Movie Review | Ancika: Dia yang Bersamaku 1995 (2024)

Tuesday 28 May 2024


Pengarah: Benni Setiawan
Penulis Skrip: Tubagus Deddy, Benni Setiawan
Pelakon: Zee JKT48, Arbani Yasiz, Daffa Wardhana 
Syarikat Produksi: MD Pictures, Enam Sembilan Production
Pengedar: Antenna Entertainments (Malaysia), Netflix
Genre: Romantik / Drama 
Durasi Tayangan: 100 minit
Tarikh Tayangan: 11 Januari 2024 (Indonesia), 25 Januari 2024 (Malaysia)
Trailer:


Final installment kepada filem francais Dilan 1990 (2018), membawa watak baru dalam kehidupan Dilan (Arbani Yasiz) setelah putus dengan Milea (Caitlin Halderman). Ancika Mehrunisa Rabu (Zee JKT48) adalah adik kepada kawan baik Dilan di universiti. Setiap hari Dilan habiskan masa di rumah Mang Anwar (Dito Darmawan) lalu Mang meminta Dilan bantu Ancika untuk subjek tertentu. 

Ancika adalah antara pelajar pintar di sekolahnya dan tidak suka buang masa dengan berpacaran. Habis sekolah Ancika akan tidur sebagai persiapan mengulangkaji pelajaran di waktu malam. Walaupun Ancika menyampah dengan karakter Dilan namun lama-kelamaan dia jatuh suka dengan jejaka tersebut. 


Dilan yang sebelum ini adalah ketua geng motor sudah tinggalkan dunia tersebut dan lebih banyak habiskan masa dengan berkarya untuk protes aman terhadap kampus. 

Kalau dalam review Milea: Suara Dari Dilan (2020) berharap nak dapat happy ending, penulis memang bagi happy ending untuk watak Dilan dan Milea. Seperti yang diceritakan dalam filem tersebut, Dilan dan Milea bahagia dengan pasangan masing-masing selepas ambil Keputusan untuk berpisah.  


Bezanya, naskhah romantik terbitan MD Pictures dan Enam Sembilan Production tukar pelakon untuk watak Dilan dan Milea. Lakonan Arbani Yasiz sebagai Dilan lebih kurang sama macam Iqbal Ramadhan tapi tak puas rasanya sebab teringat-ingat Dilan yang dulu. Mungkin watak Dilan sendiri tak aktif mengorat Ancika macam Milea dulu. Pickupline dari watak Dilan tetap padu sampai kita yang tengok pun terhibur. 

Watak Ancika lebih matang dari Milea jadi tak hairan lah kenapa Dilan selesa dengan wanita tersebut sejak dari zaman sekolah sehingga lah ke hari tua. Ancika ada pegangan hidup dan prinsip yang kuat, berbeza dengan Milea yang lebih kepada pick me girl. Mungkin sebab tu juga Dilan senang untuk dengar dan hormat dengan keputusan Ancika. 


Walaupun watak Ancika dengan Dilan senang untuk diterima kerana keserasian mereka berdua namun penulis masih lagi tak mampu wujudkan jalan cerita yang kuat sama seperti sebelumnya. Mungkin sebab penulis novel, Pidi Baiq juga tak kembangkan banyak dalam franchise novel dia. Tak diceritakan pun kenapa Dilan beria-ia join protes terhadap universiti. Mungkin nampak remeh tapi plot ni boleh backfire kepada watak Dilan sebab dia memang baran dan suka bergaduh, boleh jadi join protes sebab cari alasan untuk berantam, sama macam apa yang Milea risaukan dalam Dilan 1991 (2019)

Watak sampingan yang dimasukkan dalam filem Ancika: Dia yang Bersamaku 1995 pun tak mengukuhkan jalan cerita, sekadar masuk untuk refresh ingatan penonton. Watak Bunda Dilan (Ira Wibowo) sama macam sebelumnya, senang terima sesiapa yang bercinta dengan Dilan. Macam mana dia terima Milea, macam tu lah juga dia terima Ancika dengan hati gembira. 


Tak ada konflik langsung pun dalam dunia Dilan dan Ancika ni kecuali babak Dilan arahkan geng motor belasah Bono (Jefan Nathanio). Ingatkan babak Milea berjumpa dengan Dilan dan Ancika di kedai buku akan bagi impak rupanya lemau, selemau biskut yang dicelup dalam air. Babak romantic Ancika dengan Dilan pun tak banyak, mungkin sebab Dilan nak privasi untuk kisah cinta dia lepas tayang 3 filem untuk kisah cinta bersama Milea tapi terkubur tengah jalan. 

Sinematografi filem Ancika: Dia yang Bersamaku 1995 hasil kerja Roy Lolang beri sentuhan yang lebih kurang sama dengan filem-filem Dilan sebelum ni cuma tak lah nampak sangat suasana 90-an sebab tak ada pun props atau pakaian barisan pelakon utama yang bagi tribute kepada zaman tu. Safe to say, filem Ancika ni cuma wujud untuk bagi closure kepada peminat Dilan selepas patah hati dengan Milea. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 5.2/10

2 comments

  1. Karakter Iqbal terlalu kuat memang. Makanya saat tahu pemain dilan ganti dengan orang lain, saya LGS tak tertarik nonton. Lihat trailernya pun dah biasa saja.

    ReplyDelete
  2. Banyak kali lalu lalang kat feed Netflix tapi belum tertengok-tengok lagi. Macam AADC versi zaman sekarang pulak bila baca hihi. Salam kenal. Jemputlah singgah blog saya ye :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.