Drama Review | Queen of Tears (2024)

Saturday 11 May 2024


Directors: Jang Young-woo, Kim Hee-won
Writer: Park Ji-eun 
Cast: Kim Soo-hyun, Kim Ji-won, Park Sung-hoon, Kwak Dong-yeon, Lee Joo-bin, Kim Kap-soo, Lee Mi-sook, Jung Jin-young, Na Young-hee, Kim Joo-ryoung, Kim Jung-nan, Jeon Bae-soo, Hwang Young-hee, Kim Do-hyun, Seo Sang-won, Jang Yoon-ju, Kim Dong-ha, Park Yoon-hee, Moon Seong-hyun, Goo Shi-woo, Oh Jung-se, Song Joong-ki
Production Companies: Studio Dragon, Culture Depot, Showrunners
Distributors: tvN, Netflix 
Genre: Romantic / Comedy
Running Episodes: 16 episodes + 2 special episodes (76 minutes per episode)
Release Date: 9 March 2024 – 28 April 2024
Trailer :


K-drama popular pada suku pertama 2024 yang diterbitkan oleh Studio Dragon mengangkat tema perkahwinan goyah kerana trauma. Hong Hae-in (Kim Ji-won) sibukkan diri dengan kerjaya sebagai CEO kepada syarikat Queens. Suaminya pula, Baek Hyun-woo (Kim Soo-hyun) adalah peguam utama di Queens. Walaupun tinggal sebumbung dan bekerja di tempat yang sama tapi kehidupan seharian mereka dingin tanpa berkomunikasi. 

Selepas 3 tahun berkahwin dengan wanita idamannya, Baek Hyun-woo ambil keputusan untuk bercerai. Tapi Hyun-woo dapat tahu Hae-in akan mati dalam masa 3 bulan kerana tumor yang merebak dalam sel otak. Penyakit yang jarang terjadi dan belum ada kes yang berjaya pulih. 


Kawan baik Hyun-woo cadangkan supaya dia ambil hati Hae-in sebab wasiat yang ditulis oleh isterinya semasa perkahwinan mereka tak mewariskan apa-apa harta langsung kepada Hyun-woo. Asalnya nak berpura-pura jatuh cinta tapi alih-alih dia jatuh cinta kembali dengan isteri sendiri. Dalam masa yang sama, Yoon Eun-sung (Park Sung-hoon) datang kembali dalam hidup Hae-in untuk ambil semua saham Queens Group dan juga ingin menjadi suami kepada Hae-in. 

Penceritaan naskhah terbaru hasil penulisan Park Ji-eun yang pernah popular dengan drama Crash Landing on You (2020) menggunakan kaedah latar masa yang bersilih ganti. Di awal drama ada beberapa babak flashback yang diceritakan oleh Hyun-woo dan Hae-in ketika dalam interview. Semakin cerita bergerak, semakin banyak flashbacks dipaparkan untuk penonton kenal kedua-dua watak dan bagaimana takdir mainkan peranan dalam kisah cinta mereka berdua. 


Selain lakonan cemerlang dari barisan pelakon, chemistry antara Kim So-hyun dengan Kim Ji-won juga penyumbang utama kepada rating drama Queen of Tears. Tak pasti kenapa naskhah Queen of Tears diklasifikasikan sebagai rom-com padahal tak banyak pun momen kelakar macam di episod-episod awal. Queen of Tears lebih berat kepada romantik drama bila ada konflik suami isteri dan juga keluarga Hong. 

Masa tengok drama ni pelik juga kenapa tajuk dia Queen of Tears sebab watak Baek Hyun-woo yang banyak menangis tapi kalau ikutkan betul lah tajuk tu sebab Hae-in ada karakter dominan dan dia yang protect Hyun-woo sepanjang mereka berkahwin. Tapi watak Hae-in tak lah kuat sangat untuk genre romantic comedy kalau nak dibandingkan dengan Ko Moon-young dalam drama It’s Okay Not To Be Okay (2020) walaupun dua-dua watak bersifat dominan. Kerenah dia yang buat kita seronok nak tengok. 


Selain main lead, second couple dan third couple pun mencuri tumpuan juga. Hong Soo-cheol (Kwak Dong-yeon) dan Cheon Da-hye (Lee Joo-bin) tak diberikan banyak screentime tapi kisah cinta mereka berdua menonjol sampai tinggalkan impak pada penceritaan. Sama juga dengan main couple, second couple pun berat kepada genre romantik drama. Berbeza dengan third couple – Hong Beom-ja (Kim Jung-nan) dengan Yeong-song (Kim Young-min) yang betul-betul terikat dengan genre romantic comedy walaupun plot mereka agak cliché. 

Sembang pasal jalan cerita Queen of Tears, idea untuk tema perkahwinan goyah yang berpunca dari perbezaan latar belakang keluarga, personaliti, dan taraf hidup adalah sesuatu yang segar. Sesuai dengan identiti Studio Dragon yang mengangkat jalan cerita unik dengan barisan pelakon yang bagus. Malangnya, kelemahan Studio Dragon juga adalah penulisan yang lemah di pertengahan drama hingga ke hujungnya. 


Sama juga dengan drama Queen of Tears di mana Queens Group tak mempunyai keluarga yang bijak dan dengan mudah ditipu oleh antagonis. Kalau watak yang mudah ditipu tu generasi ketiga boleh faham lah sebab dah biasa hidup mewah tapi founder yang buat silap sebab dah selesa sangat. Elemen komedi pun dihadirkan dalam watak Hong Beom-jun (Jung Jin-young) dan anaknya, Hong Soo-cheol tapi sayanglah sebab kedua-dua watak ni dibikin otak cetek untuk tampak menghiburkan. Rasa nak cepuk kepala masing-masing sebab menyampah. 

Watak antagonis tak lah kuat mana pun tapi sebab ada weaklings dalam Queens Group, dengan mudahnya protagonis kalah. Sebab tu Hyun-woo asyik nangis sebab penat duduk dalam family chaebol yang tak mampu berfikir. 



Babak Hae-in buat pembedahan tu merepek juga lah sebab macam mana dia masuk bilik pembedahan, macam tu juga lah dia keluar. Kata buat pembedahan kepala tapi kepala elok tak berbalut. Jangankan masa pembedahan, sepanjang ada tumor tu pun symptom dia tak teruk langsung. Rambut elok je cantik terletak. Badan tak lesu langsung padahal lagi 3 bulan nak meninggal. Mungkin juga sebab chef dia bagus sangat jaga pemakanan nak bandingkan kita yang marhaen ni. 


Sinematografi drama Queen of Tears menggunakan khidmat Kang Yoon-soon, Wang Ho-sang, Park Se-hee dan Kim Ji-hoon untuk mewujudkan dunia percintaan Baek Hyun-woo dan Hong Hae-in. Babak romantik mereka berdua menggunakan panorama indah pada musim bunga di Korea dan juga German. Music album Queen of Tears tak strong sangat tapi cukup untuk menjadi peneman kepada atmosfera romantik dan mengukuhkan elemen drama naskhah ni. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.5/10

2 comments

  1. adoii.. jgn kata tumor.. demam 3 hari pun dah rupa zombie dah kita ni

    ReplyDelete
  2. Hahahahah saya ada baca ttg pro kontra yg saat dia operasi itu 😂. Beda lah orang konglomerat kak. Mau seperti apapun kondisi, tampil cantik tetap harus 🤭

    Saya belum nonton ini, tp dah masuk dlm list. Selesai Drakor yg sedang saya tonton sekarang, baru nak lanjut ke QOT

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.