Filem yang diadaptasikan oleh drama TV berjudul Rumah Masa Depan arahan Ali Shahab mengisahkan tentang Sukri (Fedi Nuril), seorang pengusaha restoran bersama isterinya, Surti (Laura Basuki) yang bekerja sebagai chef dan content creator terpaksa pulang ke kampung setelah mendapat panggilan memaklumkan Pak Musa (Cok simbara) meninggal dunia.
Selesai upacara pengebumian, Sukri sekeluarga segera pulang kerana Bu Kokom (Widyawati), ibunya tidak suka dengan Surti kerana kisah masa silam. Baru sahaja keluar dari kampung tersebut, Sukri mendapat panggilan dari pembantu peribadi ibunya, Netty (Aurel Valen) untuk segera hadir ke balai polis kerana Bu Kokom didakwa memukul Pak Suwito (Budi Dalton) di sawah padi.
Terpaksa lah Sukri memujuk isteri dan anak-anaknya, Gerhana (Ciara Nadine Brosnan) dan Bayu (Bima Azriel) untuk tinggal dalam tempoh jangka masa panjang di kampung tersebut. Mereka semua tak gemar dengan kelakuan Bu Kokom kerana bersikap kasar dan baran. Tapi mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur dengan ketentuan takdir yang singgah secara mengejut. Bagaimana Sukri menangani masalah keluarganya kena tengok lah naskhah drama Rumah Masa Depan ni.
Filem arahan dan penulisan Danial Rifki mengangkat tema kekeluargaan diadun dalam konsep kecanggungan keluarga bandar menyesuaikan diri hidup di kampung. Awalnya banyak perkara yang mencetuskan pergaduhan antara Bu Kokom dengan cucu-cucunya dan kebanyakan masanya keluarga Sukri lebih banyak beralah.
Konflik yang dimasukkan dalam jalan cerita Rumah Masa Depan agak banyak untuk kembangkan 5 watak utama - Sukri, Surti, Bu Kokom, Gerhana dan Bayu tapi alur cerita yang diolah dengan baik tanpa tergesa-gesa dan punyai solusi tersendiri buatkan kita invested untuk tengok perangai 3 generasi ni selama 108 minit tayangan.
Dekat first half kita boleh nampak baran Bu Kokom tapi di second half Rumah Masa Depan, sedikit demi sedikit penulis jelaskan sisi lain Bu Kokom sebagai seorang yang disalah ertikan oleh manusia lain. Comel juga bila tengok babak Gerhana menyanyi dengan Bu Kokom di Instagram live. Kalau dah namanya nenek, mudah sangat lembut hati dengan cucu walaupun menyampah dengan si ibu.
Bonus point dalam naskhah drama ni bila Fedi Nuril berlakon dalam watak anak dan suami yang kuat juga bijak. Selalu kita tengok dia lemah dengan wanita sampai terjebak dalam konflik lebih besar dalam beberapa filem popular tapi kali ni dia yang selesaikan konflik antara Surti dan Bu Kokom walaupun ada masanya dia terpaksa beralah. Chemistry Fedi dengan Laura pun antara kekuatan filem Rumah Masa Depan.
Sinematografi dari Roy Lolang mewujudkan suasana harmoni di daerah luar bandar dikukuhkan lagi dengan latar musik yang tenang oleh Andhika Triyadi. Seronok tengok semua babak surti memasak menu untuk keluarga atau dalam sesi kelas memasak untuk bantu penjaja di situ. Walaupun makanan dia ringkas dan mudah tapi focus yang diberikan oleh pengarah tampak menarik dipaparkan. Lagi menarik kalau penduduk di situ ajar Surti menu tradisional di daerah tersebut supaya kemahiran dan pengetahuan memasak dia bertambah. Tak lah nampak macam satu hala sahaja antara Surti dan penduduk kampung di situ.
Naskhah Rumah Masa Depan terbitan Mizan Pictures dan Max Pictures mungkin dianggap naskhah yang ringan tapi untuk kebanyakan di negara seberang, pastinya filem ini menggamit kenangan terutamanya dari generasi 80-an. I do enjoy watching this movie :)
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10
Saya nak nonton nanti, tapi itu Krn Laura Basuki 😄. Suka sangaat dengan dia. Kalo Fedi Nuril jujur tak terlalu suka sejak lihat beberapa filmnya yg kebanyakan jadi cowo lemah terhadap cewe 🤣. Untunglah di sini peran dia kuat yaa, tak buat emosi jiwa hahahaha
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Fedi memang berbakat besar!
ReplyDeleteSaya nak nonton nanti, tapi itu Krn Laura Basuki 😄. Suka sangaat dengan dia. Kalo Fedi Nuril jujur tak terlalu suka sejak lihat beberapa filmnya yg kebanyakan jadi cowo lemah terhadap cewe 🤣. Untunglah di sini peran dia kuat yaa, tak buat emosi jiwa hahahaha
ReplyDelete