Drama Review | Heeramandi: The Diamond Bazaar (2024)

Wednesday 22 May 2024


Director: Sanjay Leela Bhansali
Writers: Sanjay Leela Bhansali, Divya Nidhi, Vibhu Puri
Cast: Manisha Koirala, Sonakshi Sinha, Aditi Rao Hydari, Richa Chadha, Sanjeeda Sheikh, Sharmin Segal Mehta, Taha Shah Badussha, Farida Jalal, Fardeen Khan, Adhyayan Suman, Shekhar Suman, Shruti Sharma, Nivedita Bhargava, Pratibha Ranta
Production Companie: Bhansali Productions
Distributor: Netflix
Genre: History / Drama 
Running Episodes: 8 episodes (minutes per episode)
Release Date: 1 May 2024
Trailer :


Berlatarkan era penjajahan British di India, Heeramandi mengangkat kisah tawaif atau rumah pelacuran khas untuk keluarga diraja pada zaman itu. Malikajaan (Manisha Koirala) adalah ratu di Khwabgah dan merupakan perempuan simpanan kepada Khan Bahadur Zulfikar Ahmed (Shekhar Suman) dan mempunyai dua orang anak perempuan bernama Bibbojaan (Aditi Rao Hydari) dan Alamzeb (Sharmin Segal). 

Bibbojaan juga dipujai ramai sama seperti ibunya kerana kecantikan dan juga suaranya yang merdu. Peneman Bibbojaan adalah Wali bin Zayed-Al Mohammed (Fardeen Khan) dan menerusi Wali juga Bibbojaan mencuri maklumat mengenai pihak polis British yang berkuasa di Lahore pada ketika itu. Harta dan maklumat yang diperolehi dari Wali disalurkan kepada puak pemberontak yang perjuangkan kebebasan India. 

Alamzeb pula mengelak untuk debut sebagai tawaif dan ingin menjadi penyair dan kerana cintanya kepada syair, dia bertemu dengan Tajdar (Taha Shah Badusha). Alamzeb tak tahu identiti sebenar Tajdar dan sama juga dengan Tajdar yang benci dengan kewujudan Heeramandi. Berulang kali neneknya, Qudsia Begum (Farida Jalal) pujuk untuk pergi ke Heeramandi supaya dia belajar tentang cinta sebelum berkahwin tapi Tajdar tetap berdegil dan sibukkan diri dengan puak pemberontak. 

Bibbojaan dan Alamzeb mempunyai seorang kakak bernama Lajjo (Richa Chadha) yang ketagih dengan dadah akibat patah hati ditolak cintanya oleh Zoravar Ali Khan (Adhyayan Suman). Selain konflik tersebut, Malikajaan juga berperang dingin dengan adiknya, Waheeda (Sanjeeda Shaikh) yang sudah lama ingin menjadi pemilik Khwabgah. Waheeda tahu rahsia besar Malikajaan kerana dia menjadi saksi jenayah terhadap Rehana (Sonakshi Sinha). 

Drama Heeramandi arahan dan penulisan Sanjay Leela Bhansali merupakan naskhah pertama yang dibikin dalam format drama/web-series dan ditayangkan khas di Netflix. Naskhah yang bertemakan rumah pelacuran bukan sesuatu yang baru buat Sanjay Leela Bhansali di mana filem-filem sebelumnya juga berlatarkan golongan tersebut – Devdas (2002), Sawariya (2007) dan Gangubai Kathiawadi (2022). Walaupun drama Heeramandi mengangkat golongan rumah merah namun tak ada babak ranjang ataupun adegan berlebihan.

Naskhah Heeramandi bukan saja menceritakan kehidupan tawaifs di Lahore malah menyingkap juga dendam antara Malikajaan, Waheeda dan Fareedan (Sonakshi Sinha), cinta terhalang antara Alamzeb dan Tajdar juga pengorbanan tawaifs dalam sejarah melawan penjajah British yang kejam dan mencuri sumber bumi India. Dalam Heeramandi juga boleh dilihat keluarga diraja bersekongkol dengan pihak British untuk hidup dengan aman dan harta mereka kekal selamat. 

Kekuatan Heeramandi terletak pada sinematografi indah yang sarat dengan warna dan busana memukau yang dipakai oleh setiap watak. Setiap babak merupakan panorama mewah dengan pakaian tradisi India seperti saree dan lehenga yang sarat dengan hiasan manik dan sulaman. Setiap watak juga menggunakan barang kemas berharga untuk menonjolkan kekayaan dan kemewahan sebagai perempuan simpanan keluarga diraja. 

Sepanjang 8 episod rasa teringin nak grab semua pakaian yang ada dalam wardrobe setiap watak. Pakaian harian Alamzeb yang terperuk dalam bilik membaca novel pun cantik apatah lagi bila dia menapak keluar dari Khwabgah. 

Fardeen Khan yang lama menyepi di pusat pemulihan pun kembali muncul selepas 14 tahun dalam dunia lakonan. Menariknya, Fardeen pernah berlakon dengan Shatrugan Sinha, ayah kepada Sonakshi Sinha ketika muda. Dalam drama Heeramandi dia tak lah nampak terlalu tua untuk bergandingan dengan Sonakshi ataupun Aditi. Manisha Koirala juga bekerja dengan Sanjay Leela Bhansali selepas filem Khamoshi: The Musical pada tahun 1991. 

Kebiasaannya naskhah-naskhah kepunyaan Sanjay Leela Bhansali mempunyai music album yang memberi impak namun sayangnya Heeramandi adalah sebaliknya. Hanya beberapa lagu yang menarik tapi tak melekat di kepala. Mungkin bajet dah banyak belanjakan untuk visual dan props sampai tak ada portion sangat untuk music album walhal banyak lagu yang dimasukkan dan tawaifs digambarkan mempunyai koleksi lagu yang bagus sampaikan wakil syarikat rakaman datang merayu dengan Malikajaan untuk buat album piring hitam. 

Kelemahan Heeramandi pada jalan cerita yang longgar untuk semua konflik yang dimasukkan. Macam Tajdar yang jemput polis British di rumah tapi tak sorok langsung layout dan material lain sampai kantoi dengan orang luar. Macam mana tawaifs adalah berbeza dari pelacur biasa pun tak diceritakan sangat walhal sejarahnya tawaifs adalah golongan yang mengangkat seni dan banyak menyumbang kepada sejarah warisan negara. Dalam drama Heeramandi tawaifs tak dibenarkan langsung berkahwin dengan golongan kerabat pun berbeza dengan realiti bila ada yang menjadi pemerintah kawasan dan berkahwin seperti manusia lain. 

Dari awal lagi dah nampak golongan kerabat bersahabat baik dengan pihak British tapi tak diceritakan kenapa pertalian akrab tu berlaku. Kenapa Tajdar memilih untuk melawan pihak British juga tak diceritakan dengan baik walhal dia merupakan kelulusan Oxford. Watak Fareedan yang benci dengan Malikajaan tapi dengan mudah memaafkan dan turut serta berarak pun berubah dengan pantas. Macam mana Malikajaan boleh sokong perbuatan Bibbojaan walhal dia benci orang curi harta dia pun terlihat lemah. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan mendadak lantas disulam dengan kemewahan set Heeramandi supaya penonton abaikan plot yang longgar. 

Barisan pelakon yang dibawa masuk dalam Heeramandi jalankan tugas dengan cemerlang kecuali Sharmin Segal sebagai Alamzeb. Sepanjang masa ekspresi dia sama, tak berubah langsung gara-gara fillers dan botox yang dipakai. Berbeza muka dia dalam Malaal dengan Heeramandi. Walaupun filem Malaal gagal di box office tapi Sharmin tetap dapat berlakon watak utama sebab dia anak saudara Sanjay Leela Bhansali. Kalau watak Alamzeb ni dilakonkan oleh Mrunal Thakur, confirm jadi peneman terbaik untuk watak Bibbojaan dan Tajdar. Confirm menangis teruk bila tengok babak Alamzeb patah hati. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.