerusi babak lain. Ketegangan dan saspens dizahirkan dengan cemerlang melalui teknik kamera dan music score menarik dari Ricky Leonardi. I tak berapa gemar dengan lagu tema – Cinta Indah Buat Kanda nyanyian Yuka Kharisma sebab expect lagu yang lebih rancak, high beat or EDM genre untuk penceritaan aksi yang mendebarkan seperti The Experts. Kalau ada dua lagu tema mungkin lebih sesuai dan menarik. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 6.8/10

1 comment

  1. Uish.. Ada babak menari tango ke.. Menariklah pula..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.