Movie Review | Trinil: Kembalikan Tubuhku (2024)

Sunday 12 May 2024


Pengarah: Hanung Bramantyo
Penulis Skrip: Haqi Achmad, Hanung Bramantyo
Pelakon: Carmela van der Kruk, Rangga Nattra, Fattah Amin, Wulan Guritno, Shalom Razade
Syarikat Produksi: Dapur Film, Seven Skies Motion, Double Tree Film, Rocket Studio Entertainment
Pengedar: Netflix
Genre: Seram  
Durasi Tayangan: 101 minit
Tarikh Tayangan: 4 Januari 2024
Trailer :


Filem seram berjudul Trinil arahan dan penulisan Hanung Bramantyo mengisahkan tentang roh Madam Ayu (Wulan Guritno) yang mengganggu pekerja di ladang teh. Semua mangsa akan terdengar lagu Kasih Merintih - Siti Suryani kemudiannya menggelupur kerana dicekik atau mati tergantung. Selepas 5 orang mangsa dibunuh oleh Madam Rahayu, berita tersebut diceritakan di dada akhbar-akhbar tempatan. 

Tak lama kemudian, pengurus baru, Rara (Carmela van der Kruk) dan suaminya, Sutan (Rangga Nattra) pulang dari berbulan madu. Pak Joko (Goetheng Iku Ahkin) sebolehnya minta semua pekerja merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan Rara tapi gangguan tersebut semakin parah malah mengganggu Rara setiap malam. Rara langsung tak sedar dan hilang ingatan tentang gangguan yang dialaminya tapi perkara ngeri itu membuatkan Sutan risau akan keselamatan dia dan Rara.


Justeru itu, Sutan mencari rakan sekolahnya, Yusuf (Fattah Amin) yang arif dengan alam mistik selain mempunyai kelulusan dalam ilmu psikologi. Sedikit demi sedikit Yusuf tahu kenapa hantu penanggal tersebut berulang kali menyebut 'Trinil, gelembung balekno-ku' dan apa rahsia keluarga kaya tersebut. 

Naskhah seram terbitan Dapur Film, Seven Skies Motion, Double Tree Film dan Rocket Studio Entertainment ini mengangkat kisah seram yang pernah popular di radio pada tahun 1970-an. Jadi tak hairan lah kalau latar masa filem Trinil juga mengikut cerita asal. Pakaian setiap watak dan perhiasan rumah antara props yang ketara untuk menghidupkan suasana 70-an di Jawa Tengah. Sayangnya ada beberapa babak yang kurang menjadi kerana penggunaan CGI dan juga patung prostetik.


Jalan cerita separuh masa pertama terasa seram dengan kehadiran Kuyang atau hantu penanggal. Banyak juga jump scares yang dimasukkan melalui gangguan yang dialami oleh Sutan dan pekerja-pekerja di ladang teh. I paling seram tengok babak dekat meja makan sampai Sutan pengsan bila kuyang muncul di tingkap ruang tu. 

Watak Sutan dan Yusuf yang banyak menghidupkan jalan cerita Trinil padahal kalau ikutkan mereka berdua cuma watak sampingan. Lakonan Fattah tampak bagus dan meyakinkan sebagai dukun yang berkelulusan doktor cuma lontaran dialog dengan dialek Indonesia saja yang lemah. Nasib baik pengarah masukkan backstory dalam perbualan Sutan dan Yusuf di mana mereka bersekolah di Malaysia. Kelakar tengok Fattah struggle cakap Indo tapi seronok. Bangga pun ada juga sebab Fattah dah ikut jejak langkah Fazura, berlakon di negara jiran.


Personally for me, filem Trinil ni ada idea yang bagus tapi lama kelamaan mula longgar dan tergesa-gesa. Sakit hati juga lepas tengok babak Yusuf bertemu dengan Nyai Rondoalas (Elly D. Luthan) sebab tak patut langsung watak Sutan mengamuk. Kalau mengamuk sebab banyak rahsia terbongkar, kenapa watak Nyai dengan si bisu selamat? Motif Rara berkahwin dengan Sutan pun merepek sebab prosedur untuk pertukaran harta ambil masa juga. Kalau pun senang, tak payah sampai berkahwin kalau tak suka. 

Polis pun macam tak wujud dalam cerita ni padahal Madam Rahayu hilang dan lima orang pekerja mati dalam tempoh masa yang singkat. Tak ada langsung babak polis datang menyiasat walaupun disahkan meninggal dunia kerana bunuh diri. 


Ada perbezaan antara Kuyang di Indonesia dengan Penanggal di Malaysia juga Krasue di Thailand. Krasue dengan Penanggal sama-sama hidup mengamalkan ilmu hitam dan tanggalkan kepala dari badan bersama organ jantung dan usus. Sementara Kuyang pula adalah orang yang mengamalkan ilmu hitam kemudiannya mati dipenggal. Tak pasti lah kalau Kuyang dalam filem Trinil sahaja yang macam tu sebab I tak pernah tengok filem Indonesia yang bertemakan Kuyang. 

Walaupun filem Trinil ada kekurangannya namun tahniah kepada Fattah Amin dan Aina Abdul juga yang mengorak langkah ke Indonesia. 



1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.